Cara Mudah Nak Tahu Samada Adsense Berfungsi Dalam Blog

Cara mudah untuk ketahui samada iklan Adsense berfungsi dengan baik dalam blog. Ada rakan blogger yang tanya saya, bagaimana nak tahu samada blog kita itu ada iklan Adsense atau tidak? Atau dengan kata lain, adakah blog kita sudah ada iklan Adsense yang dipaparkan atau memang kosong? Ok. Entri ini akan memberitahu cara mudah nak kesan samada ada iklan Adsense sedang dipaparkan atau tidak.

Mungkin ada rakan blogger yang sudah tahu cara ini; tetapi harapnya apa yang saya kongsikan ini dapat bantu rakan blogger lain yang mungkin tidak tahu, atau baru sahaja mendapat akaun Adsense. Saya pasti ada beberapa rakan blogger yang blur samada blognya sudah diperakui untuk paparkan Adsense sebagai salah satu cara jana income blog, atau memang tiada iklan yang sesuai dipaparkan.

Cara Mudah Nak Tahu Samada Adsense Berfungsi Dalam Blog

Cara Mudah Nak Tahu Samada Adsense Berfungsi Dalam Blog
Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu anda buat ialah memasukkan link atau URL blog anda di dalam kotak ruangan di pautan atau laman web berikut - Google Adsense Sandbox

Paparannya lebih kurang seperti di bawah iaitu setelah anda masukkan URL blog anda, anda akan dapat lihat beberapa jenis iklan yang sudah tersedia untuk blog anda. Anda mungkin tidak dapat melihat iklan-iklan ini dipaparkan di blog anda. Cuba baca tips atau panduan yang telah saya tulis mengenai kenapa iklan Adsense tidak keluar - Sebab Iklan Adsense Tidak Kelihatan


Cara Mudah Nak Tahu Samada Adsense Berfungsi Dalam Blog

Cara Mudah Nak Tahu Samada Adsense Berfungsi Dalam Blog
Sekiranya blog anda belum cukup konten yang bagus untuk pengiklana Adsense, maka kebanyakkan jenis iklan akan keluar blank atau kosong tanpa paparan apa-apa seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Mudah Nak Tahu Samada Adsense Berfungsi Dalam Blog
Menerusi cara ini, anda akan dapat tahu bahawa jenis iklan atau saiz banner yang punyai iklan Adsense untuk blog anda. Jadi, gunakan ia sebagai panduan untuk memilih saiz banner Adsense yang bersesuaian dengan blog anda.

Contohnya seperti di atas, saiz banner untuk 250x250 terhad untuk jenis imej dan html sahaja. Begitu juga dengan banner iklan 200x200 HTML yang tiada iklan dipaparkan. Maka, elakkan pilih saiz tersebut untuk memaksimumkan income blog menerusi Adsense.

Ia juga merupakan salah satu cara untuk anda kenalpasti mana-mana iklan yang difikirkan tidak sesuai atau tidak sepatutnya dipaparkan. Anda boleh uji, dan dapatkan URL atau pautan iklan yang patut diblocked dari disiarkan di blog anda, dan meletakkan URL tersebut sebagai Blocked URL dalam dashboard Adsense anda.

Boleh baca tips dan cara nak blocked iklan Adsense di sini - Cara Sekat Iklan Adsense Unsur Lu__ah

Semoga bermanfaat.

6 comments.. read them below or add one

Aminin DotMy Aminin DotMy June 19, 2015
bermaaf sekali tq for info next pasal adsense masuk blog hh untuk buat rujukan
Jia Rizaira Jia Rizaira June 19, 2015
Saya dah cuba buat macam cara kat atas dan banyak skali iklan yg ada tp itulah iklan masih blank.
Zaidalifah Hussin Zaidalifah Hussin June 19, 2015
terima kasih tuto ni membantu :)
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ June 19, 2015
Terima kasih atas tunjuk ajar. Lepas ni ena nak try Google Adsense. Tak reti nak buat dulu ni, now nak cuba try test hehe
GIRL ON FIRE GIRL ON FIRE June 24, 2015
Assalammualaikum & selamat berpuasa Tuan Hasrul Hassan. Akhirnya saya telah membuat email baru untuk apply google adsense. Saya tidak pasti apakah ini bermakna saya sudah mempunyai akaun adsense? kerana saya kini boleh login ke google adsense. Dan mempunyai hosted account. Masalah utama saya, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas mempunyai akaun adsense. Bolehkah tuan beri saya link berkenaan permulaan google yang tuan Hasrul Hassan karang untuk rujukan saya. Terima kasih.

Jawatan Kosong Kerajaan swasta Jawatan Kosong Kerajaan swasta July 27, 2015
Terima Kasih!!Maklumat yang sangat bagus.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.