Langkau ke kandungan utama

Best Ke Jurassic World?

Masih lagi belum berkesempatan untuk menonton Jurassic World yang kini sudahpun berada di layar pawagam seluruh Malaysia. Saya pernah tulis mengenai keinginan untuk tonton Jurassic World sebelum ini, almaklumlah, cerita-cerita sebegini memang mengujakan saya, terutama sekali anak-anak.

Kalau ikutkan, dah banyak kali anak-anak bertanyakan bila masa nak tonton Jurassic World ini. Tetapi nampaknya setakat entri ini ditulis belum lagi ada kesempatan. Tak tahulah bila. Dengarnya cerita Jurassic World ini best, dan ramai puji cerita ini yang lebih hebat dan lebih baik daripada cerita sebelum ini iaitu Jurassic Park.

Best Ke Jurassic World?

Hari tu, semasa saya pergi menonton Saint Andreas dan Tomorrow Land di Alamanda Putrajaya, anak saya hanya sempat bergambar dengan poster Jurassic World sahaja.... huhuhu ...
Best Ke Jurassic World?
Ada sesiapa yang dah tengok cerita Jurassic World tak? Apa komen anda? Berapa bintang anda berikan untuk cerita yang sudah mula ditayangkan sejak 12 Jun 2015 ini?

Filem Jurassic World diarahkan oleh Collin Trevorrow dan diterajui bintang Chris Pratt dan juga Bryce Dallas Howard.
Jurassic World
Jurassic World
Jurassic World
Jurassic World
Best Ke Jurassic World?
Jurassic World


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Saya dah tengok. Saya bagi 5☆ lah pada taman tema cam ni kalau benar2 wujud.😉

    Jika dilihat rating imdb (bukan 1mdb tau😰) memang tinggi. Lebih tinggi dari San Andreas mahupun Tomorrowland. Rasanya melebihi 8 point.

    Jurrasic World berkisar tentang keluarga, kerjaya, cinta dan paling utama dunia dinasour.

    Dalam cerita ni, kita bermain dengan emosi kekeluargaan, ketamakan manusia, hubungan dengan haiwan sebagai khalifah dimuka bumi.

    Cerita yang menarik, dunia khayalan menjadi realiti dan nampak logik. Adegan suspen, menyentuh jiwa, kelakar dan kasihan pada haiwan menjadi buayan emosi sepanjang tayangan.

    Cuma yang kelakar bila baca link dari huffpost tentang heroin dalam cerita ni kat sini.

    http://m.huffpost.com/us/entry/7572844?utm_hp_ref=style&ir=Style

    Kesimpulannya, untuk kanak2..memang best. Orang dewasa pun tak kurang akan terhibur dengan movie ni. ☺

    BalasPadam
  2. Wow.. blom tgk g ar.. Tapi Kalau da HH kurang best tuk dewasa jawabnye tggu blue ray je la nk download. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Saya tunggu online je ni .. ada yang online tapi kualiti tak bestt

      Padam
  3. memang best dan terbaik laa.. saya berkesempatan menonton filem ini dengan anak-anak di hari pertama tayangannya.. memang tak rugi menontonnya..

    BalasPadam
  4. Dah tengok kemarin.. best.. tp tak larat nak jerit sebab terkejut.. hahhaha anak2 paling suka sebab tgk dinasour.. ggggrrr

    BalasPadam
  5. Belum tengok lagi :-(

    BalasPadam
  6. Memang best...part paling best bila T-Rex muncul...

    BalasPadam
  7. Memang best Jurasic Worl,wajib tontom

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…