Langkau ke kandungan utama

Anak Teruja Lihat Motorcross di Festival Belia Putrajaya 2015

Ini bukan pertama kali saya bawa anak-anak melihat dan menonton aksi motorcross secara live. Sebelum ini, saya pernah singgah dalam satu pertandingan motorcross kat area Pusing, berdekatan Batu Gajah. Ada satu srikit di situ disediakan untuk peminat-peminat motorcross. Seronok melihat anak-anak saya teruja melihat motorcross, alhamdulillah, semasa singgah di Festival Belia Putrajaya 2015, kami anak beranak berkesempatan sekali lagi melihat aksi motorcross - dan kami memang teruja!

Uhh bukan calang-calang orang nak tunggang motorcross ni. Apatah lagi di dalam sirkit yang ramai berlumba untuk raih kemenangan. Adakala nampak ngeri je takut-takut kejadian tak diingini berlaku. Yang paling buat saya dan anak-anak kagum ialah adanya aksi hebat dari pelumba-pelumba cilik. Teringat kami pada aksi motorcross si cilik yang pernah kami lihat semasa satu event di Parit Buntar beberapa tahun lepas.

Anak Teruja Lihat Motorcross di Festival Belia Putrajaya 2015

Motorcross di Festival Belia Putrajaya 2015
Pertandingan seperti ini memang disukai oleh para jurugambar. Saya lihat ramai juga jurugambar pro yang hadir di pertandingan Motorcross sempena Festival Belia Putrajaya 2015 ini. Macam-macam aksi mereka merakam gambar, ada yang bertenggong, ada meniarap, ada berbaring ... ada ambil celah orang, ada yang panjat menara ..uh macam-macamlah. Nasib baik saya tak bawa kamera DSLR saya, kalau tak mau join sekali ... haha.

Shot aksi pelumba motorcross main terbang-terbang memang antara gambar yang suka diambil oleh para jurugambar. Saya dan isteri sempat juga rakam beberapa gambar menarik keterujaan motorcross di Festival Belia Putrajaya ini. Saya gunakan kamera telefon Asus Zenfone 6 dan isteri gunakan Samsung Galaxy S3. Meh layan beberapa gambar yang kami berdua sempat rakamkan, kalau anda pandai dan bijak bistari ... mana satu gambar dari Zenfone 6 dan mana satu dari Samsung S3? .. hoho ...

Gambar Aksi Motorcross di Festival Belia Putrajaya 2015

Motorcross di Festival Belia Putrajaya 2015
Oh ya, tak ada pula gambar anak saya yang teruja tengok aksi motorcross ini .... tak boleh nak ambil sebab kamera gegar-gegar ... anak saya pula tak duk diam ... mungkin tahun depan kami akan singgah lagi sebab banyak event yang kami terlepas kali ini.

Saya harap akan lebih banyak event belia yang boleh saya share kelak. Yelah, bolehlah jadi penyeri di slot tertentu di Kelab Blogger Belia nanti... huhuhu ...


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …