Langkau ke kandungan utama

5 Sebab Iklan Adsense Tidak Keluar

5 sebab iklan Adsense tidak keluar dalam blog. Saya ada menerima beberapa email serta pertanyaan mengenai mengapa iklan Google Adsense yang diletakkan di dalam blog tidak dipaparkan? Ok. Secara ikhlas lagi jujur saya mahu clarify sesuatu. Saya bukanlah seorang yang pakar buat duit blog menerusi Adsense, tetapi in Sha Allah, pertanyaan seperti ini akan saya jawab sebaiknya.

Ok. Sebenarnya ada 5 perkara penting mengapa iklan Adsense tidak keluar setelah kod diletakkan di dalam blog. Ia mungkin salah satu satu daripada 5 sebab ini, dan mungkin juga tidak. Apapun, cuba dulu gunakan 5 sebab ini untuk pastikan samada adakah ia punca sebenar iklan Adsense tidak dipaparkan di dalam blog.

5 Sebab Iklan Adsense Tidak Keluar

Jom periksa samada iklan Adsense blog anda berpunca daripada 5 sebab berikut.
5 Sebab Iklan Adsense Tidak Keluar

Akaun Adsense Tidak Approved atau Kena Banned

Ada antara blogger yang tidak pasti samada akaun Adsense telah disahkan atau permohonan diterima. Ada blogger yang telah diterima permohonan Adsense tetapi tidak mengesahkannya. Anda patut baca 4 Perkata Penting Sebelum Memohon Google Adsense sebagai panduan pengenalan memohon platform pengiklanan ini.

Ok. Ada dua cara pihak Adsense akan mengesahkan akaun anda. Satu menerusi alamat rumah, dan satu lagi menerusi nombor telefon. Anda akan terima satu pin pengesahan akaun Google Adsense anda, pin ini perlu dimasukkan ke dalam sistem Google Adsense. Seperti saya, pin ini diterima menerusi pos; saya menerima satu surat dari Google Adsense yang menyertakan pin ini untuk dimasukkan ke pautan yang diberikan. Ia adalah untuk mengesahkan bahawa alamat rumah saya benar dan bukan palsu. Pin ini mesti diaktifkan dalam masa 6 bulan, jika tidak akaun akan dibatalkan dan iklan tidak akan terpapar di dalam blog.

Akaun Adsense anda mungkin kena banned. Kod iklan mungkin sudah dimasukkan dengan betul, tetapi ada entri-entri yang langgar terma telah membuatkan iklan Adsense tidak keluar. Selalunya pihak Adsense akan menghantar satu email amaran kepada anda memberitahu mengenai perkara ini. Entri-entri yang berbaur lucah, provokasi, yang libatkan sentimen agama melampau adalah antara punca akaun atau iklan Adsense kena banned. Walaubagaimanapun, anda boleh kembalikan akaun atau iklan ini dengan mengikut panduan yang berikan menerusi email yang dihantar.

Ads Blocking Pada Pelayar Internet

Kadangkala iklan tidak kelihatan apabila pelayar internet yang digunakan menggunakan fungsi Ads Blocking - halang iklan daripada keluar. Untuk atasi, sila kosongkan cookies pelayar internet atau kosongkan ruangan cache pelayar internet anda.
5 Sebab Iklan Adsense Tidak Keluar
Ia juga mungkin bermasalah disebabkan oleh sistem antivirus yang anda pasang di dalam komputer anda. Jadi, anda perlu lihat setting sistem antivirus atau network protection bagi membolehkan iklan Adsense ini dipaparkan dengan betul.

Kod HTML Adsense Tidak Ditulis atau Diletakkan Dengan Betul

Masalah ini memang sering berlaku. Saya selalu hadapi masalah ini apabila cuba meletakkan kod HTML pengiklanan ini menerusi template blogspot. Apa yang saya buat ialah ambil kod Adsense dan tukarkan kepada bentuk koding yang difahami atau yang serasi dengan bahasa HTML blogspot yang digunakan. Anda boleh gunakan servis Parse HTML untuk tukarkan bentuk HTML Adsense, dan gunakan kod tersebut untuk diletakkan dalam template blogspot.

Kadangkala, ada blogger yang tersilap menulis kod HTML Adsense ini. Untuk periksa, saya syorkan anda buka dua browser internet, satu untuk buka dan lihat kod sumber HTML yang Adsense berikan, dan satu lagi untuk melihat kod tersebut di dalam blog anda. Untuk lihat kod tersebut di dalam HTML blog, view source code. Anda kena tahu, tidak semestinya apa yang anda copy-paste itu betul, jadi kena pastikan penggunakan format koding, titik, sengkang, kurungan adalah betul. Silap sikit, iklan Adsense anda mungkin tidak kelihatan.

Akaun Adsense Pihak Ketiga

Anda gunakan kod Adsense dari pihak ketiga atau sumber yang selain daripada laman Adsense itu sendiri, contohnya menerusi blogger.com atau YouTube.com. Anda perlu mendapatkan kelulusan penuh Adsense anda, atau mendapatkan hantar permohonan untuk a one-time approval request supaya boleh gunakan kod Adsense di mana-mana sahaja blog atau laman web kendalian anda.

Penggunaan Frames dan Masalah Javascript

Ada blogger yang menggunakan frame tertentu di dalam blog untuk paparkan iklan Adsense. Seperti saya, iklan Adsense dipaparkan di bawah tajuk entri menggunakan pendekatan ini. Google Adsense membenarkan cara dan teknik ini asalkan ia tidak dibuat secara berlebihan atau melampau, seperti menjadikan Adsense sebagai iklan popup atau iklan terapung. Jadi, gunakan secara minimal penggunaan frames ini untuk meletakkan kod iklan Adsense.

Javascript tidak diaktifkan di pelayar internet atau komputer anda. Iklan-iklan selalunya menggunakan javascript untuk berfungsi. Seandainya terdapat halangan atau javascript tidak aktif, maka iklan takkan keluar.

Ok. Demikianlah serba sedikit mengenai mengapa iklan Adsense tidak keluar di dalam blog. Anda kena tahu 5 sebab ini supaya dapat memaksima income blog menerusinya. Untuk tahu lebih banyak teknik, strategi dan cara buat duit dengan adsense ini, maka saya syorkan anda baca Janawang Adsense

Semoga membantu mereka yang mungkin hadapi masalah ini, in Sha Allah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. memang bagus penerangan dari HH...den masih berharap lagi untuk lulus adsense...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam dapat satu komen, dia tulis .. 52 kali cuba apply adsense, kali ke 53 baru dapat

      Padam
    2. tula...masih cuba baiki apa yang patut..still dapat reason denied yang sama dari google

      Padam
  2. iklan tak keluar juga ni....

    BalasPadam
  3. Siapa2 yang pakai antivirus macam kaspersky ke elok cek balik, kadang bila tick kat ruangan banner pon nanti xkeluar adsense tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pakai Kapersky .. :) iklan lain selain Adsense semua kena blocked dengan Kapersky ni .. oh ya .... h12 lepas. :)

      Padam
  4. Saya punya permohonan pada awalnya dah approve tapi masih tersekat di step 4 : Understand our policies. Itulah last email dari google adsense dah nak dekat tiga bulan. Mgkn ini penyebab iklan masih blank rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda kena buat SEARCH sendiri dalam blog untuk perkataan2 yang menjurus kepada polisi - macam sek s .. intim ... entri berkaitan dengan hatred .. politik ...

      Contohnya... entri saya mengenai blogger Alvin Tan ... adalah salah penyebab iklan adsense kena blocked

      Padam
  5. Baru dapat approval dari GoGirl... terkedek-kedek nak ngeluarkan ad. Belum cuba boh code lagi, masih belajau.

    Good article !!

    BalasPadam
  6. Hari ini try apply kali ke 3..penenrangan yang simple dan mudah difahami..terima kasih tuan HH

    BalasPadam
  7. Saya xdpt PIN tu sbb earning tak lebih dr verification treshold (USD10).

    Mcm mn nk dpt earning kalau ads x keluar.

    Bang, tolong please.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca entri saya di atas .. ada penyelesaian saya berikan tu.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …