Video Dibuang Langgar Terma YouTube

Oh tidak. Tersilap langkah nampaknya kali ini. Video yang baru sahaja saya kongsikan di laman YouTube telah dibuang kerana melanggar syarat dan terma ditetapkan. Video yang saya maksudkan itu ialah Video Manusia Hilang Akal, Sepak Terajang Anak Kecil di Kaki Lima yang mula menjadi viral beberapa hari lalu.

Ini merupakan kesalahan pertama saya. Jadi, saya masih lagi berpeluang untuk upload video ke YouTube. Video tersebut dibuang kerana mengandungi unsur-unsur bersifat keganasan dan tidak sesuai ditonton secara terbuka. Jadi, ada komuniti dalam YouTube yang merasakan video tersebut tidak patut berada dalam channel YouTube.
Video Dibuang Langgar Terma YouTube

Video Dibuang Langgar Terma YouTube

Saya akur dan memang saya mengaku bahawa menjadi kesalahan untuk muat naik video tersebut tanpa fikir. Tujuan asal video itu dimuat-naik adalah untuk membolehkan masyarakat umumnya, dan para ibu bapa khasnya agar sentiasa berhati-hati dengan kelibat orang sekeliling, agar sentiasa berhati-hati dan ketahui di mana anak-anak sedang berada.
Video Dibuang Langgar Terma YouTube
Kepada rakan-rakan lain, jadikan apa yang berlaku kepada saya ini sebagai satu pengajaran. Jangan tiru aksi memuat-naik video yang langgar terma syarat YouTube. Jika kena buang video, ok lagi ... jangan sampai akaun kena banned oleh YouTube. Yelah, kan YouTube boleh jadi salah satu lubuk buat duit online .. hoho... saya pernah ceritakan dalam entri Cara Jana Income Menerusi Video Youtube
Video Dibuang Langgar Terma YouTube
Bila video dah kena delete oleh YouTube, perkongsian di blog juga jadi terjejas. Saya tahu ramai kecewa bila buka entri berkaitan, nak tengok video yang dikatakan .. video sudah tidak ada.

Beringat sebelum kena. Jenuh oo nak download dalam PC dan muat naik kembali ke laman YouTube ni .. kalau internet slow, memang sakit jiwa dibuatnya. Dah jadi begini, rasa buat kerja sia-sia .... kannnn dah kena, padan muka dengan saya yang memang sejak kahwin berbini satu semakin kacak sentiasa .. ehemm .. haha.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid May 13, 2015
hurmm, isu begini memang selalu terjadi dan selalunya memang tidak akan download dan upload kembali ke YouTube....
Mrs. A Mrs. A May 13, 2015
Tapikan dah berapa lama di upload tu baru youtube dapat kesan?
yang baik yang baik May 13, 2015
betul lah tu... elok juga dibuang.
BANYAK KERJA KOSONG DI SINI BANYAK KERJA KOSONG DI SINI May 14, 2015
Ha ah biasanye yang dah viral tu susah sikit nak reupload sebab dah ramai..so kalau tambahkan kronologi dan touch skit, InsyaAllah blh kot.
Azizi Elias Azizi Elias May 15, 2015
monetization account effect tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 16, 2015
Kena ubahsuai sedikit kalau mahu lepasi tapisan .. apa yang saya kena ini adalah disebabkan ada penonton yang lihat video ni dan klik inappropiate .. tu sbb kena tu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 16, 2015
Video ni dalam seminggu je berada dalam YouTube.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 16, 2015
Monetization untuk video ni sahaja efek, akaun dalam youtube in Sha Allah tak ada apa2 masalah.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.