Langkau ke kandungan utama

Terima Pelawaan Pengiklanan Platform Buzzcity

Terima pelawaan pengiklanan daripada Buzzcity. Nampaknya sejak kebelakangan ini, ada sahaja tawaran pengiklanan yang saya terima untuk blog ini. Bukan tawaran pengiklanan advertorial yang sering saya promosikan tu, tetapi lebih kepada tawaran pengiklanan dari syarikat yang menyediakan servis platform pengiklanan sepertimana Geniee, H12, Innity, Komli, Adsense dan sebagainya.

Kali ini, saya terima email daripada Buzzcity. Salah satu medium pengiklanan untuk laman web dan blog yang menjurus kepada pengiklanan untuk pengguna mobile.

Terima Pelawaan Pengiklanan Platform Buzzcity

Terima Pelawaan Pengiklanan Platform Buzzcity
Rasanya ramai blogger telah maklum bahawa Google kini memberikan kelebihan kepada laman web dan blog yang bersifat mesra mobile. Blog-blog yang sebegini bersifat responsif dan diberikan tempat agak baik dalam enjin carian Google. Jika anda seorang blogger baru, mungkin anda perlu semak samada blog anda mesra mobile atau tidak. Anda perlu pastikan bahawa blog anda lulus dalam ujian Mobile-Friendly Test.

Blog Perlu Mesra Mobile Untuk Pengiklanan

Apabila blog anda mesra mobile, dan iklan-iklan dari platform pengiklanan boleh dipaparkan dengan baik serta sempurna menerusi platform mobile, in Sha Allah, tawaran-tawaran pengiklanan seperti dari Buzzcity akan datang secara automatik.

Cuba lihat paparan blog saya menerusi platform mobile seperti ditunjukkan di bawah ini, dan bandingkan pula dengan blog anda jika dipaparkan dalam versi mobile (terutama untuk blog blogspot seperti blog ini). Kalau anda merupakan seorang usahawan mahupun syarikat pengiklanan, tentu mahukan iklan yang dipasang di blog dimaksimumkan paparannya, ye tak?
Blog mesra mobile dan mesra iklan
Ini akan memberikan peluang buat duit blog lebih kepada blogger-blogger Malaysia. Almaklumlah, bukan semua blog atau blogger yang tepati beberapa kriteria sesetengah medium pengiklanan ini. Ada blog yang tidak lepasi tapisan untuk medium iklan Komli dan Innity, tetapi mudah mendapat akaun dengan RevenueHits mahupun H12. Ada pula blogger yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan akaun Google Adsense untuk blognya, sampai ada yang apply hingga 3-4 kali tapi masih tak lepas-lepas.

Alhamdulillah, blog saya dengan keupayaan tersendiri telah dapat tembusi halangan-halangan ini. Setakat entri ini ditulis, saya telah mempunyai beberapa akaun medium pengiklanan dari beberapa platform berikut:
  1. Nuffnang
  2. Geniee
  3. RevenueHits
  4. H12
  5. PopAds
  6. Adsense
  7. Komli
  8. Innity
  9. MediaWhite
  10. Tomoson
  11. Izea
  12. Unruly Media
  13. 8Share
  14. ChurpChurp 

Tengok dari senarai di atas, anda mungkin tidak terfikir sebelum ini bahawa begitu banyak peluang untuk jana income menerusi blog. Itu tidak termasuklah lagi jana income menerusi program affiliate dan juga sewa tapak iklan serta advertorial.my.

Tepuk dada, tanyalah diri.

Buat masa ini, saya masih lagi memikirkan samada mahu menerima pelawaan pengiklanan dari platform Buzzcity. Saya telahpun balas email, dan meminta pihak mereka bandingkan kelebihan yang boleh mereka berikan pada blog saya.

Jadikan Blog Anda Istimewa, Dan Peluang Akan Datang Dengan Sendirinya ... 

Saya kongsikan perkara ini adalah untuk anda melihat akan peluang untuk jana income menerusi blog samada sampingan mahupun sebagai blogger sepenuh masa seperti saya. Untuk mendapatkan peluang tersebut, anda perlu berusaha untuk menjadikan blog anda seistimewa mungkin.

In Sha Allah, akan saya ceritakan bagaimana mahu menjadikan blog anda istimewa, menyerlah daripada orang lain, hatta diri anda bukan pun seorang blogger yang popular!



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Pendapatan dari Innity je saya rasa selamat nak buat guna atau buat makan. Tu pun lepas block iklan yg mendedahkan aurat, kad kredit.

    Yang Nuffanang dah memang x guna buat makan dah sebab iklan dia x boleh block macam Innity. Pasang kod nuffnang sebab nak tengok stat je..hehe..

    Komli dan Adsene pun macam tu jugak rasa was-was nak guna buat makan sebab iklan dia susah nak kawal.. (KOMLI nak kena check satu-satu iklan mana yang elok,) (Agsense iklan keluar ikut keyword, yang ni lagi susah nak tau sebab setiap pelawat mesti keyword dia laian2.. )

    Yang 8share& Churp2 tu dah lama x aktif..





    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…