Tatacara memohon Google Adsense menggunakan platform blogspot. Ramai blogger baru yang tidak tahu bahawa mereka ada cara mudah untuk memohon akaun Google Adsense. Adsense adalah merupakan platform pengiklanan untuk blogger yang sangat menguntungkan dan dianggap platform buat duit blog terbaik di dunia internet. Jika anda seorang blogger yang mahu jana income dalam Dollar Amerika (USD) atau dalam matawang asing lain, maka anda perlu dapatkan akaun Adsense sendiri.

Apabila anda telah mempunyai akaun Adsense sendiri, anda bukan sahaja boleh jana income menerusi blog, tetapi juga boleh gunakan platform ini untuk buat duit menerusi YouTube.

Namun, bukan mudah untuk permohonan diterima oleh Adsense. Saya sendiri telah kongsikan beberapa tips dan panduan buat duit Adsense untuk dijadikan panduan kepada blogger Malaysia, terutama blogger blogspot. Adsense sangat strict dalam meluluskan permohonan. Hanya blog yang benar-benar berkualiti dari segi konten dan rekabentuk sahaja akan diberikan kelulusan segera.

Tatacara Memohon Adsense Menggunakan Blogspot (Blogger.com)

Tatacara Mohon Adsense Guna Blogspot

Ok.... cukup-cukuplah saya bebel bab tersebut. Jika nak baca lagi, jangan lupa gunakan kekotak search yang disediakan untuk cari artikel dan entri berkaitan, jangan segan dan malu ye ... semua itu ilmu percuma daripada Allah S.W.T menerusi saya.

Langkah Demi Langkah Mendapatkan Akaun Adsense Menerusi Blogger

Jika belum ada akaun Adsense, cuba ikuti langkah-langkah dan tatacara di bawah ini untuk memohon Adsense menggunakan blogspot anda.
  1. Buka dashboard blogspot anda. Pilih dashboard blog anda yang ingin mengunakan Adsense untuk pengiklanan. Perhatikan di bahagian sidebar ada tertulis Earnings. Klik bahagian tersebut. Anda akan dibawa ke paparan seperti ditunjukkan di bawah ini.
  2. Tatacara Mohon Adsense Guna Blogspot
  3. Klik pada bahagian Sign up for Adsense. Anda akan dibawa ke paparan di bawah ini. Dalam paparan ini, anda akan dinyatakan samada mahu menggunakan akaun Google (email gmail anda) yang sama atau cipta akaun yang baru. Untuk memudahkan memohon Adsense, saya syor anda gunakan akaun Google sedia ada. Hanya cipta akaun baru untuk kes-kes tertentu, nanti saya akan ceritakan.
  4. Pilih Yes untuk langkah seterusnya. Paparan di bawah akan kelihatan menunjukkan alamat URL blogspot anda. Anda boleh pilih blog lain (jika ada) untuk permohonan ini.
    Tatacara Mohon Adsense Guna Blogspot
    Namun, kena pastikan anda tidak menggunakan blog baru yang kosong untuk memohon. Blog yang dipilih mestilah sudah mempunyai sekurang-kurangnya lebih daripada 10 post yang original. Jangan ubah content language, biarkan ia sebagai English. Kemudian klik Continue.
  5. Anda kemudian perlu mengisi borang permohonan yang mengandungi butiran peribadi anda. Pastikan anda masukkan maklumat yang betul dan tepat. Jangan sesekali letakkan nama samaran atau alamat yang tidak betul kerana ia boleh mendatangkan masalah apabila anda mahu keluarkan income dari akaun Adsense anda kelak.
    Tatacara Mohon Adsense Guna Blogspot
    Setelah pastikan semuanya diisi dengan tepat, maka barulah tekan butang seterusnya iaitu Submit Application. Peringatan penting - anda tidak boleh ubah atau tukar butiran ini setelah anda tekan butang submit tersebut, jadi sekali lagi saya ingatkan isi butiran dengan tepat.

Mudah? Memang mudah untuk isi borang permohonan Adsense ni, tetapi yang sukar ialah pada peringkat untuk diluluskan.

Ehemm... jangan susah hati, saya akan berikan beberapa tips tambahan berikut supaya anda boleh lulus dengan mudah dan cepat. In Sha Allah.

Tips Untuk Mendapatkan Adsense Menerusi Blogspot

  • Pastikan anda menggunakan blog yang kaya kandungan dan telah wujud lebih daripada 3 bulan. Lebih lama lebih bagus ketika memohon.
  • Pastikan setting bahasa blog anda dalam English. Jika permohonan pertama tidak berjaya, cuba tukar setting bahasa blog anda ke Bahasa Melayu, memandangkan Adsense kini menerima blog Bahasa Melayu.
  • Gunakan template blogspot yang paling simple. Saya syorkan anda gunakan dulu template blogspot yang tersedia di dalam blogger.com terlebih dahulu semasa memohon.
  • Blog anda perlu ada disclaimer (penafian), ruangan contact (ada dalam widget) dan jika boleh letakkan juga polisi penggunaan blog.
  • Gunakan font yang mudah dibaca - jangan terlalu kecil, dan tidak terlalu besar. Saiz disyorkan adalah 12-14 untuk font jenis Arial. Anda boleh cuba gunakan Google Fonts jika mahu mencari font yang disyorkan untuk blog.
  • Gunakan warna-warna selamat untuk blog dan pastikan tiada satu pun widget yang digunakan halang paparan konten blog anda. 
  • Jika anda pernah ada buat permohonan tetapi ditolak, cuba gunakan cara seperti di atas tetapi tukarkan nama penerima dan alamat rumah. Nak lagi meyakinkan, cipta satu akaun baru dengan Gmail dan gunakan untuk urusan pengiklanan dengan Adsense.
  • Sebaik sahaja anda hantar permohonan Adsense, terus letakkan kod Adsense yang tersedia di dalam blogspot anda - lihat bahagian Dashboard blogspot - pilih widget - pilih Adsense. Ini adalah untuk pihak Adsense membuat penilaian permohonan anda. Jika tidak, anda akan terima satu email dari Adsense yang meminta anda meletakkan kod Adsense. Cuba baca Cara Letak Iklan Adsense dalam Blogspot untuk ketahui cara-caranya.

Permohonan Adsense anda akan diproses paling cepat dalam masa 48 jam. Anda akan menerima satu pemberitahuan menerusi email. Ikuti langkah-langkah dan saranan yang diberikan dalam email tersebut.

Untuk membolehkan anda memaksimakan income blog menerusi Google Adsense, saya syor anda baca panduan berikut - Rahsia dan Tips Jana Income Adsense

Semoga berjaya.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dah buat..tapi tak lepas jugak..huhu...xtaulah kenapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba semak email dari Adsense, selalunya dia akan beritahu kenapa tak lulus.

      Padam
  2. dah boleh letak kod, tapi kejap kejap blank, kejap keluar adsense.

    BalasPadam
  3. kalau takde blog, x leh daftar adsence ker?

    BalasPadam
  4. kalau takde blog, x leh daftar adsence ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau takde blog hang nak letak iklan kat mana plak..? hehe :-D

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement