Statistik income Adsense April 2015. Atas permintaan, saya kongsikan statistik income blog menerusi Google Adsense untuk bulan April 2015. Ini merupakan kali kedua saya paparkan income Adsense di dalam blog.

Nak tahu berapa jumlah income yang telah saya peroleh dari Adsense untuk bulan April 2015? Hoho .. tak banyak mana pun, malah tak cecah pun USD100. Tapi alhamdulillah, bukan mudah nak dapat income blog dalam USD ini, apatah lagi bila kebanyakkan trafik blog datangnya dari Malaysia. Kalau dapat dari negara-negara kaya macam Kanada, negara Eropah, syok juga buat duit dengan Adsense ni.

Statistik Income Adsense April 2015

Statistik Income Adsense April 2015
Uhh .. amacam? Saya harap rakan blogger yang mahukan statistik income Adsense menerusi blog telah berpuas hati. Tak banyak, hanya sekitar USD60 sebulan, setelah blog ini telah diaktifkan kembali pengiklanan Adsense sekitar awal April 2015 yang lalu .... hoho ... boleh baca luahan saya mengenainya di sini - Appeal Adsense Diterima Setelah Kali Kelima Merayu

Untuk income Adsense bulan Mei 2015, saya tak tahu nak anggarkan bagaimana sebab segalanya bergantung dengan kualiti trafik yang diterima. Anda boleh agak kot bila dah tengok statistik income Adsense April 2015 yang telah saya kongsikan di atas.

Jana Income Adsense Menerusi Youtube

Ramai Underground Blogger Buat Duit Menerusi Adsense

Ramai je blogger hebat dan underground yang telah berjaya buat duit menerusi Google Adsense ni. Income mereka memang lebat ... serius ada yang beritahu saya, ada blog menjana income Adsense sehingga USD1000 sebulan! Jadi, bayangkan banyak mana trafik yang diterima .. dan bayangkan banyak mana klik iklan yang telah diperoleh.

Ada banyak tips buat duit dengan Adsense, saya sendiri pernah kongsikan beberapa tips terbaik untuk buat duit dengan Adsense ini. Malah, ada rakan blogger tanpa segan silu dan berbesar hati telah berikan nasihat percuma kepada saya. Anda boleh dapatkan nasihat tersebut menerusi entri ini - 5 Nasihat dan Tips Adsense daripada Rakan Blogger

Digelakkan Keluarkan Income Adsense Menerusi Cek

Haha. Tahukah anda bahawa saya pernah digelakkan apabila saya menulis entri berkaitan tunaikan cek Adsense di bank? Nampak benar saya blogger sepenuh masa yang masih lagi dalam peringkat noob dubush punya ... haha .... susah payah tunaikan cek di bank, walhal ada cara lebih mudah untuk keluarkan earnings Adsense ini. Ramai blogger terutama yang lebih muda daripada saya memberitahu bahawa income Adsense boleh dikeluarkan menerusi pindahan wang ke bank dan juga menerusi perkhidmatan Western Union.

Haha. Nak buat macamana, zaman 2007 saya belajar mengenai Adsense tak beritahu pun mengenai cara nak keluarkan earnings atau income Adsense menerusi Western Union mahupun pindahan wang ke bank. Ebook yang saya baca ketika itu memang tak ceritakan bab ini, almaklumlah zaman itu Western Union non-hado lagi di Malaysia, malah tiada kemudahan disediakan untuk pindahkan earnings dari akaun Adsense ke bank-bank tempatan.

Mungkin nanti saya boleh ceritakan cara nak keluarkan earnings Adsense ini menggunakan dua cara baru tersebut.... tak boleh nak ceritakan sekarang sebab tak ada pengalaman lagi .... nanti orang kata saya dont walk, talk lebih-lebih .... hahahaha...


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sya punya google adsense masih lagi blank. Kecewa...

    BalasPadam
  2. kalo den dapat usd100 pun dh ckup..hehehe...tahniah HH

    BalasPadam
  3. Tahniah Bro. Saya masih tak ada akuan adsense

    BalasPadam
  4. dulu aku pun taktau..masa nak withdraw aritu le baru tau..itu pun dah 2-3 tahun gak la..setakat ni baru 5 kali je..sejak 2006..nampak sangat loser.ahahaa

    BalasPadam
  5. banyak sangat iklan tuan, cuba tumpu satu ja..iklan adsense..kebarangkalian untuk klik iklan akan tinggi.. :)

    BalasPadam
  6. terbaikk.. tahniah dan syabas :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement