Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Jakim

Sebab sijil halal Secret Recipe ditarik balik oleh Jakim. Pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah menarik balik sijil halal yang dimiliki oleh Secret Recipe pada 7 Mei 2015. Berita ini telah menjadi viral di laman-laman sosial sehingga menjadi satu perbincangan hangat di kalangan netizen.

Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga sijil Halal dimiliki oleh Secret Recipe ini ditarik oleh pihak Jakim? Ramai yang mahu tahu sebab sijil Halal Secret Recipe ditarik, sehinggakan pihak Jakim terpaksa mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan isu terbabit.

Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Jakim

Berikut adalah kenyataan media penuh dari Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim mengenai sebab mengapa sijil Halal Jakim ditarik dari rangkaian restoren Secret Recipe.

Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Jakim
Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Jakim
Ok. Jelas dah sekarang? Mungkin akan datang banyak persoalan kenapa sijil halal ini ditarik dan bukannya digantung sepertimana kes Cadbury.

Saya bukanlah penggemar Secret Recipe, malah seingat sayalah selama hampir 40 tahun diberikan nyawa oleh Allah S.W.T; saya belum pernah membeli apa-apa di Secret Recipe. Makan tu pernah, sebab ada orang belanja .. haha... :)

Dari kenyataan rasmi Jakim mengenai sijil Halal Secret Recipe ditarik balik, boleh disimpulkan bahawa:
  • Perlanggaran terhadap manual prosedur pensijilan Halal Malaysia.
  • Tidak patuh GMP (Good Manufacturing Practice)
  • Penyediaan makanan oleh Secret Recipe adalah tidak bersih mengikut GMP dan prosedur Halal Malaysia.
  • Bukan melibatkan sebarang penggunaan bahan yang diharamkan dalam pemprosesan produk.
  • Penilaian semula oleh Jakim akan dibuat semula jika Secret Recipe memohon semula sijil Halal Malaysia.
Maka, di sini sangat penting sekali, kita sebagai pengguna membuat double-check mengenai sesuatu isu terutama berkaitan dengan pensijilan Halal Malaysia. Rakya Malaysia agak skeptikal dengan produk-produk tempatan yang tidak ada sijil halal, walhal ada produk import contohnya biskut Pepero yang tiada sijil sah Halal dibeli dan dimakan tanpa rasa ragu-ragu. Malah, ia menjadi produk sangat popular dibeli di Langkawi.

Pelik tapi itulah yang sedang berlaku.


{ 7 comments.. read them below or add one }

yong norliza yong norliza May 26, 2015
singgah sini..tq utk info ;)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 26, 2015
sama-sama, moga ia dimanfaatkan bersama.
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ May 26, 2015
Ena dulu selalu beli Secret Recipes.. sebab suka kek dia.. Now dah lama tak makan sebab mahal sangat dah SR ni
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 26, 2015
Hmm memang tahu harga kek dia mahal .. hoho .. antara sebab saya tak beli SR ni.
Nadia Johari Nadia Johari May 27, 2015
memang jarang makan secret recipe..sebab harga dia..
kamil salleh kamil salleh May 31, 2015
Salam...saya bekerja di Secret Recipe terasa juga bahannya. Maklum sajalah, bekerja di bahagian 3D decoration cake. Yang kena serbu bukan di deptment cake tetapi di bahagian bahan mentah lain. Ia taklah seteruk mana apa ytang digambarkan oleh kebanyakan orang ramai. Cuma bahagian lantainya yang agak comot dan berair/lecah. Itu yang boleh saya perkatakan tentyang hal ini.

Kalau di bahagian saya, saya dn rakan saya yang mengenadalikannya. Kami sentiasa menjaga kebersihannya tanpa disuruh.
Ena Ena May 31, 2015
jarang makan secret recipe;)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.