Resepi masak Lala tanpa tumis pedas. Dah lama saya tak tonjolkan aktiviti memasak house husband yang sempoi-sempoi kan? Ok, kali ini saya nak berkongsi resepi sempoi lagi mudah untuk semua, terutama untuk 'anak-anak dara' yang masih lagi tak reti-reti lagi nak sediakan hidangan sendiri .. haha. Resepi sempoi lagi mudah kali ini melibatkan sejenis haiwan laut yang dinamakan Lala. Kalau tak kenal Lala tu apa, sendiri boleh taip pada Google ye .. hoho.

Lala adalah sejenis hidupan laut dari spesies kerang-kerangan. Lala juga dikenali sebagai Siput Retak Seribu. Ia merupakan haiwan laut kerang-kerangan yang mudah didapati di kawasan pantai berpasir. Saya boleh cakap ia satu famili dengan Kijing, Kepah Gayam, Remis, Pepahat, Kima, Gongong, Etok, Siput Duri, Kekapis (Siput Piring), Beliung (Siput Baji) dan Siput Cangkul (Biji Nangka).

Kerang-kerangan dari pantai berpasir lebih jernih isinya berbeza dengan kerang-kerangan dari pantai berlumpur seperti Lokan, Kerang Bulu mahupun Mentarang. Lala punyai cangkerang yang jernih, kekuningan dan kadangkala putih susu. Ciri lain ialah anda boleh lihat alur garisan-garisan pada permukaan kulit Lala yang leper. Saiznya sederhana besar, yang menjadikan ia berbeza dengan remis yang jauh lebih kecil dan juga Kijing, Pepahat atau Kepah yang lebih besar.
Resepi Masak Lala Tanpa Tumis Pedas
Ok. Pengenalan selesai, meh masak Lala.

Resepi Masak Lala Tanpa Tumis Pedas

Saya akan sediakan resepi mudah lagi sempoi untuk masak Lala. Tak perlu nak tumis, hanya basuh dan terus rebus. Cuma untuk tambahkan rasa, kena letakkan serba sedikit 'rencah'.

Bahan-Bahan

  • Sekilo Lala
  • 2 cawan air
  • Sebuku bawang besar
  • Seinci halia
  • Sebatang serai dititik
  • 5-6 biji cili kering
  • 2-3 biji cili api
  • Kicap cair atau kicap mee
  • Garam (jika perlu)

Cara Memasak

  1. Mula-mula sekali anda kena rendam dan cuci Lala. Basuh dengan air dan kemudian toskan.
  2. Sediakan kuali dengan air sebanyak 2 cawan.
  3. Masukkan Lala.
  4. Tunggu sehingga Lala mendidih dalam kuali.
  5. Masukkan bawang besar yang dihiris kasar, halia yang dipotong kecil, cili kering yang dipotong kecil dan cili api.
  6. Gaulkan campuran sehingga sekata.
  7. Masukkan serai.
  8. Masukkan 2 sudu kecil kicap cair atau boleh gunakan kicap mee.
  9. Sebatikan semua.
  10. Cuba rasa 'kuah' yang ada. Jika perlu tambah garam.
Siap.

Oh ya, jika anda rasa tak yakin dengan rasa, bolehlah tambah perasa rahsia... hoho.
Resepi Masak Lala Tanpa Tumis Pedas
Ok. Resepi ini akan hasilkan rasa Lala yang manis tetapi pada masa sama ada rasa sedikit pedas dan masin daripada kicap. Jadi, anda tidak perlukan pencicah, boleh terus makan bersama dengan nasi panas.

Sempoi je kan? Cubalah ye resepi masak Lala tanpa tumis pedas ini. Sure menyelerakan.



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement