Rangka (blueprint) sebuah blog post yang ideal. Mungkin ramai yang tertanya-tanya terutama blogger baru mengenai bagaimanakah rangka sebuah entri yang ideal, yang cukup dengan ciri-ciri SEO dan menepati kehendak standard penulisan blogger antarabangsa. Sebenarnya, ciri-ciri ini pernah saya perjelaskan satu demi satu di dalam tips blogging dan panduan blogger sekitar tahun 2011-2013.

Namun, mungkin ramai tak dapat nak membayangkan bagaimana rupabentuknya, maka saya kongsikan kepada anda rangka sebuah blog post yang ideal iaitu blueprint atau panduan untuk anda menulis entri dengan struktur yang betul.

Rangka (Blueprint) Sebuah Blog Post Yang Ideal

Rangka Sebuah Blog Post Ideal
Struktur sebuah entri mestilah yang betul supaya apa yang anda kongsikan dapat dibaca (readable) bukan hanya kepada pengunjung blog malah untuk enjin carian. Ia juga mesti nampak kemas dan menarik. Anda tentu tidak mahu membaca sebuah blog post yang tanpa ada noktah, ye tak?

Tentu lebih seronok membaca sebuah blog post yang ada keadaan renggang untuk rileks dan ambil nafas. Pembacaan tentu makin seronok andai ada gambar dan imej disertakan. Semua perkara ini penting agar pengunjung akan rasa ingin lagi dan lagi membaca blog post anda.

Jadi, bagaimana rekabentuk struktur sebuah blog post yang ideal dan terbaik ini? Bagaimana susun aturnya? Apa yang perlu ditulis pada setiap bahagian struktur itu?

8 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Sebuah Blog Post Ideal

Ok. Dah tengok dengan jelas tak dalam paparan di atas? Nampak dah? Boleh ingat? Boleh praktikkan tak? Mudah je kan? Sekali pandang, anda sudah boleh setkan dalam minda cara-cara untuk menulis sebuah entri yang ideal iaitu sebuah blog post yang mempunyai:
  1. Tajuk Entri
  2. Butang Perkongsian Bawah Tajuk/Bawah Post
  3. Imej Besar (sesuai dengan kelebaran kandungan entri)
  4. Perenggan Pendahuluan iaitu pembukaan untuk blog post.
  5. Isi Kandungan
  6. Kesimpuan
  7. Entri Berkaitan
  8. Komen

Jangan lupa baca tips kecil yang diberikan dalam paparan di atas. Imej di atas boleh dibesarkan jika tak berapa nak nampak ye ... hoho .. jangan kata saya kedekut nak tunjuk pula kalau anda malas nak explore sendiri .. :P ...

Semoga entri ini dapat membantu anda hasilkan sebuah blog post terbaik dengan struktur yang betul.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah... orang kaya tips blogging nie..
    Terima kasih yer. tersipu2 saya membacanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement