14 Mei 2015

Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan

Maahad Tahfiz Al-Ansar Kuala Selangor Perlukan Sumbangan. Sayu hati melihat keadaan Maahad Tahfiz Al-Ansar ini. Mana taknya, masih banyak kemudahan yang belum sempurna setelah dilanda ribut baru-baru ini. Walaupun banyak pihak telah membantu, termasuklah dari Majlis Daerah Kuala Selangor, namun ia masih lagi belum mencukupi untuk membolehkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar ini belajar dengan selesa.

Maahad Tahfiz Al-Ansar merupakan sekolah agama rakyat yang didaftarkan dengan nama Sekolah Agama Rakyat Al-Ansar.

Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan

Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan

Maahad Tahfiz Al-Ansar, juga dikenali sebagai Maahad Tarbiyah Islamiah Al Ansar, Kuala Selangor. Sekolah ini ranap dilanda ribut pada 17 April 2015 tanpa mengorbankan nyawa. Kemusnahan melibatkan blok bilik darjah dan juga asrama lelaki. Saya difahamkan Kerajaan Negeri Selangor ada memperuntukkan bantuan untuk baik-pulih sekolah sebanyak RM80,000.
Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan
Kepada rakan-rakan yang sudi membantu, anda boleh rujuk post Facebook yang disertakan dalam entri ini untuk menyumbang. Sumbangan yang diperlukan termasuklah kos membeli tilam, bantal, keperluan bilik darjah, keperluan harian dan yang difikirkan sesuai untuk anak-anak ini.
Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan
Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan
Keadaan Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan
Keadaan Maahad Tahfiz Al Ansar Perlukan Sumbangan

Buat masa ini, anak-anak ini terpaksa belajar di bawah khemah, manakala pelajar-pelajar lelaki terpaksa tidur di dalam surau.

Untuk lebih memahami, dan mengetahui keperluan paling penting anak-anak ini, anda boleh terus sahaja melawat Maahad Tahfiz Al Ansar ini.



Ketika saya dan kawan2 sekolah yg lain meraikan Majlis Walimatulurus Rosnah Shawal, teman2 NGO saya Nurulhuda dan...
Posted by Anggraini Agam on Sunday, 10 May 2015


Sumbangan juga boleh dilakukan secara terus ke sekolah ini menerusi akaun bank:

Maybank - 562133001336
Sekolah Agama Rakyat Al-Ansar
Tel : 03-32896390
Ustazah Hafizatul 019-7772831
Ustaz Rosazli 019-3391702

Kepada rakan-rakan, pembaca dan pengunjung blog ini yang sudi menyumbang, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga Allah S.W.T merahmati tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

7 Komen

In Shaa Allah, akan cuba membantu sedaya mana yang termampu...

Mudahan ramai yg akan turut serta hulurkan bantuan, InsyaAllah. sayu tengok keaadaannya.

Semoga anak-anak ini dipermudahkan oleh Allah dalam urusan pembelajaran mereka. Keadaan kekurangan juga suatu proses tarbiyah buat mereka, namun mereka juga perlukan suasana yang selesa. Semoga dermawan ringankan tangan.

ya allah sedihnya tengok anak2 ni...

ya allah kesiannya..insyaallah...

Alhamdulillah. Semoga bantuan dan pertolongan dirahmati Allah S.W.T .. amin.

Apa yang berlaku pada sekolah ini hanyalah satu daripada banyak. Ada lagi sekolah seumpama ini yang masih perlukan bantuan dari masyarakat.

Baru je 2-3 hari lalu ada kebakaran di salah sebuah sekolah agama.


EmoticonEmoticon