Lelaki Tidak Sholat Jumaat Boleh Dikenakan Penjara

Wah,beruntunglah lelaki-lelaki Muslim di negeri Kedah. Seandainya tidak pergi Solat Jumaat sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan munasabah, lelaki-lelaki Muslim di Kedah boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda oleh Mahkamah Syariah. Ia akan mula dikuat-kuasakan mulai 1 Jun 2015.

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) akan menguatkuasakan peraturan baharu dimana umat Islam lelaki yang ponteng solat Jumaat tiga kali berturut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 dan penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Hukuman adalah berdasarkan kepada Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syarikah 2014 Negeri Kedah.

Lelaki Tidak Sholat Jumaat Boleh Dikenakan Penjara dan Denda di Kedah

Lelaki Tidak Sholat Jumaat Boleh Dikenakan Penjara
Walaubagaimanapun, tindakan dan hukuman hanya boleh dilakukan jika terdapat laporan daripada orang ramai seandainya terdapat individu lelaki beragama Islam tidak solat Jumaat. Aduan atau laporan boleh dilakukan menerusi  borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat yang boleh didapati di semua pejabat agama daerah negeri Kedah. Semua aduan dan laporan yang dibuat adalah rahsia, dan maklumat pelapor juga akan dirahsiakan.

Setiap laporan akan disiasat dengan teliti oleh pihak JHEAIK terutama laporan daripada kariah sendiri.
Lelaki Tidak Sholat Jumaat Boleh Dikenakan Penjara
Uhh bagus betullah ada undang-undang seperti ini. Kadangkala, manusia akan jadi lebih baik jika ada peraturan dan undang-undang seperti ini. Jika tidak, kelalaian dan kealpaan akan terus berleluasa, dan akan nampak bahawa ramai lelaki Muslim bersikap acuh tak acuh untuk tunaikan solat Jumaat.

Apa pendapat anda? Mungkin majlis agama negeri lain patut mencontohi JHEAIK?


{ 10 comments.. read them below or add one }

Ct Noraishah Ct Noraishah May 12, 2015
Alhamdulillah.. bertuah negeri ni. semoga ianya mampu menjadi ikutan negeri2 lain pula selepas ini.
Fendi Rocka Fendi Rocka May 12, 2015
tapi macam manalah dia nak tahu ada org tak pergi 3 kali berturutan..ada buku rekod ke
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 12, 2015
Tu namanya tanggungjawab KARIAH ... :) kalau ada warga kariah tu yang tak pergi ... wajib ditegur ... :) hidup bermasyarakat, hidup ada kariah ...
Afidah Azmi Afidah Azmi May 12, 2015
zaman sekarang dah ramai lelaki muslim yg jadikan pelbagai alasan tak boleh pergi solat Jumaat.kita sebagai org yg tinggal 1 umah harus tegur dia...yerlah..Solat Jumaat tu kan WAJIB...taiada alasan yg dapat diterima..kecuali uzur sgt..(bukan period yer)..
huda huda May 12, 2015
bagus jugak camni, ingat dulu time break hari jumaat bersepah jantan-jantan harapan bangsa tak solat jumaat makan kat mara, rase nak cepuk je sekor2...
salmiah awang salmiah awang May 12, 2015
kan...mohon terasalah...
Jia Rizaira Jia Rizaira May 13, 2015
Yups betul tu HH. Kita sebenarnya tak perlu terlalu harap pihak berwajib utk jalankan tanggungjawab, kita pun boleh lakukan utk tegur menegur.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 13, 2015
Hahaha... ramai sebenarnya yang terasa ... hoho.
Farina Al-Khareid Farina Al-Khareid May 24, 2015
amat bagus tindakan yang diambil terhadap lelaki yang ponteng solat jumaat.. solat jumaat ini merupakan amalan wajib kepada para lelaki dan kelebihannya amat besar. so, jangan lepaskan peluang pada hari jumaat kerana ia merupakan hari yang penuh dengan keberkatan. kalau ada keuzuran, xpe la..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.