Langkau ke kandungan utama

Kotak Reply Dalam Komen Blogspot Bermasalah

Kotak reply atau balas dalam kotak komen blogspot bermasalah? Jika kotak komen blog anda ada fungsi reply, pastikan anda lakukan setting yang betul di dalam blogspot anda supaya ia boleh berfungsi dengan baik. Ada blog yang mempunyai kotak reply atau balas, tetapi apabila ditekan atau diklik, ia tidak berfungsi. Jadi, apa bagaimana nak atas kotak reply komen yang tidak berfungsi ini?

Kepada rakan-rakan blogger yang menggunakan kotak komen jenis native seperti blog ini, dan kotak komen tersebut ada fungsi reply atau balas, maka pastikan setting di bawah ini anda buat supaya ia tidak bermasalah.

Kotak Reply Dalam Komen Blogspot Bermasalah

Blog yang menggunakan komen Google Plus pula tidak tertakluk dengan setting ini. Apa yang akan saya tunjukkan ini hanya untuk blog blogspot yang menggunakan ruangan komen blogger.com/blogspot. Untuk blog yang gunakan fungsi komen yang selain darinya seperti intensedebate, anda kena rujuk cara setting platform tersebut.

Untuk membolehkan fungsi balas dalam komen blogspot, pastikan anda buat setting di bawah ini dalam dashboard blogspot anda.

Settings-Posts and comments. Pastikan comment location anda adalah jenus embedded. Untuk komen pop up, tiada fungsi reply dibenarkan.
Pastikan bahagian Settings-Other di ruangan Site feed, anda tukarkan Allow Blog Feed kepada Full. In Sha Allah, mana-mana blog blogspot yang gunakan fungsi komen dalam blog akan boleh menggunakan fungsi reply.

Saya harap tutorial ringkas ini membantu rakan blogger yang hadapi masalah fungsi reply atau balas dalam blog .. hoho ...

Jika masih ada masalah, cuba semak dengan entri panduan menulis blog sebelum ini - Cara Bolehkan Kotak Reply Pada Komen Blogspot

Semoga berjaya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. ada masa-masa dia bermasalah juga...

    BalasPadam
  2. kenapa bila reply, komen reply tu pergi bawah sekali. bukan dibawah komen yang nak di reply?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. kena lihat bagaimana kod reply itu diletakkan dalam template blog ... tu ada silap mana2 tu pada kod

      Padam
  3. Assalammualaikum... bro HH,

    dulu mselim3 pun ada masalah nie gak.. lepas dah tukar template dah ok..

    mselim3

    BalasPadam
  4. Iya lah HH, saya pun dah buat gitu tetapi tak jalan. Ada sesetengah template blogspot kena tukar dalam kod template. Panjang juga langkah-langkahnya...by the way, tq ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh baca panduan yang lagi satu saya tulis - bagaimana nak bolehkan komen REPLY dalam blog.

      Padam
  5. dh buat...bjaya...

    thanks HH :)

    BalasPadam
  6. tn..saya ada prob di setting komen..tak de menu/option 'comment moderation'.

    yg ada hanya:

    Posts
    Show at most ?
    posts on the main page
    Post Template ?
    Add
    Showcase images with Lightbox ?
    Yes
    Comments
    Comment Location ?
    Embedded

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…