Saya diajukan persoalan, mengapa dan kenapa rank Alexa untuk sesebuah blog ada perbezaan ketara? Terutama sekali rank Alexa untuk ranking global dan ranking Alexa untuk ranking tempatan (Malaysia). Ok, in Sha Allah, saya akan cuba jelaskan di dalam entri ini sebagai panduan kepada rakan-rakan blogger yang mungkin rasa keliru.

Pertama sekali, anda kena faham mengenai Alexa. Alexa mengutip data mengenai blog anda daripada pelbagai aspek atau dikenali sebagai matrik. Ia bukan hanya menilai ranking blog anda dari segi trafik, tetapi ada matrik lain yang diambil kira.
Kenapa Ada Beza Ketara Rank Alexa Global dan Malaysia?
Saya tak mahu peningkan anda dengan bentuk-bentuk matrik yang ada dalam Alexa, sebab ia merumitkan. Cuba saya suka nak tekankan aspek am kenapa ada beza ketara rank Alexa dari segi kedudukan di ranking Global dengan kedudukan di ranking Malaysia (atau negara-negara tertentu).

Kenapa Ada Beza Ketara Rank Alexa Global dan Malaysia?

Mari kita tengok pada persoalan berikut:

Persoalan Pertama

Rank blog pada kedudukan rank Alexa global - bawah 1 juta, contohnya 990,009. Tetapi rank di Malaysia berada pada kedudukan 100,990. Kenapa?

Ini adalah kerana kedudukan trafik blog tersebut di peringkat global jauh ketinggalan dibandingkan dengan laman-laman web mahupun blog yang ada di internet atau lebih tepat lagi dalam pengkalan data Alexa secara keseluruhan. Namun, kedudukan trafik blog tersebut adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ranking laman-laman web lain yang 'berasal' dari Malaysia, jadi kedudukan ranking Alexa untuk Malaysia adalah lebih baik.
Kenapa Ada Beza Ketara Rank Alexa Global dan Malaysia?
Kadangkala kita nampak Alexa berikan signal merah pada ranking Global, tetapi hijau pada kedudukan ranking Malaysia - menunjukkan bahawa blog tersebut mendapat ranking lebih baik di antara laman-laman web di Malaysia tetapi secara keseluruhan pada peringkat global, kedudukannya jatuh.

Persoalan Kedua

Rank blog pada kedudukan rank Alexa global - bawah 100,000, contohnya 30,009. Tetapi rank di Malaysia tidak disenaraikan. Kenapa?

Ini adalah disebabkan blog tersebut tidak mengkhususkan ranking Alexa pada negara-negara tertentu. Jika anda mendaftarkan blog anda dengan Alexa, seandainya anda tidak buat setting untuk ranking di Malaysia, maka data tersebut tidak akan dikumpulkan oleh Alexa.

Sebab yang keduanya ialah kedudukan blog tersebut secara am adalah baik di ranking Global, tetapi rank di Malaysia tidak ada - disebabkan oleh kebanyakkan trafik yang singgah ke blog tersebut bukan dari Malaysia, sehinggakan angkanya sangat kecil dan tidak 'layak' dimasukkan dalam carta ranking Alexa untuk Malaysia.

Persoalan Ketiga

Rank blog pada kedudukan rank Alexa global - tiada. Tetapi rank di Malaysia berada pada kedudukan bawah 500,000. Kenapa?

Blog ini hebat sebab seluruh trafik yang terhasil adalah dari Malaysia. Ia mengkhususkan kepada pengunjung dan pembaca dari Malaysia. Isi kandungan blog tersebut memang khas untuk orang Malaysia secara total.

Persoalan Keempat

Rank blog pada kedudukan rank Alexa terdapat dari pelbagai negara, malah ada ranking tertentu untuk negara tertentu. Kenapa?
Kenapa Ada Beza Ketara Rank Alexa Global dan Malaysia?
Blog ini lagi hebat sebab ia berjaya kaw tim trafik dari pelbagai negara sehingga ia berjaya berada di dalam ranking negara-negara tertentu, dan bukan hanya dari Malaysia. Ia menunjukkan bahawa blog atau laman web tersebut mempunyai pengaruh, pengunjung dan pembaca yang sangat banyak dari negara-negara terbabit sehingga mengalahkan laman-laman web dan blog dari negara berkenaan.

Ada blog yang tidak ada ranking langsung, kenapa? Salah satu sebabnya ialah blog tersebut tidak berada di dalam database Alexa. Cuba baca Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa

Ada blog atau laman web tak daftar pun dalam Alexa, tetapi ada ranking? Sebabnya ialah kerana trafik blog tersebut terlalu hebat sehingga Alexa tidak boleh tidak, mesti memasukkan ia dalam senarai ranking Alexa ... hoho....

Semoga rakan blogger  yang tak berapa nak faham akan lebih faham mengenai Alexa ranking ini, dan bolehlah jadikan ia sebagai salah satu aspek untuk mempromosikan blog dan jadikan ia sebagai satu aspek untuk tujuan mendapatkan job advertorial yang lebih lumayan, in Sha Allah.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah terbaiklah entri nie.
    Baru faham kenapa dan kenapa..

    BalasPadam
  2. Baru LeYa faham skrg..tq abg HH atas perkongsian ini

    BalasPadam
  3. Entri berguna sebagai rujukan ... :)

    BalasPadam
  4. Sebelum ni terkejut gak sbb rank in Malaysia langsg tak muncul. Godek pnye godek lupa nak setting utk Malaysia.

    BalasPadam
  5. nak kena belajar balik pasal Alexa nih. sbb fyna tengah upkan balik blogfyna.com. dah teruk sangat ranking blogfyna.com.

    BalasPadam
  6. Ranking blog saya menurun di Global tapi di Malaysia menaik, nape ye?

    BalasPadam
  7. Thanks sharing. Info yang sangat berguna buat blogger :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement