#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia

#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia. Baru-baru ini saya telah berpeluang untuk hadir ke majlis pelancaran rasmi produk terbaru Asus, iaitu telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan 4GB RAM. Majlis yang disimbolikkan dengan hashtag #IncredibleZenDay ini telah menarik lebih 1000 orang peminat dan pengguna Zenfone seluruh Malaysia.

Saya ada ceritakan mengenai jemputan eksklusif ini dalam entri -Undangan IncredibleZenDay by Asus. Alang-alang dah dapat sehelai t-shirt, maka saya gagahkan diri ke majlis tersebut. Saya telah bertolak dengan KTM Senandung Langkawi jam 11:20 malam dari Parit Buntar dan tiba ke KL Sentral jam 6:00 pagi. Sebaik tiba, saya menuju ke Pandan Indah, jenguk emak saya di rumah adik sebelum bertolak ke KL Live menaiki pengangkutan Prasarana Negara... hoho.

#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia

#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia
Setibanya di KL Live, saya boleh nampak gerombolan manusia dengan t-shirt serba hitam tertulis Zenfone 2. Wahh .. ramai sungguh peminat-peminat Zenfone 2. Ada yang datang dari Johor, malah dari Kelantan dan Terengganu. Paling jauh, ada beberapa peminat yang datang dari Sabah dan Sarawak, semata untuk melihat pertama kali Zenfone 2 yang merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan 4GB RAM. Saya memang salutelah!
#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia

Ada Yang Hadir Seawal Jam 7 Pagi

Saya difahamkan ada yang telah menunggu di depan pintu KL Live seawal jam 7 pagi. Perghh memang bersemangat sungguh la, almaklumlah 100 pertama yang hadir mendaftarkan diri akan dapat hadiah istimewa sebuah powerbank khas untuk Zenfone.

Majlis #IncredibleZenDay sepatutnya bermula jam 9:00 pagi, namun disebabkan sambutan yang diberikan luar biasa, majlis terpaksa bermula agak lewat. Fuhh .. lenguh saya berdiri terpaksa beratur panjang hanya untuk mendaftarkan diri. Nasib baiklah ada kelibat beberapa wajah-wajah cantik yang buat mata letih jadi segar .. hoho.

Apabila masuk sahaja ke ruang majlis pelancaran KL Live, keadaan nampak sesak dengan berkerumunnya peminat-peminat Zenfone di bahagian hadapan pentas. Semua nampak sama dengan t-shirt Zenfone 2. Semua teruja untuk melihat dan mendengar lebih teliti akan kelebihan-kelebihan yang ada pada telefon pintar Zenfone 2 ini.

Akhirnya, penantian ramai peminat Zenfone berakhir apabila wakil-wakil Asus Malaysia berada di pentas utama KL Live. 'Persembahan' dimulakan satu persatu menunjukkan segala kelebihan dan ciri terbaik yang ada pada produk-produk Asus terutamanya Zenfone yang menjadi telefon pintar ketiga paling popular dan paling laris di Malaysia pada 2014.
#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia
Spec dan harga rasmi Zenfone 2 Malaysia
Harga rasmi Zenfone 2 Malaysia
Spesifikasi Zenfone 2 Malaysia
Harga rasmi dan spesifikasi Zenfone 2 Malaysia

Banyak Ciri Terbaru Diperkenalkan Dalam Asus Zenfone 2

Saya sendiri berasa kagum dengan beberapa penampilan ciri-ciri terbaik yang ada pada Zenfone 2, terutama sekali cirian kamera dengan Pixel Master 2.0, fungsi kamera wide angle untuk selfie (panorama), butang belakang untuk ambilan gambar selfie, ZenMotion Gesture dan cover atau casing Zenfone yang lain dari yang lain.


Spec dan harga rasmi Asus Zenfone 2 Malaysia

Harga Rasmi Zenfone 2 Malaysia

Ok. Dari segi harga, Zenfone 2 diperkenalkan dengan harga rasmi permulaan RM599 bagi versi 2GB RAM sehinggalah ke RM1299 untuk variasi Zenfone 2 4GB RAM. Harga ini berbeza mengikut spesifikasi Zenfone 2 yang dijual. Variasi harga Zenfone 2 4GB RAM ZE551ML bermula dari RM1099 (32GB Memori) sehingga RM1299 (54GB Memori).
Harga rasmi Asus Zenfone 2 Malaysia
Untuk full spec Zenfone 2 ini, anda boleh rujuk laman rasmi Asus Zenfone 2 Malaysia. Anda juga boleh melakukan tempahan belian dari Asus Store Malaysia mulai 16 Mei 2015.

Komen Mengenai Majlis #IncredibleZenDay

Inilah pengalaman pertama saya berada dalam majlis pelancaran gajet di Malaysia. Dan saya mungkin akan cuba untuk hadir ke majlis-majlis seumpama ini di lain masa andai ada jemputan diterima.

Secara amnya, majlis pelancaran #IncredibleZenDay Zenfone 2 di KL Live berlansung agak meriah walaupun ada ketika majlis menjadi tidak tentu hala akibat kawasan ruang yang agak sempit. Apatah lagi apabila ada sesi mengambil cop untuk mendapatkan freebies yang disediakan.

Walaubagaimanapun, ruang untuk menguji peranti Asus Zenfone 2 ini agak baik memandangkan pihak penganjur telah meyediakan banyak kawasan khas untuk menguji sendiri kehebatan telefon pintar ini. Saya sempat melihat team Amanz.my membuat liputan dan perbandingan telefon Asus Zenfone 2.
#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia
#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia
#IncredibleZenDay - Pelancaran Asus Zenfone 2 di Malaysia
Acara paling best dalam #IncredibleZenDay pastilah cabutan bertuah. Agak banyak juga sesi cabutan bertuah ini sehingga saya lupa berapa kali ia dilakukan. Hadiah-hadiah pula memang awesome termasuklah beberapa telefon Zenfone 2, dan juga jam tangan Zenfone. Paling menarik ialah hadiah cabutan bertuah ini turut dimenangi oleh orang pertama yang datang ke pelancaran #IncredibleZenDay dengan nombor 0001. Malangnya pemilik nombor tersebut telah pulang sebelum tamat majlis.. hoho.

Seorang suami turut menang hadiah cabutan bertuah dan paling menarik dia membawa pulang 2 telefon Asus Zenfone 2, satu yang dibeli khas untuk isterinya dan satu lagi menerusi cabutan bertuah yang dimenangi.

Saya pulang hanya dengan satu bantal comel Zenfone 2. Gembira tapi hampa, saya kembali ke Parit Buntar menaiki KTM jam 10 malam dari KL Sentral, dan tiba jam 4:00 pagi keesokkannya.


5 comments.. read them below or add one

Sheila Adziz Sheila Adziz May 18, 2015
wow... cam menarik jer zenfone 2 ni...lg menarik klu dpt hadiah dr en husband ni....
PELUANG KERJA DI SINI PELUANG KERJA DI SINI May 18, 2015
Dengarnya bateri zenfone ni lagi baik daripada oppo dan lenovo..maksud saya lebih tahan lama. Harganye pun dikira competitif murah..
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar May 19, 2015
Dah macam berminat pulak lepas baca entry ni, tapi nak tengok jugak gambar yang terhasil dari kamera ni.
reezluv reezluv May 19, 2015
rasa nak tukar pun ada ni
Denaihati Denaihati May 19, 2015
harga asus dgn specnya meman berbaloi-baloi. nampak memang meriah, ramai yg sertai event ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.