Langkau ke kandungan utama

Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian

Antara keseronokkan menjadi seorang House Husband ialah anda tidak akan terlepas hari-hari penting dalam hidup anak anda. Apabila ada kelebihan dari segi masa lapang tanpa ada kekangan, banyak masa dapat diluangkan bersama anak-anak. Alhamdulillah, baru-baru ini saya dan isteri berpeluang untuk melihat anak saya yang bongsu mengambil dua acara dalam Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian.

Sukaneka Tadika Islam bagi Daerah Kerian dibuat pada 21 Mei 2015, iaitu hari Khamis, waktu bekerja. Jika mak ayah bekerja di pejabat, memang agak sukarlah sedikit untuk hadir kerana terpaksa meminta kebenaran daripada boss tempat kerja, ye tak? Apatah lagi sukaneka ni berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tghari... hoho.
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Alhamdulillah, saya dapat temani anak saya Maira ke sukaneka. Memang excited nak menang dalam sukaneka, almaklumlah sebelum ini tak berjaya sangat menang. Kali ini, katanya ... dia dengan kawan-kawan boleh menang... hoho... konfidennn tu.

Memang meriah. Ramai juga ibu bapa anak-anak yang dapat hadir. Yelah, kebanyakan daripada mereka ni adanya bekerja sendiri usahakan bendang, dan ramai juga yang berniaga. Kalau ada yang bekerja pejabat pun, kebanyakkannya dari pejabat-pejabat kerajaan seperti Majlis Daerah, JKR, dan bekerja di USM Transkerian.

Anak saya Maira masuk dua acara - Lompat Dalam Gelung dan Isi Air Dalam Botol. Alhamdulillah, dapatlah bawa dua hadiah berupa bekas makanan dan gula-gula.

Meh enjoy beberapa gambar yang diambil oleh saya dan isteri.
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Saya hadir awal pagi, dan isteri saya hanya hadir waktu sukaneka baru nak bermula - terpaksa mohon kebenaran dari ketua jabatan, tak boleh ambil cuti sesaja apatah lagi nak half-day...hoho.

Masa sukaneka inilah, saya dan isteri dapat kenal dengan lebih rapat kawan-kawan anak saya. Sebelum ini hanya nampak kelibat mereka di sekolah tadika, tapi kali ini dapat sembang-sembang dan tanya itu ini. Seronok dapat bersembang dengan anak-anak kecil yang keletah.
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian
Hari Sukaneka Tadika Islam Daerah Kerian

Dari situ, saya dan isteri boleh tahu siapa kawan baik anak saya, siapa mereka, siapa ibu bapa mereka dan di mana mereka tinggal. Secara tidak langsung, kami membina hubungan antara kami, sebagai ibu bapa dengan kawan-kawan sekolah anak saya, Maira.

Kalau anda sebagai ibu bapa, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam acara-acara melibatkan anak ini. Ini merupakan antara detik-detik penting untuk mereka, dan kehadiran anda adalah pendorong untuk mereka menjadi insan yang lebih baik. Sekali terlepas, susah nak dapat balik waktu-waktu dan saat ini.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…