Gambar pesawat ACJ 320 Airbus Corporate Jetliner. Tentu ramai yang nak tahu bagaimana rupa ruang dalaman pesawat ACJ 320 yang baru dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner ini merupakan pesawat baru untuk kegunaan rasmi kerajaan Malaysia. Penerbangan sulongnya telah dilakukan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah jam 10 pagi, 17 Mei 2015 membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pesawat ACJ 320 ini adalah pesawat khas kerajaan yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pesawat rasmi kerajaan yang dimiliki dari Airbus ini juga boleh digunakan untuk tujuan rasmi para Sultan, Yang Dipertua Negeri, Menteri dan Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan. Walaubagaimanapun, ia tertakluk dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Gambar Pesawat ACJ 320 Airbus Corporate Jetliner

Gambar Pesawat ACJ 320 Milik Kerajaan Malaysia
Dengan perolehan baru ini, kerajaan Malaysia mempunyai empat buah pesawat eksekutif iaitu peawat ACJ 319 yang diperoleh pada tahun 2007, pesawat Falcon yang diperoleh pada tahun 1989 dan juga Global Express pada 2001. Pesawat baru ACJ 320 ini adalah merupakan pesawat daripada Airbus yang menggantikan pesawat lama milik kerajaan iaitu Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.

Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320 Airbus Corporate Jetliner

Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana rupa ruang dalaman pesawat ACJ 320 ini. Pesawat yang di dalam kategori jet peribadi ini memang dibuat dengan reka bentuk ruang dalaman yang mewah lagi selesa. Saya kongsikan beberapa gambar ruang dalaman pesawat ACJ 320 dari beberapa versi syarikat penyedia perkhidmatan jet peribadi dunia. Versi-versi ruang dalaman pesawat ACJ 320 ini sedikit sebanyak bolehlah memberikan sedikit gambaran bagaimana rupa ruang dalaman pesawat rasmi ACJ 320 milik kerajaan Malaysia.

Gambar Pesawat ACJ 320
Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320
Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320
Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320
Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320
Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320
Gambar Ruang Dalaman Pesawat ACJ 320
Gambar Pesawat ACJ 320

Kredit: KJR Aviation, Deluxe Blog It

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

pergh mewah betul. one day nak merasa juga la

Reply

Pergh mewah gila dlm dia best ni kalo dpt naik
www.kucinghitam.net

Reply

MasyaAllah!! Mantapppp dan mewah sungguh! Bilalah dapat berpeluang naik kapal terbang sebegini rupa

Reply

Kena jadi menteri la jawabnya .. hehehe.. tak pun beli satu .. lalalala

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.