Fatin Liyana Bernikah Jun 2015

Blogger Fatin Liyana akan bernikah pada Jun 2015. Menurut beberapa sumber, saya diberitahu bahawa Dr Fatin Liyana Asri yang telah bertunang dengan Dr Fazal Anwar pada Disember 2014 akan melangsungkan pernikahan dalam bulan Jun 2015, iaitu sebelum datangnya bulan Ramadan.

Saya juga dimaklumkan bahawa jemputan ke majlis pernikahan dan persandingan telah mula diedarkan sejak beberapa minggu yang lalu. Malah, ada beberapa kenalan blogger saya yang telah menerima undangan perkahwinan Fatin Liyana dengan Anwar Fazal. Beruntung mereka dapat undangan dan jemputan tu ehhh .. hoho.

Fatin Liyana Bakal Bernikah Sebelum Ramadan


Setakat entri ini ditulis, masih belum nampak lagi bayang akan kad kahwin pernikahan Fatin Liyana dengan Anwar Fazal. Segalanya seolah misteri dan dirancang sangat rapi. Yelah, almaklumlah mereka berdua ada ramai peminat dan pengikut.

Kalau ikutkan, hanya ada dua minggu sebelum datangnya bulan Ramadan 1436H dalam bulan Jun 2015. Jadi, bolehlah anda berteka-teki akan tarikh sebenar majlis bahagia pasangan sama cantik sama padan ini ye.

Saya harap akan adalah pengumuman rasmi daripada kedua pasangan ini mengenai tarikh pernikahan mereka, walaupun hakikatnya adalah menjadi hak mereka untuk memberitahu kepada umum atau sekadar hanya diketahui antara keluarga, sanak saudara dan teman paling rapat.

Apapun, saya mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga majlis pernikahan dan persandingan (jika ada) kelak akan berjalan dengan baik dan lancar. Didoakan juga agar kedua pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat, in Sha Allah.

Selamat Pengantin Baru Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal.


4 comments.. read them below or add one

Hayati Hanisah Hayati Hanisah May 28, 2015
Tahniah in advance buat pasangan bakal pengantin.
azrulazrul May 28, 2015
dah confirm, majlis 14 june ni di dewan sri siantan ye
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 28, 2015
Teirma kasih .. moga dipermudahkan urusan mereka berdua.. amin.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.