Elaun Pengetua dan Guru Besar akan dinaikkan mulai 1 Julai 2015. Saya belek-belek akhbar Kosmo pagi tadi, dan terjumpa satu tajuk menarik Pengetua, Guru Besar Dapat Durian Runtuh. Wahh .. syoklah para pengetua dan guru besar ye. Menurut laporan, elaun baru bagi pengetua dan guru besar ini akan diberikan mulai Julai 2015.

Berita kenaikan elaun bagi pengetua dan guru besar seluruh Malaysia ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Kedah. Kenaikan ini akan melibatkan seramai 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar seluruh negara.

Elaun Baru Pengetua Guru Besar Julai 2015

Elaun pengetua sekolah menengah akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Saya pasti ramai pengetua dan guru besar akan gembira dengan perkhabaran ini.

Selamat Hari Guru 2015

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia terutama untuk guru-guru yang pernah mengajar saya di S.R.K Pengkalan Tentera Kem Batu 10, Kuantan; guru-guru S.K Toh Indera Wangsa Ahmad, dan di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI).

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada pendidik-pendidik serta pensyarah di USM terutama kepada 3 mantan boss saya - Prof. Ahmad Farhan, Prof. Wan Hashin serta Prof. Meor Othman Hamzah.

Jasa kalian memang tidak ada nilai gantinya, terima kasih atas tunjuk-ajar, pengalaman dan segala nasihat. Semoga Allah S.W.T memberkati segalanya .. terima kasih banyak-banyak.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

1 Komen :

InsyaAllah elaun guru-guru pula akan menyusul selepas ini...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.