Langkau ke kandungan utama

Cara Pasang Widget Bouncy To Top

Cara pasang bouncy to top. Aha, satu lagi widget menarik yang ingin saya kongsikan kepada anda. Ia merupakan satu widget untuk memudahkan pengunjung dan pembaca blog skroll secara automatik terus ke bahagian atas blog. Widget ini selalunya akan menampilkan bentuk anak panah di bahagian bawah blog anda.

Anak panah ini jika diklik akan automatik membawa pengunjung terus ke bahagian atas blog. Saya pasti ramai yang tahu mengenai widget ini. Sebelum ini saya dah pernah beritahu cara nak pasang to top ini dalam blogspot. Dalam entri tu saya memperkenalkan widget to top ini dalam pelbagai bentuk illustrasi, bukan seperti kebiasaan iaitu anak panah kosong semata. Anda boleh rujuk entri tersebut di sini - Pintasan To Top Berimej

Cara Pasang Widget Bouncy To Top

Kali ini saya mahu perkenalkan widget yang sama, tetapi dengan sedikit efek yang menarik, iaitu bouncy. Bouncy kalau dimelayukan menjadi melantun... hoho .. perkataan bouncy ni kadangkala boleh terfikirkan benda lain .. hoho .. tapi dalam blog, ia adalah efek melantun untuk widget to top.
Cara Pasang Bouncy To Top

Widget ini apabila dipasang, ia akan menampilkan satu imej anak panah di bahagian bawah blog. Ia akan hanya kelihatan apabila pengunjung mula skroll lebih 50% ke bawah blog anda. Faham tak?

Ok. Macam ni, apabila pengunjung baca blog anda, setibanya pembacaan itu hampir ke akhir entri, imej anak panah akan muncul, iaitu selepas pengunjung skroll lebih dari separuh blog atau entri anda. Jika diklik anak panah itu, automatik pengunjung akan dibawa ke bahagian atas blog atau header blog. Cuma efeknya kali ini ialah setibanya paparan itu di atas, ia akan bounce atau melantun... macam bola kena pada dinding, ia akan melantun, maka begitulah adanya dengan widget bouncy to top ini.

Uhh jenuh dah explain, harap anda boleh bayangkan.

Kalau susah-susah sangat, cubalah anda pasang widget ini di dalam blog dan cuba lihat kesannya nanti.

Langkah Demi Langkah Pasang Widget To Top Dengan Efek Melantun

Cara nak pasang mulakan dengan langkah salin kod CSS di bawah ini. Nak mudah salin, klik dalam kotak tu, pastu tekan ctrl-A (select all), lepas tu tekan ctrl-C pada keyboard komputer. Letakkan ia di bahagian CSS blogspot anda. Lihat contoh akan saya tunjukkan kemudian.


Salin tampak (copy, paste) pada bahagian HTML template blogspot anda seperti contoh di bawah ini.

Siap bahagian satu. Untuk seterusnya anda perlu salin pula kod script di bawah dan letakkan sebelum tamat body iaitu diletakkan sebelum slash(/) body dalam HTML template blogspot anda.


Save template HTML blogspot anda, lihat hasilnya.

Widget ini sangat bagus untuk blog yang ada entri yang panjang. Jika pengunjung dah skroll ke bawah, dengan satu klik sahaja, pengunjung akan dibawa ke bahagian atas blog. Jadi, tak susah payah la jari jemari nak pegang mouse atau klik up up pada keyboard komputer.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Oh, macam tu ya. Saya nak cuba pasang dalam blog saya pula ya suatu hari nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …