Cara nak gunakan Google Fonts dalam blogspot. Ramai blogger Malaysia terutama sekali blogger di kalangan wanita suka mencantikkan blog. Ada yang suka letakkan efek salji dalam blog, ada pula yang suka gunakan cursor bling-bling, malah ramai yang suka tukarkan warna latar blogspot mereka dengan pelbagai warna mencerminkan kewanitaan seperti warna pink, merah dan warna-warna pastel. Ada pula blogger yang suka customize bahagian ruangan komen supaya tampil lebih menarik dan unik walaupun secara amnya menggunakan template blogspot yang sama.

Sebuah blog juga boleh kelihatan cantik serta menarik jika blogger pandai menyesuaikan rekabentuk dan warna blog dengan jenis font yang digunakan. Ada 1001 macam jenis font yang boleh digunakan untuk penampilan sebuah blog blogspot. Dan hampir kesemua jenis font yang menarik ini boleh dijumpa menerusi Google Fonts.

Cara Nak Gunakan Google Fonts Dalam Blogspot

Cara Nak Gunakan Google Fonts Dalam Blogspot

Saya sendiri menggunakan Google Fonts untuk blog-blog saya. Antara jenis font yang saya fikir menarik untuk dicuba ialah Roboto, Slabo, Lato, Oswald, Droid Sans, Railway dan Ubuntu. Itu hanyalah sebahagian daripada beberapa jenis font yang saya anggap unik, menarik dan terkini.

Cara-Cara Cantikkan Blog Dengan Menggunakan Google Fonts

Menerusi entri ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk mendapatkan jenis fonts yang menarik dari Google Fonts, dan implementasikan untuk blogspot anda. Mudah sahaja, hanya ikuti langkah-langkah di bawah untuk tampilkan kelainan blog anda dari segi jenis tulisan yang super duper awesome. Seriusli ... hoho.

Apa yang pertama sekali anda perlu buat ialah memilih fonts kesukaan yang menarik perhatian anda. Pilih fonts yang sesuai dengan blogspot anda di sini - Google Fonts.
Cara Nak Gunakan Google Fonts Dalam Blogspot

Anda boleh memilih pelbagai jenis font ikut kesesuaian, seperti saiz, tampilan dalam bentuk ayat, tampilan dalam bentuk perenggan, rupabentuk dalam jenis sendeng atau bold, dan pelbagai lagi. Menerusi Google Fonts, anda boleh lihat beberapa variasi sesuatu jenis font tersebut dengan mudah - bermakna anda hanya gunakan satu jenis font tetapi divariasikan ikut kesesuaian anda.

Pastikan anda review setiap jenis pilihan font yang telah memikat hati anda. Lihat variasinya dalam keadaan bold, sendeng, saiz; paparannya jika ditulis dalam bentuk perenggan dan sebagainya. Hanya pilih 1-2 jenis font yang anda fikir sesuai untuk blog anda. Jangan pilih terlalu banyak jenis font kerana ia akan membuatkan loading blog jadi berat.

Untuk memilih font yang sesuai, klik butang biru Add to Collection.

Cara memilih font yang menarik untuk blogspot
Kemudian, pada bahagian bawah dashboard Google Fonts ada Choose, Review dan Use. Choose ialah untuk anda cari atau tambah font lain yang menarik; Review ialah untuk anda lihat bagaimana bentuk tulisan yang menggunakan jenis font tersebut, dan Use apabila anda telah selesai membuat pilihan dan mahu menggunakan jenis font yang telah dipilih.

Cara cantikkan blog dengan jenis font


Setelah selesai membuat pilihan jenis Google Fonts yang anda mahu gunakan dalam blogspot anda, klik butang Use. Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah ini.
Sekarang, anda diminta untuk pilih variasi bentuk font tersebut yang anda mahu gunakan. Setiap kali anda tick mana-mana variasi, anda akan dapat lihat jarum impact page load bertambah. Pastikan anda tidak melebihi bahagian bertanda kuning setiap kali anda memilih variasi font untuk blog anda.

Apabila dah selesai. Skroll ke bahagian bawah dashboard berkenaan, dan anda akan nampak dua kod HTML diberikan kepada anda. Satu merupakan script jenis font yang telah anda pilih, dan satu lagi adalah CSS untuk font tersebut. Masukkan dua-dua kod HTML/CSS tersebut dalam template HTML blogspot anda seperti diminta.

Sebagai panduan, masukkan kod yang tertulis link href itu dalam bahagian head blogspot anda. Dan kod kedua iaitu kod CSS diletakkan dalam bahagian CSS blogspot anda. Selesai.

Save template blogspot anda, dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks sharing uncle HH :)
    PG da pakai theme kemarin :D

    BalasPadam
  2. terbaik, terima kasih atas ilmunye...saye sendiri banyaknye la tak reti pasal blog huhu...

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh nak cuba juga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement