Bekam. Dahulu, saya agak was-was untuk jalani rawatan bekam ini. Ketakutan pertama saya ialah samada kaedah bekam itu cukup bersih atau dengan kata lain - hygiene. Alhamdulillah, akhirnya saya temui Darul Bekam, yang menyediakan perkhidmatan berbekam, tanpa perlu rasa was-was; kerana servis disediakan dijamin hygiene dan selamat. In Sha Allah, dengan istiqomah menjalankan rawatan bekam ini, akan bantu mengurangkan masalah-masalah kesihatan yang dihadapi.

Saya sudah lebih 2 kali menjalani rawatan bekam di Darul Bekam. Malah, isteri saya telah menjadikan rawatan bekam satu rutin sebulan sekali. Pengasas Darul Bekam iaitu Tuan Mohd Husni merupakan seorang pengamal perubatan alternatif yang cukup berilmu. Setiap kali saya bertemu untuk mendapatkan rawatan bekam, saya akan 'dihidangkan' dengan segala macam cerita dan fakta mengenai perubatan alternatif. Jadi, bukan setakat dapat rawatan, orang seperti saya yang cetek ilmu ini pasti akan dapat manfaat tambahan kerana diberikan input mengenai perubatan ini.

Berbekam Tanpa Rasa Was-Was di Darul Bekam, Parit Buntar

Bekam bantu hilangkan penyakit
Bekam bukanlah satu kaedah rawatan yang baru. Malah, ia merupakan salah satu kaedah perawatan yang digalakkan dalam Islam. Kalau dalam masyarakat Melayu, bekam lebih kepada membuang darah kotor dari badan, walhal ia sebenarnya lebih dari sekadar membuang toksik dari badan. Ia bukan bertumpu untuk orang yang sakit, tetapi orang yang 'sihat' juga wajar jalani rawatan bekam, dan sebaiknya dijadikan rutin samada sebulan sekali, tiga bulan sekali mahupun setahun sekali.

Ada yang kata berbekam ini sakit. Well, dari pengalaman saya dah merasa proses rawatan bekam ini; kesakitan itu tidaklah ketara sangat. Sakit memang sakit terutama jika rawatan itu melibatkan bahagian kepala. Tapi, bila anda dah biasa dengan proses ini berulang kali, in Sha Allah; alah bisa tegal biasa.

Kenapa Pilih Darul Bekam?

Mungkin ada yang tanya, dalam banyak-banyak pusat rawatan bekam, kenapa saya pilih Darul Bekam?

Ok, point pertama dan kedua tadi saya dah berikan di awal entri ini. Tapi saya cuba berikan dalam bentuk point supaya anda nampak akan kelebihan yang ada di Darul Bekam.
  1. Darul Bekam menyediakan rawatan bekam yang hygiene. Ada alat-alat dan prosedur dijalankan untuk memastikan bekas bekam dalam rawatan sentiasa bersih dan bebas jangkitan serta kuman. Kelengkapan dan alat disteril terlebih dahulu, dan kebanyakkan alatan digunakan adalah bersifat pakai buang terutama sekali jarum penyuntik.
  2. Ia mempunyai bilik-bilik khas yang tertutup dan selesa. Anda bukan berbaring atas lantai seperti setengah pusat rawatan bekam, tetapi katil khas yang boleh dikatakan boleh membuatkan anda terlena semasa menjalani rawatan.
  3. Anda boleh mendapat rawatan secara eksklusif - iaitu rawatan hanya akan dijalankan jika temujanji telah dibuat. Ini bermakna, Tuan Mohd Husni akan entertain dan rawat anda sepanjang proses rawatan.
  4. Anda boleh datang dengan pasangan anda - lelaki dan perempuan - suami dan isteri kerana rawatan boleh dijalankan serentak. Isteri Tuan Mohd Husni, iaitu Puan Fuzia akan menjalankan rawatan untuk wanita.
  5. Harga rawatan Darul Bekam yang murah dan berpatutan.
  6. Rawatan dengan ilmu pengetahuan diberikan percuma. Anda bukan sekadar menerima rawatan tetapi tahu mengapa dan kenapa ia dilakukan, malah setiap langkah rawatan diterangkan oleh Tuan Mohd Husni supaya anda berasa selesa mengenainya.
  7. Anda punyai pilihan untuk memilih jenis rawatan bekam mengikut sejarah dan latar kesihatan anda.
  8. Lokasi Darul Bekam yang berdekatan dengan masjid dan juga Restoren Seri Dayang.
  9. Pusat rawatan yang luas dan selesa. Malah, jika anda datang dari jauh, ada bilik penginapan bermalam disediakan (sewa) di bahagian bawah pusat rawatan Darul Bekam.
Bilik rawatan bekam Darul Bekam
Alatan digunakan untuk rawatan bekam
Nah. Banyak sebab saya dah berikan. Jika anda mahu mendapatkan rawatan bekam di Darul Bekam, pastikan anda lakukan temujanji awal, kerana Tuan Husni dan isterinya sering mendapat tempahan rawatan dari merata tempat. Ada yang datang dari Kedah, Perlis malah ada pelanggan yang datang dari Selangor. Semuanya kerana servis dan perkhidmatan rawatan terbaik yang disediakan oleh Darul Bekam.
Berbekam Tanpa Was Darul Bekam Parit Buntar
Anda boleh lihat sendiri testimonial yang diberikan oleh mereka yang sudah pun ke Darul Bekam di pautan berikut: Testimonial Darul Bekam

Sebenarnya lokasi Darul Bekam di hadapan Masjid Ridhwan, Pusat Bandar Parit Buntar masih baru, iaitu mula beroperasi pada April 2015. Sebelum ini, saya mendapatkan rawatan di rumah Tuan Husni di Nibong Tebal.
Berbekam Tanpa Was Darul Bekam Parit Buntar

Info Pusat Rawatan Darul Bekam

  • Terletak di hadapan Masjid Ridhwan, Pusat Bandar Parit Buntar; iaitu di tingkat atas Kedai Az-Zain.
  • Beroperasi setiap hari dari seawal 9:00 pagi hingga 10:00 malam kecuali Hari Kebesaran Umat Islam.
  • Menyediakan rawatan berbekam untuk lelaki dan perempuan - bilik berasingan, selesa dan tertutup.
Tuan Mohd Husni Sulaiman - Pengasas Darul Bekam
Promosi RM60 - Pakej Lengkap Bekam Seluruh Badan.

Untuk info lanjut, tempahan rawatan:
Tuan Mohd Husni Sulaiman
Tel/SMS/WhatsApp: 012-2971518
Blog Darul Bekam

No.16(A), Jalan Satria,
Pusat Bandar 34200
Parit Buntar, Perak.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. seumur hidup lum pernah bekam lagi hihi...

    BalasPadam
  2. SubhanAllah..murahnye...berapa cup RM60 tu? Kalau seluruh badan paling tidak 20 cup lebih tu..mana nak dapat macam ni kat tempat..jom kita berbekam kat sini kome..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hari tu bekam untuk kencing manis, jadi tak sampailah 20 cup seluruh badan .. sebelah kaki tak buat ... :)

      Padam
  3. jauh sgt la pulak.kat kl ni mahal.RM20 per cup

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM60 dapat 7 cup ... satu badan termasuk kepala saya buat hari tu. Murah kan?

      Padam
  4. Belum pernah lagi berbekam, memang nak berbekam lama dah niat dalam hati tetapi bila tengok harganya 1 jam RM60, terus tak jadi. Ianya di tempat lain bukannya di sini Darul Bekam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekam pakai jam? Uhh tak biasa ni .. selalu ikut cup ..

      Padam
  5. Info yang sangat bagus sekali :D Thanks

    BalasPadam
  6. dah lama tak berbekam.. ringan rasa badan lepas bekam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wife saya, sakit kepala satu hari, terus gi bekam malam tu, balik2 hilang sakit kepala. :) hanya beritahu nak berbekam untuk sakit kepala .. nanti adalah point2 yang digunakan untuk keluarkan angin dan darah.

      Padam
  7. info yg menarik. berbekam merupakan sunnah Rasulullah. berbekam ni mempunyai banyak faedah seperti membuang darah kotor dan membantu pengaliran udara dalam badan. so, berbekam la sebulan sekali ke.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement