Bagaimana nak dapatkan iPhone terkini dengan harga murah secara online? Saya pasti ramai peminat telefon pintar iPhone mahu tahu dimanakah tempat untuk mendapatkan iPhone murah. Ok. Jika anda salah seorang peminat tegar telefon pintar ini, jangan tinggalkan paparan ini, baca entri ini sehingga habis ... hoho.

Sebenarnya ada banyak cara untuk mendapatkan iPhone 4, 4s, sehinggalah model terkini iPhone 6 dan iPhone 6+ dengan harga murah. Kalau rajin mencari, anda boleh jumpa beberapa kedai online yang menjual set-set telefon iPhone ini dengan harga yang mengiurkan. Dan antara kedai online yang menjual set iPhone original ini ialah Smart Gadget Store yang diuruskan oleh #Xpert Network.

Bagaimana Nak Dapatkan iPhone Murah Secara Online?

Bagaimana Nak Dapatkan iPhone Murah Secara Online?

Smart Gadget Store oleh #Expert Network menjual set iPhone original yang merupakan set telefon yang diimport dalam bentuk set refurbish atau yang telah 'diperbaharui'.

Set iPhone Refurbish Original?

Apakah itu set iPhone refurbish? Kenapa ia boleh dijual dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran? Adakah ia merupakan set iPhone tiruan?

Ok. iPhone refurbish bukan telefon tiruan. Ia memang telefon original. Ia bukan China Set yang bodynya bentuk iPhone, tetapi fungsi dalaman adalah Android. Jangan tersilap fakta ini.

Yang membezakannya ialah isi fizikal iPhone itu yang bukan dari sumber asal sepertimana dijual oleh pihak Apple Inc. Ia masih telefon original kerana menggunakan motherboard atau pemproses original sebuah telefon iPhone. Yang beza dengan telefon iPhone set yang dijual oleh Apple Inc dengan set iPhone refurbish ialah kerangka, bateri, serta aksesori lain yang melengkapkan sebuah set telefon pintar iPhone. Ia datang dari sumber ketiga atau third party.

Kalau dalam bahasa orang komputer, ia dianggap klon, tetapi part-part dalaman masih dari sumber original. Pernah dengar komputer clon set tak? Begitulah juga dengan iPhone refurbish ini. Ia masih lagi boleh menjalankan fungsi iOS yang sama seperti set iPhone yang dijual oleh Apple Inc; dan bukan telefon tiruan yang hanya casingnya bentuk iPhone tetapi fungsi dalaman dijalankan menggunakan Android.

Kalau agak-agak tak faham, boleh baca - Membongkar Jualan iPhone Murah

Set Refurbish Tidak Jauh Beza Dengan Set Original Apple

Tapi serius, set refurbish tidak jauh bezanya dengan set iPhone yang dijual oleh Apple Inc. Malah, kalau anda seorang yang ikuti perkembangan telefon canggih ini, set refurbish juga ada dijual di laman web Apple Inc itu sendiri, cuma bukan di Apple Malaysia.

Seandainya anda mahu mendapatkan iPhone murah, maka pilihan terbaik ialah dengan mendapatkan set refurbish ini. Dan salah satu kedai online yang menjual set-set telefon iPhone yang murah boleh didapati di Smart Gadget Store.
Beza iPhone Refurbish dengan iPhone Original Set Apple
Anda boleh mendapatkan iPhone murah ini secara online menerusi Facebook Smart Gadget Store, atau membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery) untuk pembelian sekitara Seksyen 9, Shah Alam. Untuk mereka yang memesan dan membeli secara online, penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.

IPhone yang dijual ini akan didatangkan dengan kotak bertutup (seal box) lengkap dengan aksesori seperti pengecas, dan earphone. Malah, ada jaminan terhad disediakan kepada pembeli. Sekiranya anda tidak puas hati, pemulangan boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu.

Beli Set IPhone Murah Menerusi #Expert Smart Gadget Store

Ramai yang telah membeli set iPhone 6, iPhone 5 menerusi Smart Gadget Store (#Expert), dan mereka semua berpuas-hati dengan set refurbish yang telah dibeli.
Bagaimana Nak Dapatkan iPhone Murah Secara Online?
Bagaimana Nak Dapatkan iPhone Murah Secara Online?

Jika anda mahu belek-belek telefon iPhone refurbish original ini, boleh sahaja datang ke premis Smart Gadget Store (#Xpert). Anda pegang, belek dan bandingkan sendiri telefon yang berharga jauh lebih mahal (dijual oleh pengedar sah Apple) dengan iPone refurbish original ini.

Untuk pertanyaan dan pembelian, anda boleh berhubung menerusi SMS/WhatsApp:

Ahmad Mubin - 012-6665563

Untuk respon pantas, sila taipkan 'iPhone Murah' ke 012-6665563.


22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih berkongsi perbedaan disitu uncle HH. PG pinjam artikel ya :)

    BalasPadam
  2. boleh lah usha-usha nanti. ^___^

    BalasPadam
  3. yang teringin nak beli iphone boleh berurusan dengan company ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul .. siapa nak dapatkan iphone murah .. boleh tanyakan pada syarikat di atas .. no telefon ada diberikan.

      Padam
  4. Thanks Info bro
    yang suke download drama korea
    mampir di blog saye
    http://situsmovies.blogspot.com

    BalasPadam
  5. senang nak tgk perbezaannya. Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dapat dimanfaatkan orang lain.

      Padam
    2. Salam, boleh dapatkan Cod supplier kat Penang tak

      Padam
    3. sila taipkan 'iPhone Murah' ke 012-6665563.

      Padam
  6. Oh macam tu kisahnya. Saya salah seorang yang mengidam produl apple.

    BalasPadam
  7. Nak tnya . Klw iphone refurbished ios dia nnt bole update ios yg latest x ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila tanya pada penjual .. :) bukan saya .. ada nombor telefon di atas ..

      Padam
  8. Nak tnya . Klw iphone refurbished ios dia nnt bole update ios yg latest x ?

    BalasPadam
  9. Kedai di mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde kedai ... jual secara online, boleh refer pada page, sila hubungi nombor yang telah disediakan.

      Padam
  10. Saya try bukak fb dia tak boleh la . Still jual lagi ke ?

    BalasPadam
  11. boleh saya dapatkan list harga ip ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement