Azanis Scar Serum. Azanis Scar Serum hilangkan kesan parut yang sekian lama ada pada kaki anak saya. Alhamdulillah, produk Azanis Scar Serum ini memang berkesan untuk hilangkan kesan parut yang selama ini sukar nak hilang. Saya berkesempatan menggunakan Azanis Scar Serum ini, dan saya akan tunjukkan pengalaman peribadi saya menggunakan serum magis ini, in Sha Allah.

Tetapi sebelum itu, saya buat juga research sendiri sebelum menggunakan Azanis Scar Serum ini. Banyak juga testimonial berkaitan Azanis Scar Serum ini. Ada yang mengatakan bahawa serum ini boleh hilangkan parut seawal 2-3 minggu. Menerusi testimonial, ia dikatakan serum yang dapat hilangkan parut dengan mudah, malah ia merupakan produk halal dan diperbuat menerusi formulasi bahan-bahan organik semulajadi.

Azanis Scar Serum Hilangkan Kesan Parut Secara Semulajadi

Azanis Scar Serum Hilangkan Kesan Parut
Saya telah menggunakan Azanis Scar Serum sejak beberapa minggu yang lalu. Memandangkan saya menggunakan serum penghilang parut ini pada kedua belah kaki anak saya, maka kesan sempurna hilang parut tu agak sukar sedikit. Al maklumlah anak-anak bila jadi bahan ujikaji, ada masa dia ok, ada masa dia tak ok, datang angin dia .. memang miss la sehari dua untuk gunakan Azanis Scar Serum ini.

Kalau mahu parut itu hilang dan memberikan kesan sempurna, kena gunakan setiap hari, paling tidak dua kali sehari. Paling penting, untuk dapatkan kesan terbaik dan lebih cepat, saya sarankan gunakan ia selepas mandi, iaitu selepas badan atau bahagian yang berparut itu dicuci dengan sabun atau body wash. Kalau nak gunakan pada wajah, gunakan pembersih wajah .. keringkan dan kemudian barulah gunakan Azanis Scar Serum ini.
Azanis Scar Serum Hilangkan Kesan Parut

Cara Guna Azanis Scar Serum

Tak susah pun nak gunakan Azanis Scar Serum ini. Hanya perlu titikkan pada bahagian bermasalah parut, kemudian urut dengan perlahan-lahan. Tak perlu pun letak banyak, hanya setitis kecil sudah memadai.

Serum ini sangat pekat dan likat. Jadi, untuk satu kawasan berparut yang kecil, memang memadai gunakan hanya setitis dua. Tapi kalau macam anak saya, yang kedua belah kaki penuh dengan parut yang entah datang dari mana, maka saya terpaksa gunakan lebih daripada 2 titis. Satu bahagian kaki, saya akan gunakan dalam 3 titis. In Sha Allah, 3 titis sudah cukup untuk cover bahagian kaki yang berparut.
Cara menggunakan Azanis Scar Serum

Kesan Penggunaan Azanis Scar Serum

[post_ads]
Kesan penggunaan Azanis Scar Serum pada minggu pertama dan kedua tidak berapa nampak sangat. Ini disebabkan saya hanya dapat apply serum ini pada kaki anak saya dalam 3 kali cubaan, itupun masa nak tidur.

Masuk minggu seterusnya, alhamdulillah, ada perubahan positif pada kesan parut yang selama ini nampak 'mencacatkan' pada bahagian kedua belah kaki anak saya.
Cara hilangkan parut-parut dengan mudah dan berkesan

Jeng .. jeng .. jeng ... kesan parut di kaki anak saya sudah nampak ada kelainan. Nampak tak?

Hoho .. bukan setakat kesan parut dah nampak pudar, tetapi kulit bahagian tersebut lebih halus dan licin, tak kasar seperti sebelum ini. Malah, bahagian kaki tersebut yang dulunya kusam, dah nampak lebih cerah.
Cara hilangkan parut-parut dengan mudah dan berkesan
Jadi, anda sudah nampak keberkesanan serum ini yang boleh memudarkan kesan parut. Apa jua jenis parut, in Sha Allah dapat dihilangkan dengan menggunakan Azanis Scar Serum.

Kandungan Semulajadi Azanis Scar Serum

Serum ini berminyak, jadi selain menjadikan ia sebagai bahan untuk hilangkan parut-parut yang ada di badan, ia juga boleh dijadikan bahan untuk mengurut. Ia tidak berbau dan saya nampak serum ini juga mempunyai kesan untuk melembapkan kulit.

Menerusi laman web Azanis Scar Serum, saya dapatkan fakta-fakta berikut:

  • Azanis Scar Serum mengandungi Vitamin E 100% semulajadi (d-alpha tocopherol) dari sumber soya. 
  • Tidak menggunakan sumber dari haiwan.
  • Tidak menggunakan sumber sintetik.
  • D-alpha tocopherol mempunyai 50% lebih kuasa antioksidan dan menyerap dengan lebih baik daripada Vitamin E sintetik (dikenali sebagai acetate ataupun dL-alpha tocopherol).
  • Ianya tidak mempunyai pewarna tiruan.
  • Mempunyai 50% lebih antioksidan yang kuat, bahan aktif dan bahan pelembab pada masa yang sama.
  • Formulasi ini juga akan menyegarkan serta memulihkan kulit.
Kandungan Azanis Scar Serum

Formulasi Serum Bagus Untuk Kulit

Azanis Scar Serum bagus digunakan untuk hilangkan atau pudarkan kesan-kesan:
  • Parut termasuk parut kesan terbakar.
  • Parut kesan pembedahan.
  • Tanda kesan selepas bersalin.
  • Stretch marks.
  • Kulit nampak tua.
  • Tona kulit tidak sekata.
  • Kulit kering.
  • Kulit yang telah rosak.
  • Kesan jerawat pada wajah.

testimonial pengguna Azanis Scar Serum
Ada parut tak kat mana-mana? Ada tanda-tanda seperti saya sebutkan di atas tak? Jika ada, saya syorkan anda guna produk ini - Azanis Scar Serum. Ia memang produk yang boleh hilangkan kesan parut dengan berkesan dan mudah. Tak perlu nak makan .. hanya titiskan beberapa titik serum ini, urut dengan lembut dan penuh kasih sayang ... dan tunggu kesannya dalam tempoh seminggu atau dua minggu.
[post_ads_2]
Pastikan anda gunakan pagi dan malam selepas mandi atau cuci bahagian kulit berparut. Nak lebih cepat untuk lihat kesannya, gunakan sekerap yang boleh - dengan syarat bahagian berparut kena dicuci bersih. Untuk kesan parut terbakar atau kesan parut dari terkena demam campak, pastikan bahagian luka berparut itu kering.
Cara beli Azanis Scar Serum

Untuk mendapatkan Azanis Scar Serum ini, anda boleh dapatkan secara pembelian online menerusi laman web berikut:


Beli dan dapatkan sekarang, sebab saya diberitahu bahawa ada tawaran harga istimewa diberikan untuk tempoh terhad. Ada diskaun 30 peratus diberikan .. hoho ..

Selamat mencuba produk ini.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh...menarik sangat.. LeYa nak cuba dptkan satu la..verapa harga satu botol ni abg hasrulhassan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni ... boleh dapat harga tawaran diskaun 30% ... dalam Rm49 sebotol. Harga asal dalam RM70. Beli online kat pautan diberikan tu ..

      Padam
  2. siap ada bagi diskaun tu..memang menarik :D

    BalasPadam
  3. wahh mcm menarik je..betul dapat hilangkan eh?

    BalasPadam
  4. Sy ade guna produk ni..bru je 4 hri gne.mmg mula2 kulit di bhagian yg brparut 2 jd ksar ek?sbb sy rse bhagian yg brparut 2 rse mcm ksar2 ckit lps 2 hri pkai..

    BalasPadam
  5. kalau untuk lubang kesan dari jerawat boleh ke ? yng jenis lubang besar sikit

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement