Video photoshoot untuk cover majalah Glam melibatkan pelakon terkenal Diana Danielle kini menjadi viral di laman sosial. Video tersebut memaparkan sesi rakaman photoshoot Diana Danielle yang berpakaian agak seksi untuk terbitan majalah Glam edisi Januari 2015.

Ok. Sebelum ini sudah kecoh di blog beberapa rakan blogger yang bercerita mengenai Diana Danielle yang tampil berani dan seksi di dalam majalah Esquire Malaysia keluaran Mac 2015. Ramai yang telah melontarkan pandangan dan komen terhadap penampilan dan gaya Diana Danielle di dalam majalah tersebut. Ia menjadi antara perdebatan antara peminat pelakon yang telah bernikah dengan aktor Farid Kamil.

Diana Danielle memang cantik dan lawa. Malah kalau tengok pada gambar pelakon Diana Danielle waktu kecil memang comel. Tetapi itulah, kecantikan yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk lariskan jualan majalah... hoho. Mungkin itu teknik marketing yang digunakan oleh mereka untuk naikkan balik majalah yang sudah dikenakan GST... hoho - Sekadar tanggapan nakal saya sahaja.

Video photoshoot Diana Danielle untuk cover majalah Glam ini telah menjadi viral kerana ada blogger yang mendedahkan gambar-gambar seksi dan berani Diana Danielle di dalam photoshoot tersebut. Menerusi video tersebut, Diana Danielle tampil dengan pakaian yang agak mendedahkan.


Video berdurasi 2 minit yang dikongsikan menerui laman YouTube pantas mendapat perhatian daripada warga internet sehingga ruangan komen penuh dengan kata-kata daripada peminat serta meraka yang menghentam dan menkritik penampilan Diana Danielle dalam photoshoot tersebut.

Photoshoot Diana Danielle untuk majalah Glam Januari 2015 itu menampilkan aktres ini mengayakan pakaian Michael Korrs - satu jenama antarabangsa yang terkenal.

Kontroversi seperti ini memang selalu berlaku ke atas pelakon cantik. Ianya bukan perkara pertama kali berlaku. Masyarakat sekarang lebih verbal dan lantang terutama menerusi media online termasuklah media sosial. Mereka tidak segan silu menegur dan melontarkan pandangan, apatah lagi untuk beremosi di dalam perkara seperti ini.

Saya pasti Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil sedia maklum apa yang telah berlaku. Dan diharapkan kedua pasangan romantik yang sebelum ini dijadikan 'idola' ramai memikirkan kembali dan beringat untuk masa hadapan.

Didoakan semoga rumahtangga pasangan ini kekal bahagia dan perbaiki kelemahan diri atas apa yang telah terjadi - bukan sekali tetapi dua kali awal tahun ini. In Sha Allah. :)

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. moga insaf, hidayah milik ALLAH. kita hanya mampu mendoakan yg terbaik :)

    BalasPadam
  2. betul. Masyarakat lah ni da berani bersuara, evendo hak bersuara tak pernah terbatas. But if melibatkan benda-benda macam ni, kenalah pandai Berfikir sebelum mengatakan apa yang tidak sepatutnya. peace!

    BalasPadam
  3. Glam memang publish gambar-gambar cover girl yang seksi meksi sejak dulu lagi especially era lepas Kak Wirda Adnan jadi editornya.

    Bak kata orang Bugis, 'it takes two to tango.' Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, kaan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm nice to know about the facts yang majalah ini bervisi begitu.

      Padam
  4. Kalau DD sendiri tiada niat ke arah itu, bolehlah dia saman je tapi beliau sendiri yang gah ke arah itu, ape kita blh buat? Nak mengata pun tak baik, baik kita doa yang baik2 je utk DD...semoga rumahtangganya tetap bahagia hingga ke akhir hayatnya...

    BalasPadam
  5. jangan nasihat mngikut emosi. niat kerana Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement