Trafik blog 3 bulan pertama 2015. Saya dengan sukacita dedahkan trafik blog ini untuk tiga bulan pertama tahun 2015. Trafik blog ini adalah trafik blog hasrulhassan.com dari bulan Januari sehingga Mac 2015. Trafik blog ini adalah sebagai rujukan buat mereka yang mahu ambil tahu terutama rakan blogger dan rakan usahawan yang ada bisnes online yang mahu saya membantu mempromosikan bisnes mereka menerusi blog ini.

Trafik adalah Fundamental Buat Duit Dengan Blog yang perlu blogger Malaysia usahakan. Jika blog tidak dapat menjana trafik yang baik, maka keupayaan untuk blog tersebut jana income online adalah agak sukar. Mahu buat duit dengan blog, maka usahalah untuk bolehkan blog menerima trafik tinggi.

Trafik Blog 3 Bulan Pertama (Januari - Mac) 2015

Mungkin ada yang cuba nak katakan bahawa saya cuba menunjuk-nunjuk dan bermegah tetapi statistik ini penting buat saya untuk memberitahu kepada anda semua bahawa sebuah blog dengan menggunakan platform blogspot boleh berjaya, dan menjadi sumber income buat mereka yang bergelar house husband seperti saya.
Bukan mudah untuk saya membangunkan sebuah blog platform percuma blogspot ini sehingga boleh meraih trafik sehingga 1.4 juta dalam masa 3 bulan.

Apabila Pengiklan Pandang Rendah Blogger Blogspot

Ada pengiklan yang sebelum ini memandang rendah keupayaan blog ini untuk mendapatkan trafik tinggi, sehingga menganggap blog ini tidak layak untuk diberikan bayaran pengiklanan sekian-sekian jumlah yang telah ditetapkan.

Saya agak sedikit kecewa dengan mereka yang anggap blog platform blogspot ini adalah untuk blogger picisan, walhal dengan usaha yang telah saya buat, saya buktikan bahawa blogger platform blogspot juga boleh berjaya dan tidak mengecewakan.

Kisah benar buat duit RM10,000 sebulan menerusi Facebook. Mahu tahu? Baca kisah tersebut di sini - Facebook X

Apa yang saya lakukan ini adalah untuk membuktikan bahawa blog-blog blogspot juga ada kekuatan tersendiri untuk memberikan impak kepada pengiklan yang mahu mengiklan di blog-blog platform percuma seperti blog ini (dan juga blog anda). Apa yang pengiklan bayar adalah usaha dan kerja keras dilakukan oleh blogger tersebut - samada ada nama atau tidak di dalam dunia blog Malaysia.

Namun, saya bukan mahu menidakkan pula blog-blog yang berdomain dan berhosting berbayar. Cuma mahu sangkal tanggapan bahawa blog blogspot adalah blog second class dan hanya untuk blogger hingusan yang baru belajar buat duit dengan blog.

Apa yang penting ialah usaha, ketekunan dan kreativiti seorang blogger itu menulis dan menerbitkan entri-entri berkualiti, terbaik dan menjadi bacaan semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak kira apa jua platform yang diguna-pakai untuk menulis blog, tanpa ada ciri-ciri tadi, blog takkan peroleh dan mencapai apa yang diimpikan.

Blog Memberikan 1001 Kelebihan Melakukan Sesuatu Yang Baik

Sesiapa jua yang ada blog boleh berjaya di dalam dunia blogger Malaysia ini. Mungkin kejayaan itu tidak datang sepantas kilat mahupun sehebat segentar guruh di langit, tetapi in Sha Allah, dari sebuah blog yang anda miliki, anda boleh melakukan 1001 macam perkara kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat mahupun agama, bangsa dan negara.

Bagaimana mahu mendapatkan ribuan LIKE daripada Malaysia? Kenapa LIKE dari Malaysia ini penting untuk anda jana income online? Baca mengenainya di sini - Facebook MY

Jangan sesekali anda putus asa, jika tidak ... anda akan hanya melihat statistik blog seperti ini hanya dimiliki dan diperoleh oleh saya seorang, yang telah konsisten menulis blog sejak tahun 2008.

Semoga artikel ini memberikan kesan motivasi untuk blogger (terutama blogger blogspot) untuk meyakinkan diri bahawa blog platform percuma boleh berjaya seperti rakan blogger lain yang menggunakan domain dan hosting berbayar. :)

Untuk mengetahui mengenai peluang beriklan di blog ini dengan harga tanpa GST, bolehlah rujuk bahagian Advertise. Terima kasih .. 

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul tu abg HH. Kalau nak berjaya kenalah usaha.

    BalasPadam
  2. Banyak ilmu yang saya boleh pelajari dari sini. Terima kasih HH.

    BalasPadam
  3. tambah motivasi sikit bila baca entry ni. thanks!

    BalasPadam
  4. saya baru lagi...jengok lah blog saya

    blogfendy.blogspot.com

    BalasPadam
  5. fuhhh...dasyatnya bro.satu motivasi yg baik utk blogger baru belajar mcm saya

    BalasPadam
  6. Terbaikkk la, 3 bulan je leh dpt 1.4 juta,blog cn nak dpt 1 juta tu pun makan masa 2 tahun ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement