Top 10 Ahrefs domain rank. Ahrefs telah memperkenalkan dua kemudahan baru iaitu Ahrefs Top dan Ahrefs Rank. Dua kemudahan ini disifatkan oleh Ahrefs adalah sebagai salah satu alternatif terbaru untuk rank laman-laman web seluruh dunia. Pakar-pakar web menyifatkan ia salah satu cara untuk menunjukkan kekuatan sesebuah laman web termasuklah blog, alternatif kepada Google Pagerank, Domain Authority dan juga Alexa Rank.

Saya dah menggunakan Ahrefs Rank dan Ahrefs Top ini sebagai salah satu indikasi keupayaan blog saya. Memang nampak menarik dan meyakinkan. Selepas ini, saya mungkin akan update secara berkala mengenai kedudukan rank bersandarkan Ahrefs ini. Ia satu pembolehubah yang boleh membantu blogger Malaysia terutama yang mempunyai blog dengan nama domain sendiri untuk memantapkan blog dan berusaha memperbaiki carta kedudukan Ahrefs yang tidak lama lagi bakal menjadi penanda aras kelebihan dan keupayaan sesebuah blog.

Top 10 Ahrefs Domain Rank

Sekarang mari lihat top 10 domain paling berpengaruh menurut Ahrefs, dan saya akan tunjukkan juga kedudukan blog ini di dalam carta Ahrefs Domain Rank dan bolehlah anda membuat perbandingan dengan blog anda pula - hanya untuk nama domain sendiri (tidak termasuk .blogspot.com).

10 top rank domain bersandarkan kepada input-input dan pembolehubah Ahrefs adalah:

Top 10 Ahrefs Domain Rank


Top 10 Ahrefs Domain Rank
Untuk lihat kedudukan domain lain, anda boleh klik pautan ini - https://ahrefs.com/labs/ahrefs-top untuk melihat dan menilai mana-mana nama domain pilihan anda. Servis yang disediakan adalah percuma.

Kepada rakan blogger yang tidak mengetahui mengenai Ahrefs ini, Ahrefs merupakan salah satu entiti dalam internet yang menganalisis laman-laman web termasuklah blog bersandarkan kepada jumlah dan jenis backlink. Perkhidmatan paling popular disediakan oleh Ahrefs ialah Site Explorer.

Site Explorer akan memaparkan kekuatan yang ada pada laman web dan juga blog seperti ditunjukkan di bawah ini. Buat mereka yang suka menganalisis, input-input seperti di bawah ini penting bagi tujuan - pemasaran dan penambahbaikan SEO.
Analisis backlinks oleh Ahrefs

Semoga bermanfaat.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tak pernah dengar lagi boss......baru nk try ni

    BalasPadam
  2. Biasa guna Ahref untuk check backlink, guna untuk company punya website. Hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Salah satu teknik untuk skodeng kekuatan blog dan laman web orang lain (terutama pesaing)

      Padam
  3. Baru tahu akan informasi mengenai ahrefs domain ini

    BalasPadam
  4. Blog saya ctfand.com di Alexa 3 juta, di Ahref 7 juta..haha..
    Anyway, terima kasih berkongsi tuan hasrul.. :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih di atas perkongsian ilmu baru tau ni..terima kasih tuan HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) sebenarnya ramai je dah gunakan AHrefs ni untuk tgk dan tinjau blog lain - terutama bila ada kontest SEO ... ada gunanya ... hehee

      Padam
  6. selalu guna ahrefs untuk skodeng backlink jak hehe :)

    BalasPadam
  7. wah.. trima kasih atas perkongsian yg hebat nii

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement