Suami Isteri Bergaduh Anak Jadi Mangsa Jadi Viral

Apa ni? Gaduh suami isteri main pisau, main parang, main benda tajam .. mengalahkan budak-budak, mengalahkan gangster dalam rumah. Nah, akibatnya anak yang jadi mangsa. Adakah ibu bapa ini terpengaruh daripada banyak drama dan filem berunsur gangster? Adakah suami isteri ini adalah suami isteri realiti hidup mereka adalah memang gangster? Bini-biniku Gangster? Erkkk ...

Masya Allah. Apa nak jadi ni? Kalau bergaduh suami isteri pun, janganlah sampai menggunakan benda-benda berbahaya seperti pisau, gunting, parang dan benda-benda yang boleh mencederakan.

Suami Isteri Bergaduh Anak Jadi Mangsa

Kejadian malang menimpa seorang anak apabila cedera parah di muka akibat ibubapa bergaduh besar telah jadi viral di laman sosial. Ramai yang menyalahkan tindakan pasangan suami isteri yang bergaduh tersebut sehingga menyebabkan anak mereka menjadi mangsa yang tidak disengajakan.
Suami Isteri Bergaduh Anak Jadi Mangsa

Suami Isteri Bergaduh Anak Jadi Mangsa

Wife saya semalam tunjukkan gambar anak kecil yang tidak berdosa luka parah di muka. Uhh ngeri betul, tak boleh bayangkan betapa sakitnya anak itu luka terbelah di wajah.

Bukan Berlaku di Malaysia

Update:
Gambar dan cerita mengenai kanak-kanak ini bukan berlaku di Sungai Petani seperti disebarkan menerusi WhatsApp dan juga Facebook, tetapi berlaku di luar Malaysia.

Saya memetik dari Harian Metro online:

Sungai Petani: Gambar ngeri seorang kanak-kanak terbelah pipi akibat terkena libasan parang selepas ibu bapanya bergaduh yang didakwa berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

Kejadian yang ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp hari ini berlaku di luar negara, namun tidak dapat dipastikan di mana.

Di Thailand dan Laos ada laman sosial dan laman web di negara berkenaan memuat naik gambar sama dan ulasan diberi juga sama, tetapi senjata digunakan dikatakan pisau, namun tiada tempat yang tepat dinyatakan.

Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani kerana hasil pemeriksaan, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.

"Jadi tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat," katanya.

Katanya, tindakan individu yang menyebarkan gambar kanak-kanak berkenaan dan didakwa berlaku di Sungai Petani adalah perbuatan tidak bertanggungjawab

Suami Isteri Bergaduh Anak Jadi Mangsa

Ok. Walaupun tidak diketahui asal usul cerita budak parah terbelah pipi ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita supaya berhati-hati di dalam tindakan kita ketika sedang marah - terutama ibu bapa, suami isteri yang memilih jalan mudah bergaduh di hadapan anak-anak.

Cadangan saya, kalau nak gaduh pun, pi la gaduh dalam bilik. Masuk bilik, kunci pintu .. bergomol la puas-puas. Tak perlu guna senjata dan alat tajam ni .. sebab ia boleh membawa kepada tragedi, gunakan senjata lain yang lebih baik dan yang boleh melembutkan hati.

Semoga apa berlaku ini menjadi ingatan buat semua. In Sha Allah.

{ 8 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 09, 2015
allahuakbar... gilos... kot yer nak gaduh pun tak payahlah nak gunakan violence... benci dengan orang yang suka gunakan violence...
Umi Nazrah Umi Nazrah April 09, 2015
tak sanggup nak tengok gambar ni. kat fb, terus click options dont want to see this. tak sangguppppppppppppp
Ezlaila.com Ezlaila.com April 09, 2015
Inilah dia akibat rasukan syaitan. Nauzubillahiminzalik.
KERJA KOSONG TERKINI KERJA KOSONG TERKINI April 09, 2015
Marilah jadikan perkara ini sebagai sempadan dan buat penilaian untuk tambahbaikan diri dan keluarga..InsyaAllah pasti Allah sayang..
Obat pelangsing WSC BIOLO Obat pelangsing WSC BIOLO April 09, 2015
subhanalloh,, kasian banget anak itu,, sabar ya nak,,
obat pelangsing yang aman obat pelangsing yang aman April 09, 2015
ngeri banget ngeliatnya,,bukan main lagi sakit nya itu mah,, kasian banget,, anak sekecil itu bisa jadi korban ibu bapa nya sendirri,,
Pak Teh Pak Teh April 10, 2015
kenapa orang malaysia suka sangat dengan cerita sensasi..?
Oneyani Deankayree Oneyani Deankayree April 12, 2015
Allahhurabbi. ksiannya budak tu. wlaupun bukan di malaysia. same same lah kita ambik iktibar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.