Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang

Sejak saya menulis mengenai Elakkan Berhutang Dengan Courts Mammoth (Courts), ramai yang tinggalkan komen pada entri tersebut mengadu mengenai masalah yang mereka hadapi dengan gedung perabut antara terbesar di Malaysia ini. Ramai sebenarnya yang tidak puas hati dengan cara Courts kutip hutang pelanggan-pelanggannya.

Saya tergerak hati untuk menulis dan mempamerkan luahan-luahan para pelanggan yang berasa tertekan dengan cara dilakukan oleh pihak Courts. Bukan setakat pelanggan, ada yang boleh dianggap tidak ada kena mengena dengan pembelian di Courts pun ramai yang mengadu. Serius, saya berasa kasihan dan bersimpati dengan apa yang telah berlaku.
Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang

Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang

Di sini saya paparkan beberapa komen pembaca blog ini berkaitan masalah yang mereka hadapi dengan pihak Courts, atau lebih tepat lagi dengan agen pengutip hutang yang telah dilantik dan diberikan amanah oleh pihak Courts.

Beberapa komen dari pembaca ...

"Saya dimaklumkan jika berhutang dengan courts cuma boleh blacklist ctos je not ccris.sebenarnya memang melampau2 mcm ah long gaks.ugut2 orang suh bayar.ada member ambil barang hari yang sama tapi akaun berbeza.dia ambil 2 barang tapi hantar lain hari.then courts buat 2 akaun, satu bayar awal bulan dan satu pertengahan bulan,member duk bayar ingat 1 akaun, tetiba dpt tau dia tertunggak and ada 2 akaun rupanya..ni dah mcm menipu.." - Rosniena

"Courts Mammoth, PENIPU LAH !!! pada tahun 2006 saya telah pulangkan barang-barang semua dan ada orang datang ambil di rumah saya di kepong.. dan dia kata tak perlu bayar apa apa selepas kita pulangkan barang semua... ok lah itu.... TETAPI mula tahun lepas 2013-2014 collector hantar surat minta hutang yang tertunggak, masa ambil saya pulangkan barang kata tak perlu bayar tapi dah sekian lama hantar collector/surat minta hutang. SAYA suruh Courts Mammoth hantar semua barang yang diambil hantar ke klang dan saya akan bayar penuh dan cash 5K+++ tetapi Courts Mammoth tak mahu, dia kata saya yang salah tetapi saya ini bodoh, tak simpan surat/bukti so diam/melawan macam itu aje lah... banyak kali call marah-marah, ada sampai lawyer Courts Mammoth call, kata nak saman saya 15K jika saya tak bayar, saya kata saman lah tapi tak saman juga.. akhir akhirnya saya malas nak bising, saya minta discount dapatlah 30% baru habis 2 minggu lepas, tetapi surat tak dapat lagi sampai today.. so as kawan dalam gerbang maya ini, kalau nak beli barang elektrik cari kedai-kedai lain yang boleh bagi hutang.. lagi satu, pekerja-pekerja Courts Mammoth memang KURANG AJAR dan bagi maklumat salah, selepas itu salahkan pembeli.!!!" - mddm88
Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang

"Ade pihak yg col ckp diorg dr citos..nk blacklist name sy sbb ade balance rm1200 lg utang sy dgn courts maut...sbb da abis agreement katenye...diorg desak suh byr full amount dlm tenpoh 7hr...da la br lepas raye..tgh bulan plak...diorg xnk trima sy byr separuh...da la sy da xkeje....xkn nk suh suami sy mrompak plak hanye sbb nk byr utang court. ..aduhai buntu dah"- Anonymous

Memang ramai yang mengadu pada saya menerusi entri tersebut. Kadangkala masalah timbul kerana sikap kita yang ambil sambil lewa soal hutang dengan Courts. Rasanya semua maklum dah bahawa skim kredit yang disediakan oleh pihak Courts memang tidak berbaloi, sebab kena bayar berkali-kali ganda, walhal produk yang kita beli tu bukan macam harga rumah atau kereta.

Rakan blogger saya yang pandai buat duit dengan Klikjer.com pun ada ceritakan mengenai pengalamannya membeli barang di Courts. Anda boleh baca sendiri dan boleh dapatkan sedikit sebanyak tips untuk membeli di Courts, berminat nak tahu? Boleh baca entri rakan blogger Mohd Fairiz di sini - Elakkan Risiko Hutang dengan Courts Mammoth

Ada komen yang buat diri saya serba salah, nak tolong tapi ... adeh. Cuba baca salah satu komen yang ditinggalkan oleh pembaca ini:

"Salam en hasrul... Sy pn ugutan yg sama pd 6.3.2015..dpt pangilan dr Tg.Aida peguam yg dilantik oleh cm ni..ugut nk sita brg umah sy..kcuali pakaian ,tmpt tinggal,mknan..sy dhlh sarat mengandung gelabah tahap gaban.. ceritanya bln 10.2013 sy tbaca iklan jualan murah..sy ke cm tgk iklan kamera hrg 1898..ingat nk beli cash tp xdpt..spupu sy minta tlg suami sy sbagai pbeli..guna slip gaji suami..yelh time tu dia tgh bljar lg xde slip gaji..janji nk byr setiap bln kat cm.tut..tut..6.3.2015 sy dpt call kate sy xbyr stahun..bmakna spupu sy xpi buat byrn..nk mai sita brg2 kat umah sy..sy punyalh tkejut..diaorg minta sy byr 5k full payment. Giler mn sy nk cari duit..2ari xmkn nasi tkjut..sy pi ambik brg dgn spupu sy ..sy nk pi htr kat cm smula arini 8.3.3015 kerana situ xbg sy pulangkan...klu sy pulangkan sy ttp kena byr 5k tu...sperti mne dlm surat pjanjian..sy ckp sy nk byr stahun yg xdibayar..brg tu sy pulangkan balik..dia kata wlupun sy htr balik brg tu sy ttp kena byr..sy jns xtahu apa2..dia bgthu lg klu sy xbyr nama disenarai hitamkan..klu dimasa akn dtg nk buat loan dgn bank xlps dan disenarai hitam di Bank negara malaysia.sy tny lg brp jumlah kena byr klu sy smbung balik..cm ckp 2500 cm bgthu kena byr lah psl acc bmslh..cm ckp duit tu ttp dlm acc kite..sy ckp mmg xde duit sbyk tu..klu ikut amaun kena byr 1200 shj..sy mohon en hasrul bg pdpt...ape perlu sy buat...klu blh whtsp sy 01429XXX"- Qisha Shop

Apa yang boleh buat adalah berikan nasihat berlandaskan kepada pengalaman-pengalaman rakan-rakan yang pernah berurusan dengan Courts. Nak memadai lebih-lebih tu memang tidaklah. Saya bukan peguam atau pihak yang tahu selok-belok mengenai perjanjian pembelian antara mereka.
Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang
Saya bukanlah orang yang ada kuasa untuk merungkai masalah mereka ini. Saya sekadar berkongsi cerita dan pendapat tentang cara pembelian berhutang dengan Courts yang sebenarnya merugikan dan boleh memerangkap sehingga menjadikan hidup jadi tidak keruan, gundah gulana, serta ketakutan. Saya sendiri hampir-hampir menjerat diri sendiri apabila pernah bercadang untuk membeli di Courts. Tetapi, ia tidak berlaku apabila wife saya telah membaca surat perjanjian panjang lebar yang disediakan oleh pihak Courts; dan secara kebetulan pula stok barangan perabut yang kami ingin beli tiada di dalam simpanan mereka.

Mengadu Pada Persatuan Pengguna

Mana-mana pembaca yang rasa diri mereka diperdaya, ditipu dan mungkin dianiaya, bolehlah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan, terutama kepada Persatuan Pengguna. Sebenarnya perkara seperti ini ada jalan penyelesaiannya, cuma kita perlu cari dan dapatkan jawapan, dan bukan jawapan yang mencari kita.

Cuba lihat bagaimana rakan blogger saya Tomato Oren ini selesaikan isu Courts yang dia hadapi. Dan baca juga komen dari seseorang tentang bagaimana nak beli barang dengan Courts.
Cara Selesaikan Masalah Hutang Dengan Courts
Cara selesaikan masalah pengutip hutang Courts
Yang ini pula adalah salah satu komen daripada entri rakan blogger saya .... mungkin boleh membantu ramai yang ada masalah hutang dengan Courts.

"Ok saya nak cerita pasal pengalaman beli barang kat CM nih beli barang pada tahun 2006 dan pada 2014 baru nak kutip hutang..barang pulak dah dikembalikan pada tahun yang sama sebab masa beli ada offer 2500 je ingat nak settlekan masa hujung tahun bila tanya balance 4k ++ memang israel la CM nih ,jadi terus kol suruh pihak CM datang ambil barang selepas bertahun tahun baru nak cari balik so kalau benda macam nih terjadi pada anda semua senang je ..pergi ke persatuan pengguna di kawasan masing-masing buat laporan yang korang beli barang tahun bila detail boleh ke CM minta dia print apa barang yang kita beli ...kalau nak tau SEBAGAI PENGGUNA KITA ADA HAK ..SEBARANG URUSAN KUTIPAN HUTANG ATAU PERBANK KAN SELEPAS 6 TAHUN MEREKA TIDAK LAYAK SAMA SEKALI UNTUK MENUNTUT HUTANG..DAN SEGALA URUSAN HUTANG YANG TIDAK DIKUTIP MELEBIHI 6 TAHUN ORANG YANG MEMBERI HUTANG TIDAK LAYAK UNTUK MENUNTUT KEMBALI ha baca yg tulisan besar tuh ..sama juga kalau kereta xcident totaly lost lepas 6 tahun bank kata ko tak bayar kan so terus bawak butir butir yang ko ada bawak ke persatuan pengguna ..kalau kes ko rumit dia akan sarankan ke TRIBUNAL PENGGUNA untuk fight dengan pihak berkenaan jangan takut kalau dia ugut pakai lawyer ..kita pengguna ada hak so gunakan hak anda...pengalaman sendiri." - Tanpa Nama dari blog Sha Salwa
 
Dah tengok kan? Banyak lagi sebenarnya komen ditinggalkan mengenai masalah hutang, masalah pengutip hutang, masalah peguam yang berkaitan dengan Courts ini, tapi rasanya dah cukup banyak untuk perlihatkan bagaimana ramai pelanggan yang telah rasa teraniaya dengan apa yang dilakukan oleh Courts.

Elakkan Hidup Dengan Hutang

Berhutang memang mudah, nak membayar memang susah. Itulah sebab saya menulis entri mengenai Courts pada awalnya.

[Ads] Ketahui cara nak handle agen pengutip hutang - Download Ebook Ini Sekarang!

Kehidupan zaman sekarang memang susah nak lari dengan hutang. Malah, nak belajar pun kena buat pinjaman dan berhutang sana sini. Cumanya apa yang boleh dilakukan ialah meminima hutang selagi boleh dan terdaya. Elakkan mana-masa skim yang membenarkan Riba. Dan cubalah buat simpanan untuk membeli barang secara tunai atas kehendak. Jangan sesekali ada beli barang keperluan harian dengan cara berhutang - terutama menggunakan kad kredit, kerana bahananya kelak akan buat diri merana. Jika mahu beli juga, pastikan anda membayar hutang dalam kad kredit itu sebelum tempoh untuk elak faedah riba dikenakan. Nasihat saya, lebih baik gunakan kad debit yang lebih selamat.

Kesimpulan Ramai Tak Puas Hati Dengan Courts

Ok. Secara kesimpulannya.
  • Beli barang Courts dengan tunai lebih selamat dan lebih berbaloi dari beli secara hutang.
  • Elakkan beli barang Courts dengan menggunakan nama rujukan orang lain.
  • Simpan segala resit berkaitan pembelian dan pembayaran dengan Courts - buat salinan jika perlu.
  • Baca terma dan syarat pembelian dengan Courts secara teliti.
  • Update mengenai alamat dan nombor telefon terkini dengan pihak Courts untuk elak daripada dikenakan caj-caj berkaitan denda lewat dan sebagainya.
  • Semak, siasat dan ketahui latar belakang tukang kutip hutang Courts. Ramai yang menyamar dari pejabat peguam.
  • Untuk saman, dan penyitaan, penghutang akan terima surat rasmi dan bukan dalam bentuk SMS. Jadi, jangan mudah terpedaya apabila mendapat SMS mengatakan saman akan diberikan atau kediaman akan disita.
  • Buat laporan kepada pihak bertanggungjawab apabila rasa teraniaya dengan aktiviti jual-beli-kutip-hutang Courts. 
  • Dapatkan nasihat guaman jika perlu.
  • Amalkan budaya membeli mengikut kemampuan, dan latih diri untuk menyimpan wang bagi membeli secara tunai.
Sebenarnya mana-mana tempat yang kita beli secara kredit ada pro dan kontranya. Jangan mengikut rasa, kita gelap mata dan tidak memikirkan apa yang bakal berlaku dalam jangka masa panjang.

Semoga artikel dan entri ini bermanfaat dan dimanfaatkan. Jika anda fikirkan entri ini dapat bantu ramai orang, maka sebarkan - hanya klik Like dan Share menerusi laman sosial milik anda.