Rahsia SEO Jana Income Blog Berterusan

Rahsia SEO untuk menjana income menerusi blog secara berterusan. Ada yang bertanyakan kepada saya, apakah rahsia blog ini sehingga mampu menjana income setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan? Rahsianya ialah menerusi pendekatan SEO (Search Engine Optimization). Teknik SEO yang betul dan berkesan mampu membolehkan sesebuah blog menjana income secara berterusan walaupun di kala pemilik blog kekeringan idea untuk menulis entri baru.

Fundamental buat duit online menerusi blog ialah trafik. Mana-mana blog yang mampu menarik trafik yang tinggi, maka ia ada keupayaan untuk menjana income bermula dari RM500 - RM3000 setiap bulan. Tahukah anda sesebuah blog itu tak perlu update atau publish entri baru setiap hari untuk dapatkan trafik yang tinggi?

Rahsia SEO Jana Income Blog Berterusan

Ada blogger yang masih lagi kabur mengenai pengertian SEO (Search Engine Optimization). Saya harap blogger-blogger Malaysia cuba fahamkan dengan melakukan sedikit usaha untuk memahaminya. Saya sendiri belajar secara online untuk memahami apa itu SEO. Kenapa saya belajar mengenai SEO? Kerana saya mahu ketahui rahsia SEO untuk jana income blog secara berterusan!

Jika mahu cari tips dan panduan percuma berkaitan SEO untuk blogspot, boleh search sendiri di dalam blog ini atau anda klik pada pautan berikut - Tips SEO Blogspot
Rahsia SEO Jana Income Blog Berterusan

Sebenarnya ada dua cara yang boleh anda lakukan untuk jana income blog secara berterusan menerusi teknik SEO, iaitu:

Cara Jana Income Blog - Dapatkan Trafik Tinggi Secara Random

Gunakan teknik SEO untuk raih trafik tinggi supaya medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, H12, RevenueHits, PopAds, Mobicow, Geniee, Adsense, Innity, MediaWhite dan sebagainya boleh berikan income masyuk untuk blog anda. Tambah untung jika anda gunakan platform pengiklanan bersifat global, dan bayar anda dalam nilai USD seperti Komli, PopAds, RevenueHits mahupun H12.

Cara Jana Income - Tarik Trafik Khusus Untuk Jual Produk dan Servis

Gunakan teknik SEO untuk dapatkan trafik unik untuk menjual produk serta servis menerusi blog. Teknik yang senang anda nak ikut ialah menerusi kaedah penulisan copy-writing, atau anda dapatkan sahaja Teknik SEO Merah Jambu hasil perkongsian pakar affiliate Malaysia - Encik Titan.

Dua-dua kaedah jana income blog berterusan itu mementingkan anda untuk memilih kata kunci yang sesuai untuk blog dan untuk entri-entri di dalam blog anda. Menerusi pemilihan dan penggunaan kata kunci yang tepat, in Sha Allah, blog anda akan menjadi salah satu sumber buat duit online secara konsisten dan berterusan.

6 comments.. read them below or add one

Illya Farhana Illya Farhana April 01, 2015
Terima kasih abg HH. Info yg bagus utk LeYa ikut. Teruskan maju.. Abg HH adlh pakar SEO bg LeYa.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 01, 2015
Terima kasih di atas perkongsian info yang bermanfaat ini...
wildan wildan April 01, 2015
Betul sekali, kita harus selalu belajar SEO sampai betul-betul memahami sehingga bisa membawa kemajuan untuk blog kita.
reezluv reezluv April 01, 2015
mantapkan content..kena juga selari dengan SEO tu..tak perlu nak heavy sangat..:D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.