Langkau ke kandungan utama

Petisyen Bantah KWSP Had Umur Pengeluaran 60 Tahun

Satu petisyen untuk membantah cadangan KWSP melanjutkan had umur pengeluaran wang dana simpanan ke 60 tahun telah diwujudkan secara online oleh seseorang dikenali sebagai Bantah KWSP di Change.org. Petisyen yang boleh diakses dan diisi oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia ini, kini sudah mendapat lebih daripada 3000 tandatangan (setakat entri ini ditulis) - iaitu melebihi sasaran asal pemilik petisyen (Bantah KWSP) iaitu sebanyak 2500 tandatangan.

Ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan cadangan pihak KWSP yang mahu melanjutkan tempoh pengeluaran dana kepada 60 tahun. Rata-rata maklum balas yang diterima semuanya menolak cadangan dan usul KWSP ini. Ia menidakkan laporan KWSP sendiri yang mengatakan bahawa telah dibuat kaji selidik tanda persetujuan daripada pemegang akaun KWSP sendiri.

Petisyen Online Bantah KWSP Had Umur Pengeluaran 60 Tahun

Kepada anda yang mahu menyetai bantahan menerusi petisyen tersebut, boleh berbuat demikian menerusi pautan ini - Petisyen Online Membantah Cadangan KWSP melanjutkan Umur Pengeluaran Dana KWSP Kepada 60 Tahun

Rundingan KWSP Untuk Ahli Pencarum Menerusi i-Akaun

Saya tidak pasti bagaimana KWSP sebelum ini menjalankan kaji selidik berkenaan sehingga membawa kepada usul dan cadangan untuk naikkan had umur pengeluaran kepada 60 tahun. Namun begitu, pihak KWSP telah memulakan langkah untuk sekali lagi membuka rundingan dengan semua pencarum KWSP bermula 21 April 2015 sehingga 5 Mei 2015 menerusi i-Akaun KWSP (EPF).

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP

Kepada mana-mana pencarum yang mahu menyatakan pandangan dan menyertai kaji selidik disediakan oleh pihak KWSP, maka bolehlah login ke i-Akaun KWSP. Untuk mereka yang belum mempunyai login id dan password i-Akaun KWSP, anda diminta pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun anda.

Pengaktifan i-Akaun KWSP juga boleh dilakukan menerusi Kiosk KWSP atau menghubungi pusat panggilan KWSP - 03-8922 6000.

Empat Inisiatif KWSP

Kaji selidik atau rundingan yang dibuka semula oleh pihak KWSP adalah berkaitan empat inisiatif baru KWSP iaitu:

  1. Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan sedia ada;
  2. Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan;
  3. Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun;
  4. dan Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak. 
 

Cadangan Had Umur Pengeluaran KWSP

Daripada empat inisiatif di atas, paling mendapat perhatian dan maklum balas orang ramai ialah mengenai had umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan Kerajaan. Untuk itu, dua cadangan telah diberikan oleh pihak KWSP untuk ahli dan pencarum.

  1. Cadangan pertama adalah untuk menganjakkan umur pengeluaran penuh daripada umur 55 ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.
  2. Cadangan kedua adalah untuk mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas umur 55 tahun. 

Kepada anda yang berkenaan, sila lakukan tanggungjawab anda untuk respon mengenai cadangan dan usul oleh KWSP ini. Saya berikan dua cara yang boleh anda lakukan untuk bantah KWSP tetapkan had umur pengeluaran ke 60 tahun - samada setuju atau tidak.

  1. Cara Pertama - Menerusi petisyen online menolak dan bantah cadangan dikemukakan oleh KWSP dengan memasukkan nama dan alamat email anda, selain menyertakan sebab kenapa menolak atau berikan cadangan lain.
  2. Cara Kedua - Menerusi i-Akaun KWSP. Anda boleh meneliti inisiatif, cadangan dan usul yang telah disediakan oleh KWSP. Anda boleh samada terima (setuju) atau tolak (bantah).

Semoga bermanfaat.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tak yah bantah lagi,kita tunggu KWSP buat mesin ATM kat kubur dulu...... :)

    BalasPadam
  2. Saya sokong keluar KWSP umur 55 tahun...

    BalasPadam
  3. dlm berita harian ni, kekal macam biasa DSN kata. kira dah settle lah issue ni kot

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…