Langkau ke kandungan utama

Pembayaran Komisen ke 13 Ashadee

Pembayaran komisen ketiga belas dari Ashadee.com. Alhamdulillah, ada lagi rezeki yang diterima menerusi program affiliate yang diuruskan oleh Ashadee.com. Kepada rakan blogger yang mahu jana income blog menerusi program percuma affiliate ini, bolehlah daftar di Ashadee.com.

Pendaftaran Ashadee.com mudah sahaja. Anda hanya perlu isikan butiran diri anda, masukkan nombor akaun bank ataupun PayPal, kemudian upload pengesahan pengenalan diri anda, dan terus boleh mulakan promosi produk-produk affiliate.
Tips buat duit dengan blog menerusi program affiliate

Setiap kali produk affiliate terjual, anda akan terima komisen. Nilai komisen pula bergantung dengan harga produk dan peratus komisen yang ditetapkan oleh penjual dalam Ashadee.com. Ada produk yang memberikan anda komisen sehingga 60 peratus, ada pula produk yang memberikan anda komisen hanya 30 peratus.

Pembayaran Komisen ke 13 Ashadee

Pembayaran Komisen ke 13 Ashadee

Setiap kali komisen dijana, satu makluman akan dihantar ke alamat email anda. Begitu juga dengan setiap kali pembayaran akan dibuat ke dalam akaun bank anda.

Baca - Cara Cash Out Income dari Ashadee.com

Setakat ini, Ashadee.com tidak pernah mengecewakan, bayaran dilakukan tepat pada masa dijanjikan. Ia merupakan salah satu program affiliate yang paling dipercayai di Malaysia, dan produk-produk yang dijual juga merupakan produk-produk terbaik di dalam pasaran online.

Antara produk terbaik yang ada dalam Ashadee.com yang boleh bantu tingkatkan komisen dan jana income menerusi affiliate ialah Mesin Komisen. Anda juga boleh dapatkan Kitab SEO Merah Jambu untuk pelajari teknik-teknik buat duit dengan affiliate menerusi penulisan entri santai dan menyentap di blog.
Tips buat duit dengan blog menerusi affiliate

Ini antara dua produk mengenai affiliate yang telah saya miliki dan menjadi antara panduan saya untuk menjana komisen-komisen daripada beberapa program affiliate yang lain, seperti KlikJer.com, produk-produk dari Tim Infokerjaya, AgenAffiliate dan beberapa platform affiliate yang lain termasuklah daripada luar negara.

Buat blogger newbie, nak belajar cara dapat income blog menerusi affiliate, bolehlah baca Panduan Asas Affiliate Khas Untuk Blogger Baru yang ditulis oleh rakan blogger saya sendiri, yang juga hebat dalam program jana income dengan affiliate ini.

Jika anda tanya apakah tips terbaik untuk mula hasilkan income blog dengan affiliate ini - jawapan saya ialah carilah ilmu mengenainya. Jangan takut keluarkan RM20, RM50 malah RM100 untuk ilmu berkaitan affiliate ini, kerana dalam jangkamasa panjang, anda akan puas hati dengan hasil yang diterima, in Sha Allah.

Tak percaya? Tanyalah saya .. hehehe.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Masyuk jugak ni.. terbaik... 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, bolehlah bayar bil elektrik, bil air, IWK ... :)

      Padam
  2. terbaikk.. skrangnya dapat pendapatan. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…