Satu video mengenai mesej ke angkasa lepas menjadi viral di YouTube, dengan lebih 12 juta tontonan setakat ini. TVC dari Hyundai ini merupakan satu kempen 'A Message to Space' yang merealisasikan impian dan kerinduan seorang anak untuk ayahnya yang sedang bekerja di angkasa lepas.

Mesej tersebut ditulis menggunakan kereta sedan Hyundai Genesis dengan tayar spike istimewa di sebuah tasik kering di tengah gurun. Tasik kering itu seluas sebuah kotaraya. Serius apa yang dilakukan oleh Hyundai merealisasikan impian gadis bernama Stephanie itu satu yang sangat unik.
Mesej Gadis Ke Angkasa Lepas Jadi Viral - TVC Hyundai

Mesej Gadis Untuk Ayahnya di Angkasa Lepas Jadi Viral - TVC Hyundai

Stephanie, gadis berusia 13 tahun dari Houstan, Texas telah menulis kepada pihak Hyundai yang berhasrat untuk menghantar satu mesej unik untuk ayahnya yang sedang bekerja di angkasa - membuat kajian dan eksprimen di bawah kelolaan NASA.

Impian gadis ini tercapai apabila pihak Hyundai telah memikirkan satu idea bernas untuk menyampaikan mesej anak gadis ini khas untuk ayahnya. Mesej yang boleh kelihatan dari angkasa lepas ini telah direalisasikan di sebuah tasik kering yang terletak di Nevada, Amerika Syarikat - ditulis menggunakan 11 deretan kereta sedan Hyundai Genesis dan juga tayar istimewa yang mempunyai spike khas.
Mesej Gadis Ke Angkasa Lepas Jadi Viral - TVC Hyundai
Berminat untuk sertai kempen oleh Hyundai ini? Hantarkan mesej anda ke angkasa lepas - Hyundai Campaign - A Message to Space. Anda mungkin menang hadiah istimewa dari Hyundai! 

Steph (Heart)'s You!

Mesej dengan tajuk 'Steph (heart)'s You' berjaya disampaikan. Ayah Steph (nama dirahsiakan NASA dan Hyundai) telah menyaksikan mesej itu dari angkasa lepas dan telah mengambil gambar dari stesen angkasa sebagai bukti bahawa mesej tersebut benar-benar kelihatan.

Saksikan video di bawah yang menunjukkan bagaimana Hyundai melakukannya, dan telah melakar sejarah tersendiri di dalam Guinness Book of Records - Largest Tire Track Image.

Video - Mesej Steph Untuk Ayahnya di Angkasa Lepas Direalisasikan oleh Hyundai


Lihat juga di sebalik tabir projek ini yang melibatkan staff Hyundai dari seluruh dunia. Hyundai memperlihatkan bahawa kereta bukan hanya sebuah kenderaan, tetapi lifetime partner yang boleh melakukan lebih dari sekadar membawa anda ke satu destinasi.

Hyundai mungkin tidak boleh membawa gadis bernama Stephanie berjumpa dengan ayahnya di angkasa lepas, tetapi Hyundai membuktikan bahawa kereta bukan sekadar sebuah kereta - menyampaikan mesej kerinduan seorang anak untuk ayahnya yang nyata berada jauh yang sukar untuk dicapai.

Hyundai - Di Sebalik Tabir Realisasikan A Message to Space


Sebagai umat Islam, kerinduan pada yang tercinta, yang jauh di mata boleh dizahirkan menerusi doa, memohon kesejahteraan kepada Allah S.W.T. Dengan doa, hati yang jauh didekatkan, dan kerinduan itu dipulihkan kerana Allah S.W.T Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Real ke just iklan je ni. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Real. Memang ada kempen yang dibuat oleh Hyundai untuk sampaikan mesej ke angkasa lepas .. boleh lihat kat laman web Hyundai World

      Padam
  2. Dasyat ni, bukan sekadar iklan utk Hyundai. pengeluar kereta lain bagus buat macam ni

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Memang wow .. hebat Hyundai ada kesungguhan ini.

      Padam
  4. Kalau dah masuk Guinness Book of Records, memang real laaaaa. Mesti dia rindu sangat dengan ayah dia. Lucky girl :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesej untuk kita .. bila ada yang tersayang ... selalu2 lah hubungi dengan cara lebih mudah .. hoho

      Padam
  5. Wah hebat teknologi sekarang ni..bagus3... namun tidak dapat mencapai kesempurnaan ciptaan Allah.

    BalasPadam
  6. haha perghh. macam macam skrg nih,,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement