Bolehkah menulis entri blog menggunakan loghat bahasa? Ok. Ada pertanyaan daripada rakan blogger baru yang mula berjinak dalam bidang penulisan blog. Jawapan ringkas saya - oh sure, mestilah boleh, tak ada masalah besar pun kalau nak menulis sebuah blog dengan loghat bahasa sendiri - contohnya loghat utara, loghat Kelantan, loghat Melaka, loghat Negeri Sembilan, loghat Jawa, loghat Banjar atau menulis dalam bahasa pasar...hoho.

Tetapi.

Jeng .. jeng .. jeng, ada batasan tertentu apabila kita menulis blog dengan loghat bahasa. Boleh itu memang boleh, sebab blog ialah wacana diri anda di dalam dunia online. Anda boleh menulis apa sahaja menerusi blog anda; dengan tujuan, objektif, visi dan misi anda sendiri.
Menulis Blog Dengan Loghat Bahasa

Menulis Blog Dengan Loghat Bahasa

Menulis blog dengan loghat bahasa akan membolehkan anda berhubung secara personal dengan pengunjung dan pembaca blog anda. Bahasa Jiwa Blogger Malaysia. Ini adalah kerana anda membina satu hubungan menerusi loghat bahasa yang tidak ramai orang tahu, jadi hubungan itu nampak lebih intim, dan ada connection kerana di bawah satu pemahaman yang jitu.

Loghat bahasa di dalam menulis entri dikira sebagai menulis dari lidah dan mulut anda sendiri. Maka, ia nampak lebih personal, dan lebih ikhlas dan jujur berbanding menggunakan bahasa standard yang difahami ramai. Kadangkala bahasa standard ini nampak sangat skema sehingga anda merasakan sedang membaca sebuah buku teks di dalam bentuk online .. hehehe...

Blog Bisnes Guna Loghat Bahasa Mudah Menjual Produk

Baru-baru ini, saya dapati blog bisnes yang menggunakan loghat bahasa sangat mudah mempengaruhi pembaca untuk membeli sesuatu produk, apatah lagi jika entri tersebut ditulis oleh blogger yang menulis entri berbentuk advertorial dan review santai menggunakan bahasa loghat negeri masing-masing.

[ads] Peluang Jana Income Sampingan Sebagai Blogger  - Peluang Menulis Job berbentuk Reviews atau Advertorial, Bayaran Sehingga RM500 Satu Enti/Blog Post. Berminat? Info di pautan berikut: Daftar Advertorial.MY

Saya juga dapati beberapa produk affiliate seperti Bisnes Online Baju Kurung dan Bisnes Jual Tudung laris kerana ada blogger yang menulis mengikut Kitab SEO Merah Jambu menggunakan loghat bahasa di dalam tekniknya.

Jadi, siapa kata menulis blog dengan loghat bahasa itu tidak bagus? Malah, blogger boleh buat duit online menggunakan pendekatan seperti ini.
Menulis Blog Dengan Loghat Bahasa

Kekurangan Menulis Blog Menggunakan Loghat Bahasa

Tetapi, jika anda seorang penulis blog yang mahu 'pukul keliling' atau mendapat tempat daripada pengunjung dan pembaca secara global, maka saya tidak syorkan anda menulis blog menggunakan bahasa-bahasa negeri atau berdasarkan kaum, etnik dan keturunan ini.

Walaupun, blog yang menulis dengan loghat bahasa ini boleh saya anggap sebagai blog yang ada niche sendiri, tetapi niche tersebut agak terpencil yang ada had dari segi capaian terhadap pengguna-pengguna internet, yang berjumlah berbillion serata dunia.

Penggunaan Bahasa Penting Untuk Blog Maju

Bahasa penting untuk sesebuah blog jika mahu berkembang lebih jauh. Jika anda mahu blog anda diterima dari pelbagai sudut demografi pengunjung blog, maka saya syorkan anda menulis blog yang menggunakan bahasa standard. Lagipun, ia lebih mudah untuk mekanisma penterjemah seperti Google Translate untuk menterjemahkan blog anda.

[Tips] Bahasa mudah di dalam blog ialah lambang keperibadian anda sebagai blogger - Baca seterusnya di sini - Bahasa Lambang Keperibadian Kita

Yang keduanya ialah seandainya anda menggunakan pendekatan menulis blog dalam loghat bahasa, maka blog anda akan kehilangan upaya secara maksima untuk menggunakan platform pengiklanan CPM (Click-Per-Million-Impression), atau iklan kontekstual seperti Google Adsense.

Ranking Alexa global blog anda juga akan terjejas, begitu juga dengan Google Pagerank. Tetapi, anda boleh naikkan Domain Authority dan Page Authority seandainya anda menggunakan pendekatan ini, kerana adanya unsur pengkhususan yang mendorong blog anda dikenali atas sebab penggunakan lengok dan loghat bahasa.

Tips Letakkan Meta Tag Deskripsi Blog Loghat Bahasa

Apa yang saya syorkan untuk blogger yang mahu kekalkan penulisan blog menggunakan loghat bahasa ialah dengan meletakkan meta tag deskripsi untuk blog anda berkaitan bahasa yang anda gunakan. Contohnya; "Blog ini adalah blog berbahasa Jawa paling mantap di dunia, yang menulis mengenai teknik menjawab peperiksaan online SPA, dan juga sumber rujukan lulus temuduga kerja kerajaan".

Atau mungkin seperti meta tag deskripsi seperti ini; "Blog berkaitan kehidupan di German. Ia bercerita mengenai bahasa pasar, bahasa komunikasi, tips mudah melancong ke German, cara hidup dan bekerja di German."

Ok. Saya dah berikan beberapa tips am, pro dan kontra menulis blog dengan loghat bahasa. Pilihan di tangan anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan bahasa yang difahami ramai atau menggunakan bahasa yang hanya tertumpu pada sesetengah pengunjung dan pembaca blog anda untuk intimasi dan kemesraan.

Tips Wigdet Google Translate

Jika anda menulis blog dengan loghat bahasa ini, elakkan meletakkan widget Google Translate di dalam blog - kerana ia hanya akan mengelirukan pengunjung dan pembaca blog anda. Adalah lebih baik, anda buatkan satu page khusus di dalam blog anda untuk membolehkan pengunjung blog ketahui maksud penggunaan ayat, perkataan dengan makna sekali. Sekaligus menjadikan blog anda sebagai blog rujukan dan penterjemah kepada loghat bahasa tertentu. Tak ke itu bagus?

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua. In Sha Allah.


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju gak kalau sikit-sikit takpe kot, tapi kalau dah banyak sangat loghat bahasa takut menarik golongan tertentu sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je sesekali guna loghat bahasa untuk pelbagaikan rasa dan pengalaman pembaca blog.

      Padam
  2. Boleh je nak tulis loghat tu.. Asalkan yg nak membaca ni paham.. Hee

    BalasPadam
  3. Apa pun loghat bahasa digunakan, seboleh-bolehnya janganlah ada blogger yang buat pos sebijik macam pos di timeline facebook, sangat membosankan untuk membacanya..:)

    BalasPadam
  4. Kalau ada blog yang menggunakan loghat banjar, sila beritahu... Nak juga melayannya! hahah

    BalasPadam
  5. Sy pun kadang2 selit gak loghat,memang rasa cam lebih mesra. sesekali ler..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep. Kita akan seronok bila ada pengunjung yang komen guna loghat bahasa yang sama. Bermaksud apa yang disampaikan itu diterima walaupun guna loghat bahasa sendiri ..

      Padam
  6. boleh juga nak tulis..cuma pembaca cukup terhad nanti..

    BalasPadam
  7. Untuk menulis dan menarik minat, ye InsyaAllah teruskan aje tapi utk minta pengiklanan seperti GA, bahasanya mestilah standard, tak gitu Tuan HH?

    BalasPadam
  8. Bahasa Inggris mempunyai beragam Logat pula,contoh Logat Australia,British dan Amerika Serikat Serta Hiberno (Irlandia) :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement