Memanipulasi meta tag untuk mendapat trafik. Trafik untuk sebuah blog diibaratkan nyawa. Menerusi trafik, barulah sebuah blog dapat menjana income. Tanpa trafik, bermakna blog tersebut tidak ada pembaca. Dalam terdesak untuk mendapatkan trafik blog, saya nasihatkan blogger Malaysia janganlah sampai memanipulasi meta tag secara berlebih-lebihan.

Ramai blogger tahu bahawa ada meta tag boleh membantu di dalam menjadikan sebuah blog itu mesra SEO. Ada yang tahu memanipulasinya dengan betul untuk mendapatkan trafik yang dikehendaki menerusi enjin carian. Namun, ada juga segelintir blogger yang menggunakan teknik dan cara yang salah sehingga boleh memberi impak negatif untuk blog tersebut dalam jangka masa panjang.

Banyak platform pengiklanan yang sudah establish sangat ambil berat mengenai teknik manipulasi trafik ini. Jika anda seorang pemilik akaun Google Adsense, jangan sesekali anda memanipulasi meta tag dengan cara yang salah. Ini akan mengakibatkan blog anda kehilangan akaun Adsense, dan kemungkinan segala income yang terhasil menerusi blog anda tidak akan dapat dikeluarkan. Begitu juga dengan sesetengah platform pengiklanan lain seperti Innity, Komli dan juga Nuffnang.

Memanipulasi Meta Tag Untuk Trafik Blog

Apa yang saya maksudkan dengan memanipulasi?

Manipulasi ialah apabila meta tag itu menjurus kepada sesuatu kata kunci (keyword) panas yang boleh berikan trafik tinggi tetapi apa yang terkandung di dalam blog adalah sebaliknya. Mungkin anda tidak berapa faham apa maksud saya, jadi saya tunjukkan dalam bentuk imej di bawah ini - satu screen shot yang diambil dari sebuah blog yang agak tinggi trafiknya.

Tak berapa nak clear? Ok, saya cuba paparkan di bawah ini dengan lebih jelas.
Nampak apa yang cuba saya nak sampaikan? Sebuah blog berbahasa Melayu yang papar mengenai isu semasa dan informasi tetapi menggunakan pendekatan di atas sebagai salah satu cara untuk mendapat trafik yang tinggi. Ini merupakan teknik memanipulasi meta tag yang boleh dianggap lejen kerana pernah mendapat perdebatan hangat satu waktu dulu, dan pernah disepakatkan di kalangan blogger-blogger berpengaruh dunia bahawa cara ini adalah cara yang salah, melainkan blog tersebut memang menjurus kepada isi kandungan sebegitu.

Dan kerana itulah, meta tag sudah menjadi tidak begitu relevan untuk robot enjin pencari terutama Google untuk indeks blog dan entri dan memasukkan dalam pengkalan data carian. Dengan kata lain, teknik ini sudah tidak boleh digunakan sebagai salah satu teknik utama untuk menjadikan sesebuah blog itu mesra SEO.

Semoga bermanfaat.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ini betul2 memanipulasikan trafik ni. Tapi segan dan malu bila search keyword 'Melayu' keluar benda tak senonoh...macam mana agaknya budak2 kalau nak cari pasal Melayu ni kat internet. Ish..ish..

    BalasPadam
  2. memang memanipulasi trafik macam nih.. takut budak2 laa yang tertengok something yang tak sepatutnya..

    BalasPadam
  3. Targetted keyword macam tu sikit hari kena la tempias blog duduk pages belakang sekali di SERP. nak recover balik susah. makan masa.. habis frust sila tukar domain terus kalau kena banned :P

    Ada dulu blogger Hiburan banyak main keyword macam ni, sekarang entah... Budiey :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement