Komisen pengiklanan online dikenakan GST. Saya baru sahaja menerima satu email daripada pihak Kastam Malaysia menyatakan bahawa sebarang pengambilan komisen menerusi pengiklanan secara atas talian atau secara online dikenakan GST. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan terma tertentu.

Tentu perkara ini merunsingkan bagi mereka yang menjana income menerusi affiliate yang membayar menerusi komisen. Tak gitu?

Saya sendiri cuba dapatkan penjelasan mengenai masalah ini daripada pihak Kastam.

Komisen Pengiklanan Online Kena GST

Komisen Pengiklanan Online Kena GST
Ya, memang GST dikenakan untuk sebarang urusan pengiklanan yang memberikan komisen terutama bagi mereka yang melakukan pengiklanan di Facebook, Instagram dan juga blog. Tetapi, GST boleh diimplementasikan jika syarikat pengiklanan tersebut mendaftar GST, atau mana-mana program affiliate yang diuruskan oleh syarikat yang didaftarkan GST.

Untuk info, hanya syarikat atau pemilik perniagaan yang mempunyai keuntungan lebih RM500K wajib mendaftar GST. Dan produk online seperti Ebook adalah barangan dan produk yang tertakluk kepada GST.

GST Dikenakan Kepada Pemilik Blog, Instagram dan Facebook Yang Berniaga Online

Bagi blogger, pemilik instagram mahupun mereka yang berniaga online di Facebook, seandainya memenuhi syarat asas tersebut maka wajib mendaftar GST dengan Kastam Malaysia. Ini termasuklah Internet Marketer yang membuat keuntungan berdasarkan komisen tersebut.

Itulah sebabnya syarikat pengiklanan Komli telah mengedarkan satu borang pengesahan pendaftaran GST kepada pemilik-pemilik blog dan laman web yang menggunakan platform pengiklanan online mereka. Mana-mana syarikat dan individu yang menggunakan platform pengiklanan mereka dan menjadikan income dari pengiklanan itu salah satu sumber pendapatan, dan sumber pendapatan itu pula merangkumi sebahagian daripada jumlah pendapatan tahunan melebihi RM500K, maka wajiblah ia didaftarkan untuk dikenakan GST.

Tetapi saya percaya ramai antara blogger mahupun pemilik instagram dan berniaga online di Facebook tidak tertakluk dengan peraturan percukaian ini. Maka, secara umumnya saya boleh katakan blogger, internet marketer, pemilik bisnes online di Facebook mahupun di Instagram tidak dikenakan GST - dengan syarat pendapatan itu tidak melebihi RM500K yang merupakan syarat utama dikenakan GST.

Bagi mereka - syarikat dan milik perseorangan yang menjual ebook secara online, GST boleh dikenakan ke atas produk tersebut sekiranya pemilik ebook itu penuhi syarat yang ditetapkan oleh Kastam. 

Pemahaman ini mungkin silap, tetapi itulah yang saya faham setelah membuat pertanyaan kepada pihak Kastam dan meneliti syarat pendaftaran untuk GST.

Semoga bermanfaat.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hu..seram tengok tajuk..lega selepas baca isi..terima kasih infonya HH :)

    BalasPadam
  2. Nanti tv pun kena GST jugak (lesen balik)..

    BalasPadam
  3. Ada ke pemilik blog kat Malaysia ni yang jana income lebih RM500k menerusi blog Kalau ada memang hebat la, kira sebulan income dia RM41k tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pasal, jadi harapnya tak adalah blogger yang gelabah sangat pasal GST ini .. keh keh keh

      Padam
  4. Ya. Semoga bermanfaat dengan info nya. If la Nuffnang kenakan GST?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nuffnang kena GST .. :) tapi tidak dikutip pada ahli2 yang daftar Nuffnang ... hoho ..kecuali blogger tertentu sahaja

      Padam
  5. tak cukup kaya lagi nampaknya saya nak bayar GST.. hehehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement