Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST

Harga pakej Streamyx terbaru termasuk GST. Sedia maklum bahawa pihak Telekom Malaysia (TM) akan melaksanakan cukai GST ke atas servis dan perkhidmatannya termasuklah pakej Streamy dan Unifi. Cukai GST 6% akan dimasukkan ke dalam bil menggantikan servis caj yang dikenakan sebelum ini.

Saya baru sahaja terima bil internet TM Streamyx. Saya teliti bil terbaharu daripada TM ini ada sedikit kelainan dengan sebelum ini. Ada butiran mengenai GST selain bil Streamyx ini ditulis juga sebagai Penyata Cukai di bahagian atas bil tersebut. Woho .. dalam sebulan selepas GST diimplementasikan, dah banyak rupanya penyata cukai yang sampai ke rumah, termasuklah bil elektrik dan juga bil pembentungan IWK.
Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST

Caj Terkini Streamyx Dalam Bil TM

Ok, inilah hakikat kehidupan di Malaysia yang ada sedikit beza antara sebelum dan selepas GST. Selain daripada kenaikan harga barang-barang tertentu (yang tidak sepatutnya), bil-bil juga sudah berbeza daripada dahulu, tidak lagi dikenali sebagai bil, tetapi lebih kepada Penyata Cukai Bulanan! Itu belum termasuk resit-resit pembelian yang ada dikenakan GST... itupun dikira sebagai Penyata Cukai tu.

Jika anda berdaftar GST Kastam, bolehlah claim balik apa yang patut, asalkan anda ada simpan resit dan bil-bil yang ada ... ye tak? Hoho ...

Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST

Sebelum ini kerajaan ada maklumkan bahawa pakej internet jalur lebar di Malaysia akan turun. Saya terima baik pengumuman tersebut walaupun ia diberitakan hanya akan berlaku sekitar bulan Jun 2015. Apapun, saya nak kongsikan kepada anda - harga pakej Streamyx terbaru yang telah diperkenalkan oleh TM baru-baru ini. Harga pakej Streamyx terbaru ini adalah harga pakej Streamyx selepas dimasukkan cukai GST sebanyak 6%.

Senarai Harga Pakej Streamyx Terbaru Dikenakan GST

Harga pakej streamyx terbaru TM termasuk GST adalah seperti berikut:
  • Pakej BB Deal 1Mbps pada harga RM116.60 sebulan
  • Pakej BB Deal 2Mbps pada harga RM137.80 sebulan
  • Pakej BB Deal 4Mbps pada harga RM148.40 sebulan
  • Pakej BB Deal 8Mbps pada harga RM169.60 sebulan

Potongan sebanyak RM2 diberikan jika pelanggan melakukan pembayaran secara autopay.
Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST
Saya pula telah sekian lama melanggan pakej Streamyx 4Mbps dengan harga RM140 sebulan. Sebelum GST diperkenalkan, kadar yang saya kena bayar adalah sebanyak RM141.05 (tanpa menggunakan talian telefon). Selepas GST diperkenalkan, kadar yang saya kena bayar adalah sebanyak RM149.45 yang ditunjukkan pada bil terbaru seperti saya tunjukkan di bawah ini.
Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST
Mahal ke murah? Anda boleh tengok dan nilai sendiri. Tak perlu sebarang pengiraan pun. Dah nampak bahawa pakej baru yang diperkenalkan oleh TM untuk Streamy lebih mahal dengan harga sebelum ini. Ok. saya tunjukkan harga pakej Streamyx sebelum GST, harga yang ditunjukkan di bawah ialah harga pakej yang saya ambil pada tahun 2013 (rujuk BB Deal 4Mbps).

Harga Pakej Streamyx Sebelum GST

Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST
Hmm .. tak sabar rasanya untuk tunggu harga baru yang disebut-sebut oleh Menteri akan turun sebanyak 57% tu. Rasa macam lambat lagi bulan June 2015 nak tiba, mungkinkah nanti harga pakej Streamyx terbaru akan lebih murah daripada sekarang?

Paparan Terbaru Bil TM Streamyx Selepas GST

Oh, ya, siapa yang belum terima bil TM atau Streamyx tu .. anda akan terima bil seperti di bawah. Boleh lihat perbezaan ketara antara kedua-duanya.
Bil terbaru Telekom Malaysia selepas GST
Jika tak nampak apa yang ditulis dalam kotak kuning tu, boleh rujuk paparan lebih besar lagi jelas di sini - New TM Bill

Saya tak pasti pula dengan harga pakej Unifi. Saya fikir mungkin jadi lebih mahal. Siapa yang guna TM Unifi mungkin boleh kongsi sedikit di ruangan komen.

{ 11 comments.. read them below or add one }

TETAMU89 TETAMU89 April 23, 2015
Hmm .. jenuh la lepas ni, bukan saja streamyx ja yang kena barang2 kumputer pun kena juga. Tadi saya pergi beli keybord dgn mouse pun ada tulis dekat bil cukai GST RM3.75.. hmm, nasib laaa
AnonymousAnonymous April 23, 2015
Jenuh nk membayar bil lepas ni.
www.stevia-manis.blogspot.com
Kedahlani Kedahlani April 24, 2015
Hurmm, semakin mahal..
yangbaik yangbaik April 24, 2015
dah lama berhenti guna tm streamyx... sedang pertimbang untuk sambung semula. Wajar atau atau tidak
reezluv reezluv April 24, 2015
tu le...bil bulan ni aku kena bayo..hampeh..ciss
ONEXOX ONEXOX April 26, 2015
Lepas dengar pengumuman kerajaan RM38 utk 1 Mbps nampak macam murah tapi quota 1GB jer, lagi mahal dari plan telco prepaid. Tak habis2 pengguna kena tipu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 27, 2015
Takpe masyuk dari affiliate banyak kan bulan ni? leh cover bayar dah tu ... hehehe
mrhanafi mrhanafi April 27, 2015
sekarang dah guna broadband..secara prepaid
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 28, 2015
Hmm buat naya je kan .. adeiii ..
ahkak gojes ahkak gojes May 30, 2015
boleh tahan juga bil tm ni
gelenggang gelenggang May 26, 2016
Semua makin naik... pulak tu ejen TMnet ni pula asyik ganggu... janji macam-macam kemudahan atau pakej baru kena hati-hati mahal belaka baru kejap tadi pujuk sy ambil pakej ODplus isunya talian streamyx sy sekadar 2MBps tidak dapat menampung muat turun ODplus ini...

Ada pakej baru kelajuan 10Mbps Astro tanpa piring guna fiber optik tapi Astro + Internet cecah dekat-dekat RM270 tiada talian tetap telefon percuma... x tanya betul-betul pakej Astro mana satu yang dikasinya...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.