Langkau ke kandungan utama

Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 14 dan 57 Peratus

Harga untuk pakej jalur lebar dan internet akan turun sebanyak 14% dan 57%. Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak SKMM memaklumkan bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Chee mengumumkan bahawa pakej mudah alih jalur lebar dan internet akan ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding dengan harga semasa.

Menurutnya, pakej jalur lebar dan internet akan ditawarkan serendah RM25. Menerusi pakej ini, pengguna akan menikmati data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang - kurangnya 3G - HSPA untuk kedua - dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar. Pengurangan ini dianggarkan 14% lebih rendah daripada harga semasa.

Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 14 dan 57 Peratus

Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 14 dan 57 Peratus

Untuk perkhidmatan tetap, Telekom Malaysia (TM) akan menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB. Harga terbaharu ini adalah 57% lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.

Menurut kenyataan media itu, pakej jalur lebar asas mudah alih yang baharu ini boleh didapati dengan serta - merta manakala pakej jalur lebar oleh TM dijangka dikeluarkan padapertengahan Jun 2015.
Kenyataan Media SKMM Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 14 dan 57 Peratus

Dimaklumkan juga di dalam kenyataan media itu adalah respon positif dari semua pembekal perkhidmatan jalur lebar internet di Malaysia, ini termasuklah TM, Time, Celcom, Maxis, UMobile dan Digi.

Berikut adalah kenyataan penuh harga terbaru pakej jalur lebar dan internet. 


Nampaknya langkah kerajaan untuk memberikan pakej jalur lebar lebih murah untuk kemudahan rakyat sangat diterima baik oleh semua pihak. Harapnya kadar penembusan jalur lebar turut diperbaiki dan lebih meluas supaya dapat kurangkan jurang digital yang ada dalam masyarakat.

Dan saya memperlihatkan perkara positif ini adalah satu berita gembira kerana ia akan buka lebih banyak peluang untuk ramai lagi mempergunakan internet untuk kebaikan, terutama untuk perluaskan bisnes sedia ada menjadi bisnes online dengan capaian global, serta membantu rakyat negara ini mengambil inisiatif untuk menjadikan internet sebagai lubuk rezeki.

Apa kata anda pula?

Sumber: SKMM


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. 5gb rm40.. Ade ag ke yg ambek 1gb rm25 :v

    BalasPadam
  2. u mobile 1.5GB - rm30 - prepaid - lel

    BalasPadam
  3. baguslah, tarik ramai pengguna... kalau tak silap ini yg lines P1...

    BalasPadam
  4. info yang menarik. thank you!!

    BalasPadam
  5. di thai Mybycat THB99 unlimite
    speed 384kbs.
    ok lah utk HP

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…