Baru sahaja menerima satu panggilan telefon dari seorang sahabat SEMESTI. Katanya, "Google Malaysia kena hacked". Katanya Google Malaysia digodam oleh hacker bernama Tiger-M@te. Dan kejadian itu disedarinya apabila logout daripada akaun Gmail. Benarkah Google Malaysia kena godam oleh hackers bernama Tiger-M@te ini?

Untuk kepastian, saya pun buka laman web Google Malaysia menerusi Firefox dan juga Crome. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang pelik muncul di skrin komputer saya yang dilengkapi sistem Kapersky Internet Security dan juga Malwarebytes Anti Malware (Premium). Jadi, apakah yang sebenarnya berlaku pada sahabat saya ini?

Google Malaysia Kena Godam - Hacked by Tiger-M@te

Google Malaysia Kena Godam - Hacked by Tiger-M@te

Menurut Google Malaysia, serangan yang dikatakan Google Malaysia kena godam atau hacked by Tiger-M@te itu hanyalah satu serangan ke atas DNS (Domain Name Server). Ia bukan kes penggodaman sebenar tetapi lebih kepada redirection DNS atau URL melibatkan Google Malaysia.

Dipercayai penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Tiger-M@te ini berasal dari Bangladesh. Tujuan serangan ini dilakukan tidaklah begitu jelas, mungkin sekadar nak seronok-seronok melihat rakyat Malaysia gelabah guna internet kot .. :P

Apa Yang Berlaku Bila Buka Google Malaysia?

Ok. Apa yang berlaku ialah para pengguna yang cuba membuka Google Malaysia akan redirect ke page berikut (deface) - http://zonehmirrors.org/defaced/2015/04/14/google.com.my/google.com.my/

Menurut Google Malaysia, mana-mana pengguna yang berhadapan masalah seperti di atas, boleh gunakan link berikut - google.com/ncr sebagai alternatif untuk melayari Google Malaysia.

Buat rakan blogger, mungkin ada yang khuatir dan bimbang, manalah tahu kot-kot blog juga kena serangan seperti ini memandangkan blogger (blogspot.com) adalah sebahagian daripada produk Google. In Sha Allah, apa yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang serius dan anda tidak perlu risau mengenainya.

Ia akan pulih tidak lama lagi. Anda boleh Google sendiri apa yang dimasukkan dengan deface atau redirection DNS dalam terma penggodam.

p.s: Oh ya lupa lak .. acaner nak Google kalau dah kena deface oleh si hackers nama Harimau ni ye tak .. :P


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

15 Komen

Blog sy leh buka by google tp fb yg tak leh buka by google n mozila. Fb kna hack ke guane plak? Ish³. Nyusah org tul.hackers ni...

Reply

Google Malaysia kembali pulih dan boleh digunakan semula 38 minit selepas entri Ayuni tentang hal ini disiarkan dalam Google+ (jam 12:20 pagi tadi). Namun masih ada pengguna yang mengadu tidak dapat membuka Google melalui jenis browser tertentu. Elakkan daripada menaip google.com.my dalam pencarian, sebaliknya terus menghala ke google.com.

http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/04/google-malaysia-kena-hack-oleh-hacker.html

Reply

PG share this. hopely tidak menganggu blogspot T_T

Reply

PG tak perasan google kita kena godam. Lepas baca blog uncle HH, tu yang terkejut juga. hopely tiada yang terganggu ke apa kan.

Reply

Alhamdulillah.Rasanya macam ok sahaja meng'Google' sebentar tadi.

Reply

Itulah...tengahari tadi nak buka...tetiba keluar benda alah ni..mak aikk.akaun company ke atau google yang kena hack..alhamdulillah...bukan company punya..kalau tak matilah...

Reply

Menakutkan, dah tak berani nak guna Google lepas ni..

Reply

Tak perlu takut pun ... Google adalah antara paling selamat. Blog bawah Google juga begitu, tak macam blog WP yang sering jadi mangsa godam pihak tertentu.

Reply

Ini bukan hacked yang sebenar .. saya dah jelaskan dalam entri .. :) ia berkaitan DNS .. jangan risau, tak efek pada pc kita.

Reply

Bukan semua komputer buka akan nmpak DEFACE Google Malaysia, mana2 pc yang update dan ada apliksi versi terkini berkaitan serangan malware, dns poisoning akan nampak natural .. tanpa ada apa2 masalah.

Reply

Saya baru tahu tentang ni hehe

Reply

uishh bhayanya...tertiba rasa risau pulak sekarang...

Reply

salam kenal... saya jln2 kat sini :-)

patutlah tgok ramai yg pos print screen ni kt fb td.

zinziemeewah

Reply

senang-senang guna je aplikasi tukar ip kita hehehe.tukar ip pi amerika hahaha

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.