10 April 2015

Gaji Yang Berhormat Malaysia Naik

Gaji Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Rakyat naik. Alhamdulillah, akhirnya gaji saya naik setelah sekian lama tak naik-naik - gamaknya itulah kata hati seorang YB wakil rakyat. Di zaman yang serba mencabar ini, di mana kos sara hidup sudah naik, memang wajarlah gaji naik, tetapi itulah, hanya gaji YB yang naik; bagaimana dengan gaji pekerja swasta, gaji pekerja kerajaan (kakitangan awam), gaji saya, gaji anda, gaji mereka yang makan gaji? Ada kenaikan juga? Kalau ada, alhamdulillah.

Saya memetik daripada laporan Berita Harian Online, yang menyatakan bahawa Dewan Rakyat yang semua ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya yang adil lagi telus telah meluluskan
Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen dan wakil rakyat hari ini, 10 April 2015.

Gaji Yang Berhormat Malaysia Naik

Gaji Baru Yang Berhomat (YB) Malaysia

Apabila lulus rang undang-undang ini, maka gaji bulanan baru bagi anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah seperti berikut:

  • Anggota Dewan Rakyat - RM16,000
  • Anggota Dewan Negara - RM11,000
  • Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat - RM22,000
  • Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat - RM31,000 

Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit. Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.


Gaji dah naik, maka produktiviti para menteri dan wakil rakyat harapnya akan naik jugalah, tak gitu?

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen Gaji Yang Berhormat Malaysia Naik

Ialah jangan gaji aje naik produktiviti di takuk lama.

Banyaknya gaji dorang. Perghhhhhh

Nampak best je tapi dalam kita ada hak org lain juge...jgn lupe ye...

Bile gaji kakitangan nak naik pulak?

untung jd yb yb nih. gaji banyak. huhu


EmoticonEmoticon