Contoh email nota amaran dari Google Adsense. Alamak, terkena lagi. Nasib baik Google Adsense beri amaran sahaja, tidak kena banned terus seperti selalu. Saya baru sahaja merasa menggunakan Google Adsense selama seminggu (sehingga entri ini ditulis) setelah berbulan blog ini kena banned dari meletakkan iklan Google Adsense.

Setelah berbulan melakukan kemaskini mengikut polisi yang ditetapkan oleh Google Adsense, tak sangka ada juga bahagian di dalam blog ini yang tidak tepati terma dan syarat yang dikenakan oleh Google Adsense.

Contoh Email Nota Amaran Google Adsense

Contoh Email Nota Amaran Google Adsense

Walaupun telah merujuk nota-nota yang ada di dalam Jana Wang Adsense, tetapi ada bahagian yang saya terlepas pandang sehinggakan pihak Google Adsense menghantara email nota amaran kepada saya.

Hanya blog ini sahaja diberikan nota amaran tersebut, tidak kepada beberapa blog yang lain. Alhamdulillah, akaun Google Adsense saya masih lagi aktif sejak 2008.

Mungkin anda nak tahu bagaimana rupa nota amaran yang dihantar oleh pihak Google Adsense? Ok, nota amaran itu seperti ditunjukkan di bawah ini.
Contoh Email Nota Amaran Google Adsense

Apa Perlu Buat Bila Terima Nota Amaran Google Adsense?

Di dalam nota amaran oleh Google Adsense ini, akan disertakan juga cara-cara untuk selesaikan masalah yang timbul. Untuk itu, anda perlu ikut langkah-langkah yang diberikan di dalam nota amaran Google Adsense ini untuk memastikan blog anda tidak dikenakan tindakan sekali lagi di masa akan datang.

Ikuti dengan teliti apa yang disarankan. Faham betul-betul. Jangan lupa untuk lihat, baca, tonton dan buat penilaian pada setiap link rujukan yang diberikan oleh Google Adsense di dalam nota amaran tersebut. 

Contoh Email Nota Amaran Google Adsense
Anda perlu ingat, Google sangat mementingkan originaliti sesuatu kandungan. Ia juga mementingkan penggunaan bahasa yang betul selain tidak kompromi kepada teknik yang dikatakan cuba memanipulasi iklan Google Adsense.

Baca mengenai 6 Teknik Patut Dielakkan Bila Menggunakan Google Adsense

Jadi, kepada rakan-rakan blogger, sila berhati-hati apabila anda menerbitkan entri blog anda. Cerewet Google Adsense ada kebaikkannya. Hoho ...

Video Berkaitan Kandungan dan Hak Cipta oleh Google Adsense


Jangan lupa baca panduan di dalam Jana Wang Adsense untuk lebih faham mengenai cara kerja Adsense dan bagaimana nak buat duit dengan Adsense dengan mantap.

Luangkan masa anda juga untuk baca mengenai Adsense di blog rasmi Adsense ini - http://adsense.blogspot.com/


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

20 Komen

Dah agak, mesti artikel berkaitan tet... ketat jugak polisi Google Adsense ni, setiap ceruk dia cari salah, satu artikel je pun :P

Reply

ketatnye diorg
mcm nk apply, tp dlm hati gerun gak
mesti byk benda x lepas..
tq sharing benda ni, blh jd rujukan buat mereka bila hadapi masalah yg sama

eh lupa ada soalan, tuan hh masih guna iklan innity lg ke?

Reply

masalah saya... ads kat blog saya dah disabled oleh adsense dengan alasan, language not supported... camne nak buat tu?

Reply

itu la..better x yah guna la tajuk ala2 panas cam gitu bang hasrul...naye je kalau kene..

Reply

kena tunggu dua tiga tahun lagi la cam ni baru nak ber google adsense..hehe

Reply

memang kena ambik tindakan pantas bila dah kena warning dengan google macam ni

Reply

saya apply adsense pun x lepas lagi

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-terselamat-dalam-kebakaran.html

Reply

Saya xlepas adsense ni..kata nya ada video..ntah cerok mana ntah yang dia nampak ada video tu.. rasanya takde video sbb xtahu langsung nak upload video

Reply

maknanya kalau blog yg cakap personal,cara santai die tak nak la?agaknye die pentingkan standard blog kot..

Reply

Member aku ada main google adsense ni. Dalam 1,000 - 2,000 income dia sebulan. Memang mewah la. Keje tak susah pun, banyak goyang kaki je. Last2 kantoi, blog kena suspended macam ni dan tak boleh recover terus blog tu sebab copy paste blog orang lain.

Reply

Pernah sekali blog kena banned, pastu blog lain dapat warning.. sekarang hanya letak Adsense di blog yang saya tulis sendiri je. Kalau ada guest blogger pun potensi nak kena banned pun tinggi.

Reply

Ya, dah makin cekap menyelinap dan mencari .. kena hati2 lebih .. :)

Reply

Cuba beberapa pendekatan ni - ubah setting bahasa dalam blog, atau letak meta tag language bahasa dalam blog. Lepas letak tag, jangan apply terus, tetapi terbitkan dulu 2-3 artikel. Pastikan artikel tersebut rank baik dalam Google. Ada trafik dari carian, lepas tu mohon semula.

:) jika boleh letak link URL entri, berikan URL entri.

Semoga berjaya.

Reply

Usaha tangga kejayaan, mesti ada benda yang tak berkenan di mata Google Adsense tu.

Reply

Cuba buat Google Search site: nama blog - video

Reply

Pernah diingatkan oleh seorang sahabat .. "nak buat duit online kena jujur" :)

Reply

Ya, ada polisi baru mengenai Guest Blogger ni ... sama juga dalam SEO.

Reply

Saya gatal tangan juga memohon google adsense..tapi apabila letak kod iklan msh kosong.. tak pasti apa yg dibuat betul atau salah.

Reply

as'salam..

wahh cmne nk apply..yaya xreti bab2 ni..huuuu

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.