Langkau ke kandungan utama

Cara Delete Blog

Cara nak padam atau delete blog. Bagaimana nak delete blog yang mungkin sudah tidak berupdate atau sudah tidak mahu lagi ditonjolkan di dalam dunia blog Malaysia? Ok. Tak susah sebenarnya, sama seperti anda pertama kali mahu buat blog sendiri. Cuma mungkin saya nak tambah satu lagi tatacara memadamkan blog secara sepenuhnya, sebagai langkah untuk membersihkan enjin carian daripada terus memaparkan blog dan entri yang sudah tiada.

Kenapa saya nak tambah langkah atau tatacara memadamkan blog ini? Ini adalah untuk memastikan bahawa blog dan entri tersebut benar-benar telah dipadamkan. Ada blogger yang sudah ambil langkah untuk memadamkan blog, tetapi gambar daripada blog tersebut masih lagi ada di dalam carian imej, begitu juga dengan feed.
Cara Delete Blog

Ok. Ada blogger yang sudah merasakan memadai untuk memadam blog dengan tatacara mudah yang ada di dalam dashboard blogspot. Tetapi, buat seorang blogger yang sensitif dengan apa yang telah dikongsikan menerusi blog mungkin tatacara yang akan saya kongsikan ini bermanfaat untuk dirinya.

Tatacara Delete atau Hapuskan Blog

  • Pergi ke ruangan dashboard blogspot anda. Pilih blog yang mahu dipadamkan. Kemudian, pilih Settings blog tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini. Pilih Other, dan paparan yang menunjukkan Blog Tools akan kelihatan.
Cara Delete Blog
  • Di ruangan Blog tools, ada 3 menu biru yang kelihatan seperti di bawah ini. Pilih Delete blog untuk memadamkan blog anda. Ok. Selesai satu peringkat mudah untuk memadamkan blog anda daripada dashboard blogspot anda.
Tatacara Memadam Blog
  • Ok. Sekarang anda perlu masuk atau login ke Google Webmaster Tools. Klik pada nama/URL blog yang mahu anda padam tadi.
  • Pada bahagian dashboard, klik Google Index seperti ditunjukkan di bawah ini. Di ruangan tersebut, anda akan nampak satu link - Remove URLs. Klik menu tersebut.
Cara Delete Blog

  • Kemudian, di paparan sebelahnya akan muncul Remove URLs, klik Create a new removal request. Taip URL blog anda di ruangan disediakan. Pastikan anda masukkan URL yang betul kerana ruangan ini adalah case-sensitive (ambil kira huruf kecil dan besar).
  • Klik Continue. Dan kemudian Yes. Remove this page. Klik Submit Request.
  • Selesai.

Mengapa Tatacara Ini Penting?

Tatacara susulan ini walaubagaimanapun hanya tertakluk kepada blogger yang menggunakan Google Webmaster Tools. Maka, jika anda seorang blogger, seandainya satu hari nanti mahu memadamkan blog anda secara total, maka pastikan anda daftarkan blog anda di dalam Google Webmaster Tools ini.

Saya ditanya soalan cara nak padam atau delete blog sepenuhnya kerana ada blogger yang sebelum ini menulis banyak cerita yang tak berapa sedap dibaca di internet ambil langkah insaf untuk padamkan blog secara total. Yelah, sebelum ini blog tonjol cerita ntah apa-apa semata untuk naikkan trafik, kemudian dia sedar apa yang dilakukan itu lebih memudaratkan daripada beri kebaikan untuk diri dan pengunjung blognya.

Adakala blog yang telah padam, mempuyai versi lain yang masih wujud. Contohnya dalam versi RSS Feed dan juga wujud kandungan blog di dalam bentuk cache (storan simpanan sementara). Dengan cara seperti saya tunjukkan menggunakan Google Webmaster Tools ini, in Sha Allah, segala kandungan blog boleh dihapuskan sama sekali.

Saya harap entri ini akan dapat membantu ramai blogger seperti dia, dan in Sha Allah, tatacara ini akan bantu blogger Malaysia memadam blog sepenuhnya daripada enjin carian. Untuk rujukan tambahan boleh lihat Completely Remove Entire Page oleh Google.

Semoga berjaya.

Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…