Bagaimana Blog Setahun Jagung Jadi Top Rank Google

Saya nak dedahkan satu teknik yang telah saya guna-pakai sebaik sahaja saya wujudkan blog Kerjaya Kerajaan milik saya. Teknik yang membolehkan blog domain sendiri yang didaftarkan pada Disember 2014 berada top rank untuk beberapa kata kunci (keyword) berkaitan kerjaya. Dan saya hanya mengambil masa kurang dari 10 bulan untuk bolehkan segalanya itu berlaku.

Siapa kata sebuah blog baru tidak boleh berada di top rank Google untuk kata kunci tertentu? Saya sendiri telah buktikan bahawa ianya boleh dilakukan. Alhamdulillah, saya membuktikannya menerusi blog iKerjayaGraduan.com yang merupakan sebuah blog perkongsian mengenai kerjaya kerajaan dan sektor awam di Malaysia. Blog itu juga merupakan antara blog utama saya untuk mendapat komisen daripada pelbagai program affiliate percuma yang telah saya sertai, terutama sekali berkaitan kerjaya.

Bagaimana Blog Setahun Jagung Jadi Top Rank Google?

Apakah teknik yang telah saya gunapakai selama 10 bulan tersebut sehingga membolehkan blog setahun jagung saya itu bersaing sangat baik di enjin carian Google untuk kata kunci berkaitan kerjaya?

Cuba lihat bukti-bukti teknik saya ini.


Dah nampak bukti-bukti yang saya tampilkan? Semua screen shot di atas saya ambil hari ini (28 April 2015) di carian Google Malaysia menggunakan Firefox New Private Window. Jumlah post yang ada di blog Kerjaya Lepasan Graduan saya baru 52 post, bermula post pertama pada 24 June 2014 - ketika itu blog kerjaya saya itu masih lagi menggunakan ____.blogspot.com. Hanya pada Disember 2014 baru saya dapatkan domain unik untuk blog tersebut.

Ok. Saya dah tunjukkan kepada anda bahawa teknik mudah saya ini berhasil. Ini merupakan teknik SEO blogspot antara paling mudah nak dibuat oleh sesiapa sahaja - samada blogger baru mahupun blogger lama.

Di awal entri, saya beritahu saya akan dedahkan satu teknik SEO, tetapi sebenarnya ia melibatkan beberapa teknik atau cara bagi membolehkan blog setahun jagung berjaya tampil top rank carian Google.

Kuasa Backlink Berkualiti

Ada pakar SEO berkata, sebuah blog itu boleh berada di top rank Google disebabkan oleh jumlah atau bilangan backlink yang diberikan kepada blog tersebut. Tapi, apa yang berlaku pada blog Kerjaya Lepasan Graduan milik saya itu adalah agak berlainan. Jumlah backlink yang diberikan kepada blog itu adalah kecil. Jadi, soal jumlah itu mungkin boleh dipertikaikan.

Kalau lihat daripada jumlah perkongsian di laman sosial pun tak banyak, walaupun jumlah like, jumlah share menerusi laman sosial boleh membantu sesebuah blog dan entri itu berada di top enjin carian Google. Anda boleh rujuk ke pautan berikut, merujuk kepada analisis backlink oleh Ahref di atas - Backlinks Analysis iKerjayaGraduan.com

Jadi, apakah teknik yang saya gunakan sebenarnya?

Teknik Mendapatkan Backlink Berkualiti

Ia adalah teknik mendapatkan backlink berkualiti. Jumlah tidak penting, tetapi kualiti backlink itu yang penting supaya entri-entri dan blog mesra SEO boleh berada di top enjin carian. Salah satu cara saya mendapatkan backlink berkualiti ialah menerusi segmen, kontest dan giveaway.

Saya masukkan URL dan kata kunci untuk blog kerjaya saya itu sebagai salah satu dari penaja atau penganjur. Mana-masa peserta giveaway, kontest dan segmen kena wajib letakkan. Jadi, secara mudahnya blog tersebut telah mendapat beberapa puluh backlinks percuma, menerusi penggunaan kata kunci untuk menjadikan ia satu backlink berkualiti (dofollow link).

Cara kedua membina backlink berkualiti ialah dengan tinggalkan komen-komen berkaitan kerjaya di blog-blog yang sama niche, sama tema dan yang bercerita benda yang sama. Saya gunakan id Google Page iKerjayaGraduan.com untuk tinggalkan komen sebagai salah satu cara untuk peroleh backlink juice pada blog tersebut.

Kemudian, saya menyewa link di blog-blog tertentu menggunakan anchor teks yang saya mahukan. Contohnya, saya letakkan link ke blog kerjaya saya itu di footer blog hasrulhassan.com dengan kata kunci rujukan kerjaya SPA, seperti ditunjukkan di bawah ini.

Malah, apabila saya menulis sesuatu berkaitan kerjaya di blog hasrulhassan.com atau di blog lain milik saya, satu link akan saya sertakan dengan kata kunci tertentu di dalam entri tersebut.

Saya juga sediakan banner khas untuk blog kerjaya tersebut dan dimasukkan ke dalam entri atau diletakkan di bahagian sidebar blog saya (dalam satu tempoh tertentu - selalunya 30 hari).

Alhamdulillah, semua cara dan kaedah membina backlink berkualiti ini berjaya, dan inilah antara hasil-hasil mujarab sehingga blog setahun jagung saya itu dapat beberapa rank paling top dalam Google.




Sekarang bagaimana? Saya dah tunjukkan dan buktikan bahawa blog setahun jagung pun boleh bersaing dengan blog-blog lain yang lebih hebat dan popular. Walaupun tak berjaya dalam beberapa keyword kerjaya yang boleh buat duit, namun sedikit sebanyak dapat juga tempiasnya.

Saya dah tunjukkan cara, sekarang bolehlah mencuba teknik ini untuk blog setahun jagung milik anda. Saya sangat syorkan untuk blog-blog bisnes menggunakan teknik ini agar mudah untuk berada di top enjin carian.

Tips Blog Bisnes Bina Backlink Untuk Jadi Top Rank Google

Jika anda ada blog cari makan atau blog bisnes maka lakukan langkah-langkah berikut untuk memudahkan blog dan laman web bisnes anda itu berada di top enjin carian:

  • Anjur segmen atau jadi penaja kontest untuk dapatkan backlink berkualiti - gunakan anchor teks atau kata kunci yang dimahukan.
  • Buat dan letakkan banner bisnes di blog-blog yang ada autoriti tinggi, trafik tinggi atau yang pernah publish entri berkaitan dengan jenis perniagaan anda (ada cerita pasal produk berkaitan).
  • Jika anda pernah dapatkan servis advertorial dari mana-mana blog, pastikan anda lakukan tindakan susulan dengan meletakkan banner bisnes anda dalam blog mereka - minima 30 hari, selepas entri advertorial berkaitan bisnes anda diterbitkan.
  • Sewa iklan teks atau dapatkan tempat untuk letakkan URL bisnes anda dalam blog yang ada autoriti tinggi, backlinks banyak atau yang ada ranking Alexa yang baik. Gunakan kata kunci dalam iklan teks dan URL.
  • Komen di blog-blog yang menggunakan kata kunci sama, atau yang bercerita perkara yang sama dengan blog bisnes anda.
  • Dapatkan servis advertorial daripada blog-blog yang mempunyai ranking Google yang bagus, ada backlink berkualiti, dan mempunyai trafik yang baik. Advertorial ialah satu bentuk pengiklanan online jangka masa panjang yang beri impak sangat positif untuk menaikkan entri dan blog menjadi top rank Google.

Selamat mencuba.


p.s: Untuk dapatkan servis advertorial daripada saya, boleh hubungi saya menerusi ruangan Contact.


{ 37 comments.. read them below or add one }

Nao Mei Nao Mei April 28, 2015
Blog ilmiah memang terbaik ranking nie....
Tahniah BRO HH. lepas nie boleh lah belanja cik akak makan free..hihi...
Eellee Nana Eellee Nana April 28, 2015
Antara banyak-banyak artikel berkenaan SEO, inilah antara artikel yang terbaik yang pernah saya baca. Dan terima kasih kerana berkongsi berkenaan laman Ahrefs yang kita boleh check pasal backlink dan juga pengaruh sosial media sharing sesebuah laman.

Teringin juga nak dapatkan backlink dari blog sifu Hasrul untuk blog saya yang setahun jagung tu.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz April 28, 2015
Thanks bro hh sudi sharing..
aRz MoHa aRz MoHa April 28, 2015
tips yang baik tapi rasa macam agak susah untuk berada top rank google
Chai Chai April 28, 2015
Well done!!..thanks for the info..harap web sy pn boleh jd page 1 google
yoorin melacolea yoorin melacolea April 28, 2015
Terbaik bro hh.. :) tips yg membantu sgt..
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim April 28, 2015
http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

Jom Join
Menjana Pendapatan Pasif Menjana Pendapatan Pasif April 28, 2015
Tips terbaik (y)

Terima kasih Abang Hasrul Hassan! :)
RIJAL Irwansya RIJAL Irwansya April 28, 2015
Mudah-mudahan dapat bermanfaat yah gan,..
kunjungi balik yah : http://mrijal04.blogspot.com/
Sejumlah Informasi dan Artikel yang Menarik dapat anda jumpai di link ini :http://mrijal04.blogspot.com/
ruggedmom ruggedmom April 29, 2015
Saya tengah berfikir-fikir lagi nak buat contest. Boleh handle ke tidak... hadiah yang sesuai...bla bla..
kaki pelangi kaki pelangi April 29, 2015
sangat bermanfaat untuk blogger baru seperti saya. terima kasih untuk perkongsian ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 29, 2015
Terima kasih Eellee Nana ... saya rasa terharu dengan komen diberikan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 29, 2015
Usaha sampai berjaya Chai. .. ada teknik makan tahun, ada teknik makan tak sampai sebulan pun ... kena cari ilmu ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 29, 2015
Alhamdulillah, sama-sama ye.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 29, 2015
Saya pernah ceritakan mengenai hal ini dalam blog, susah sebenarnya .. hoho
Myliferia Myliferia April 29, 2015
Saya pun ada terfikirkan tentang contest, tapi belum buat lagi sebab sekarang tengah siapkan task berkaitan blog.

Kene beri tumpuan betul-betul kalau nak buat contest ni.
MyLife Ria MyLife Ria April 29, 2015
Nak jugak blog berada dalam top rank google. Ammenn...

Thanks HH sebab tak jemu-jemu kongsikan ilmu yang bermanfaat sepanjang masa :)
Syahril Hafiz Syahril Hafiz April 30, 2015
Tak dinafikan sekarang platform Blogspot kalau tanpa backlink sekali pun dapat rank dengan baik :)

Yang Wordpress Self Host ni tengah cari method sesuai, mana la yang mesra Google. *garu kepala*
Shikin Hamzah Shikin Hamzah April 30, 2015
Terima Kasih bro Hasrul.
ruggedmom maria ruggedmom maria May 01, 2015
dah baca tu yang rasa belum berani
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah May 01, 2015
Info yg sgt2 berguna HH. Byk tips blogging cn belajar dari blog HH,mmg betul bila dah tgh entry berada di first page google,lg smgt nk hasilkan entry yg berkualiti, mohon pendapat HH ttg wajah baru cekgunorazimah.com utk apa2 penambahbaikan,terima kasih
kedai hadiah onlineku kedai hadiah onlineku May 01, 2015
terima kasih atas perkongsian ini. masih tercari2 formula untuk naik kan page rank blog. lepas ni boleh try tips ni :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Terima kasih Umi Nazrah ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Kena tanya sifu Hadizil
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Selamat mencuba ... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Saya dah tgk layout blog baru CN .. memang bagus sekali sbb ianya responsif .. tahniah ... :) cikgu yang ada blog memang buat saya kagum la ..
hcubeshop hcubeshop May 06, 2015
Tahniah tuan..pencapaian yg hebat..saya follow semua tips yg tuan share..tq atas ilmu
sepak gol sepak gol May 17, 2015
Terima kasih informasinya....
infonya sangat bermamfaat
kempiskanperutbuncit kempiskanperutbuncit June 03, 2015
hebatnya seo awak.. selalu tersangkut ke ikerjaya nie kat search engine.. moga suatu hari saya sukses macam awak
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 04, 2015
alhamdulilah, banyak juga entri ikerjaya melekat di Google walaupun blog masih lagi dikira baru
Kumpulan Berita Bola Terlengkap Kumpulan Berita Bola Terlengkap June 05, 2015
makasih ya gan untuk infonya semoga tamba sukses aja
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 05, 2015
Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini dan baca tips blogging yang saya kongsikan gan.
iuzira iuzira July 09, 2015
say punya setahun jangung

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.