Sengaja nak imbas kenangan lampau mengenai telefon bimbit yang sewaktu-waktu dahulu ia merupakan gajet mewah. Tak seperti sekarang ini, ia sudah jadi seakan keperluan pula, harga pula dah mampu milik.

Itulah dia, zaman cepat berkembang, pantas segala segi apatah lagi dalam bab teknologi. Saya kalau baca blog Amanz.my memang tidak terkejarlah. Dunia komputer antara paling cepat dan pantas berkembang, apatah lagi apabila internet mula masuk Malaysia, dan MSC ditubuhkan menerusi aspirasi dan wawasan Tun Mahathir Mohamad.

Apakah Telefon Bimbit Pertama Anda?

Telefon bimbit.

Dulu gedabak gila besar, sesaiz dengan tabung Tabung Haji. Memang tak boleh nak simpan dalam poket, kena letak dalam beg. Lepas tu, saiz telefon bimbit jadi makin kecil, siap ada flip flip lagi. Kalau dulu, sapa yang ada telefon bimbit jenis flip ni .. dah kira hebat dah.

Antara jenama telefon bimbit yang ada flip ialah Nokia, Motorola dan Ericsson (Sekarang dikenali Sony Ericsson). Kalau pakai Ericsson T-10 kira dah cool sangat dah ... style gitu sebab telefon leh main buka tutup keypad. Awek tengok jejaka pakai T-10 boleh leleh dan lentuk je dah. Itu belum lagi pakai Nokia 8810 yang dianggap sebagai telefon bimbit orang kaya-kaya. Hanya usahawan masyuk je yang akan gunakan Nokia 8810 ni, telefon jenis slide gitu.

Jenama dan jenis telefon bimbit paling popular zaman awal dulu adalah Nokia 33XX dan 88XX. Rekabentuk memang sesuai dengan tapak tangan, lepas tu harganya kira pertengahan, memang siapa yang baru kerja tu boleh beli telefon Nokia 33XX atau versi-versi telefon Nokia 88XX.

Telefon Nokia 3310 jadi satu fenomena disebabkan ia merupakan telefon mampu milik yang boleh tukar-tukar cover dia. Telefon sama tapi boleh disesuaikan dengan kehendak pemilik dia. Bukan satu dua design yang ada, tetapi berpuluh-puluh. Saya pernah ada kawan yang guna telefon 3310 ini dengan mempunyai lebih daripada 10 jenis design cover Nokia 3310.

Telefon bimbit pertama saya adalah jenis Alcatel. Tak ingat kod name dia, cuma ingat dalam kepala otak je bentuk dia. Telefon tak ada antena, lebih kurang macam Nokia 3310 cuma lebih kecil. Harga murah, jadi belilah sekadar keperluan atas kehendak boss masa itu.

Sekarang.

Cuba tengok gambar di bawah, agak-agak manakah telefon pertama anda beli dan gunakan. Pilihlah antara 1 - 9 dan ingat kembali nostalgia yang ada pada telefon bimbit pertama anda.

Syok ingat. Ada telefon bimbit yang memang tahan sampai boleh main baling-baling lagi... haha.



11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nokia lah handphone pertama saya pakai. bukan macam budak2 sekarang. apa barang pakai nokia katanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa .. apa barang pakai Nokia .. dah jadi Cokia dah skrang ni ..

      Padam
  2. Nokia 3310 bukan main mahal dulu...sekarang ni masih utuh lagi fizikalnya tapi dah rosak...rest in peace...hehehe...

    BalasPadam
  3. Handphone first yang saya pakai dulu Siemens yang antenna kontot tu. Lepas tu tukar guna Nokia 3310 pulak. Terasa macam anak jutawan masa baru-baru guna Nokia tu dulu! :)

    BalasPadam
  4. fon pertama Nokia apa entah.. tu pun kira hebat sebab ringtone dia keluar bunyi macam macam haha!

    BalasPadam
  5. Best..memg syok igt kenangan lama.. Telefon pertama leya kalau xsilap nokia 3310 jugak..

    BalasPadam
  6. Gua guna Nokia 3310, masa pertama kali guna telefon. Telefon tu boleh buat caller ring tone sendiri dgn menggunakan kod tertentu.

    BalasPadam
  7. Rata2 orang pakai nokia masa tu... ada hanphone pun dah kira hebat dah...

    BalasPadam
  8. Time tue kalo dapat pegang HP kirer hebat laa..

    Skrg nie kalo takde HP dah mcm pelik plak... :)

    1st model norkia 3310...ada duit lepas kerja part time dapat up sket norkiah 8210 dan last versi norkiah adalah 8850...

    Skrg kalo pakai nokia org siap ingat cap ayam plak...adoiii

    BalasPadam
  9. nokia 3310 dalam kenangan...
    Walaupun skrg Hp dah canggih ,,tp blom dpat lawan game yang ada dlm nokia 3310..
    sekarang budak2 x knal pon fon mcm tu... :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement