Aku Blogger Lahir Tahun 70an

Aku blogger Malaysia lahir tahun 1976. So, anda boleh agak berapa umur saya. Ramai rakan blogger yang saya kenal lahir pada tahun ini, malah dalam era tahun 1970an. Siapa blogger yang lahir di zaman ini, atau paling terbaik lahir pada tahun 1976, anda dipersilakan untuk tinggalkan URL blog anda. Saya sedia update dan buat listing dalam entri ini, in Sha Allah.

Apa ada zaman tersebut? Zaman 70an, zaman 80an, zaman 90an apa yang best? Zaman itu mana ada internet meluas macam sekarang. Perkataan blog pun baru nak diperkenalkan hujung zaman 90an. Tidak menarikkah kehidupan ketika itu dimana tiada telefon pintar, tiada internet, tiada blog? Meh saya kongsikan kisah lampau saya untuk bacaan santai anda. Jika ada manfaatnya nanti, jangan lupa untuk share dan like di laman sosial (baik viralkan benda baik dari benda buruk, ye tak?).

Aku Blogger Lahir Tahun 70an, Membesar Tahun 80an, Kenali Dunia Tahun 90an

Saya blogger yang lahir pada tahun 70an. Membesar dalam keadaan remaja riang ria, dengan adventur zaman kanak-kanak bermain hujan dan lumpur serta menjadikan sungai dan lombong sebagai tempat berkubang mandi di era 80an - ketika itu lintah dan pacat perkara biasa memanjat badan, melastik burung, panjat pokok mempelam, main guli, main layang-layang dan main Galah Panjang satu keseronokan tanpa batasan.

Masuk era 90an, saya berada di alam remaja di mana rock dan metal menjadi bualan. Lagu Metallica, Skidrow, Def Leppard, Wings, BPR, Search, Scorpions antara halwa telinga wajib ada kaset dalam walkman pinjam letak bawah bantal. Malah,  peralihan zaman tersebut disulami muzik rap, reggae dan techno-beat. Masih segar dalam ingatan lagu Dr Alban, MC Hammer, malah kumpulan Nikko, 4u2c dan KRU. Tahun 90an, melayan lagu mendayu-dayu rock lentuk, era muzik ballad lebih mendapat tempat di telinga saya. Akhir 90an, semua orang bagai mula meneroka satu alam baru - era di mana MSC mula menjadi bualan hangat, dan internet menjadi satu kemewahan.

Telefon Bimbit Lambang Kemewahan

Zaman awal kedewasaan saya tidak ada telefon pintar, yang ada hanyalah telefon bimbit bersaiz bekas minimum anak-anak sekolah atau tumbler. Jenama telefon bimbit Motorola dan Nokia adalah yang paling top. Ketika itu, siapa ada telefon bimbit, sudah dianggap lain level dalam masyarakat. Nak tergelak diingatkan kembali, saya mula beli telefon bimbit di tahun kedua saya bekerja, kerana ketika itu ia bukan satu keperluan wajib.

Zaman remaja 20an, hebatnya anak muda lelaki dilihat pada jenis motorsikal yang dimiliki. Kalau sudah ada kereta, itu memang dicap anak Lord, yang kononnya ramai menjadi Playboy.

Itu zaman awal remaja.

Mula Kenali Dunia Tanpa Sempadan

Saya kenali dunia internet, tahu menggunakan email apabila saya masuk tahun pertama belajar di USM Minden dalam jurusan Sains Komputer. Jurusan yang emak saya tanya - "Ko nak jadi apa belajar komputer ...?" Nak tergelak bila terkenangkan pilihan ketiga saya dalam borang kursus selepas tamat Matrikulasi Sains USM selama 2 tahun ini.

Pilihan pertama saya ialah Perubatan, dan pilihan kedua saya ialah Farmasi. Alhamdulillah, walaupun tak dapat dua pilihan tersebut, saya dapat ramai kenalan dan kawan yang graduate dalam bidang perubatan dan farmasi, salah seorang darinya telah menjadi isteri-isteri saya selama lebih 10 tahun!

Era saya belajar mengenai komputer, ketika itulah IT mula berkembang dengan hebatnya apabila terbinanya Cyberjaya dan wujudnya MSC - cetusan idea dan wawasan 2020 Tun Dr Mahathir yang pernah masuk ke dalam Kaabah.

Awal dikenali dalam dunia internet menerusi forum, laman komuniti dan MiRC; saya mula jadi minat bidang baru yang selama ini saya zero pengetahuan. Serius. Nama Apple dan IBM pun saya baru tahu bila tamat matrikulasi.Time tu, paling best ialah dapat chatting secara online ... dapat kenali ramai awek-awek cun dari Malaysia sampailah Amerika. Siap berbalas email hari-hari, nasib baik saya tidak bercinta menerusi Yahoo Mesengger atau ICQ.

Siapa Ada Laman Web Peribadi - Dia Cool!

Saya mula didedahkan dengan dunia tanpa sempadan yang ada seribu macam kemungkinan. Zaman saya bekerja membolehkan saya melihat internet sebagai satu peluang yang harus dan perlu direbut. Ramai orang excited dengan internet. Masuk zaman millenium tahun 2000, orang mula nampak adanya laman web peribadi dan blog sebagai manusia paling cool, seolah mereka itu seorang selebriti - ada wajah dan cerita di dalam internet yang dilihat jutaan manusia seluruh dunia ... tak coolkah begitu?

Itu zaman zaman saya. Zaman anda bagaimana pula?

Apa Yang Kita Buat Hari Ini Adalah Masa Depan Anak Anak Kita

Kehidupan kita memang berbeza, persekitaran kita juga berbeza. Semua telah dicorakkan atas sikap dan perbuatan manusia juga, dunia berubah kerana manusia yang telah mengubahnya atas izin Allah S.W.T. Apa yang berlaku lewat hari ini dan esok adalah hasil daripada tingkahlaku, reaksi, respon dan tindakan yang kita buat ketika ini. Apa yang anak cucu cicit kita kelak rasa dan hadap adalah akibat dan keputusan yang kita lakukan waktu ini. Fikirkan esok dengan memikirkannya hari ini. Jangan silap membuat keputusan. In Sha Allah.


Dedicated To All those Born in 1940's, 50's, 60's & 70'sWithout any maids, our mothers cooked, cleaned and took care...
Posted by hasrulhassan.com on Sunday, 19 April 2015




{ 19 comments.. read them below or add one }

fisha hasan fisha hasan April 22, 2015
Rare lah HH sebut berkaitan dengan game zaman kecik2 dulu.. walaupun saya 80 an, still main lagi game guli, mandi lumpur, tangkap ikan. dan handset besar tumbler tu arwah abah saya pernah guna.. bertapa besar dan tebalnya handset tu..
nor nazliana nor nazliana April 22, 2015
kami lahir tahun 80 an best sgt2 kan..hidup masa zaman membesar 90 an walaupun susah nak dpt duit tp hidup senang n rezeki pun murah tak byk pun karenah tp hidup zaman melenium penuh pancaroba
Mrs. A Mrs. A April 22, 2015
Oh! my Nokia 3310.
Scorpions hangat dengan lagu wind of change
Chatting Mirc dah hebat sangat berlama-lama dalam chatroom ngeh!ngeh!ngeh!
Nostalgia tu sebab Mrs. A pun lahir tahun 70an.
B
Puan Ummi Puan Ummi April 22, 2015
saya pun lahir penghujung 70-an..best zaman kanak2 tahun 80-am, masih boleh terjun sungai..air yang putih jernih nampak ikan dan udang berenang2..tangkap pakai tangan je...syahdunya..skrg tempat (kampung) dan sungai tu dah takde.hanya bangunan ..
husband saya lahir tahun sama dgn tuan, sama usm juga.ada blogspot peribadinya,
Saidila Abdul Rahman Saidila Abdul Rahman April 22, 2015
rasanya lebih kurang jer....lepak cc....join group mamak kampung msn....icq....walaupun saya 79......ada pakwe tahun 76....tapi khawin ngan 81.....ekekeke
AZENI AHMAD AZENI AHMAD April 22, 2015
Woww..
Sama umur dengan abang saya yang sulung.
Lahir tahun yang sama.
Walaupun saya tak lahir tahun 70an tapi zaman kanak-kanak saya masih bermain benda-benda yang sama juga.
anajingga anajingga April 22, 2015
kak ana 1972, awal empat tahun dari HH, kisah lebih kurang sama je dengan HH, era rock kapak search,wings, lekat poster kat fail sekolah usung sana sini, paling minat Jamal Abdillah orang kampung lah katakan..era tv hitam putih guna kuasa bateri,habis bateri gambar pelan kecil ,awal kenal komputer wordstar,lotus skrin hitam je ada tulisan semua manual dan seribu satu kisah kenangan.
huda huda April 22, 2015
Huhu...seronok ye ingat zaman dulu2...saye dari kecik duk bandar, takdela kampung sgt

Tapi rase sume permainan kanak2 zaman dulu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 22, 2015
Zaman kehidupan 80an best dan seronok ... masih banyak hutan, pantai, air terjun dan jeram. Air jernih lagi. Skang mana ada dah. Nak jumpa pun kena masuk hutan!

Zaman hendset beso2 .. zaman kelui ... zaman tulis surat cinta .. bukan email .. merasa juga dapat surat cinta yang ada bedak!
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 22, 2015
Banyak anasir yang telah kucar kacirkan pemikiran kita ... terutama anak-anak remaja zaman sekarang.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 22, 2015
Haha. Mirc oh Mirc .. selalu layan room yang ada KUIZ ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 22, 2015
Ohh ye ke .. ntah2 kenal .. ehemm .. ada URL blog?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 22, 2015
Ehh lupa pasal Wordstar .. ya ya .. pernah guna masa kat sekolah menengah .. ada Kelab Komputer .. ada Lab .. komputer pakai disket gitu ...
Syahril Hafiz Syahril Hafiz April 22, 2015
Haha saya lahir 90 an, tapi kalau nak ikutkan umur bro sekarang, panggil bro pun boleh lagi sebab masih lagi awet muda. Seronok ingat zaman dulu, internet tak dak kita enjoy!

Sekarang ada internet rasa cepat perubahan tu... Nuff said! Life must going on!
sabree hussin sabree hussin April 27, 2015
saya pulak generasi 80 an
hazman fadzil hazman fadzil May 01, 2015
Saya lahir tahun 1980 - beza 4 tahun dengan bro.... tapi teringatkan macam mana saya boleh cekap menaip tanpa melihat keyword adalah disebabkan ketagihan chatting online dan teringatkan bagaimana remaja masa tu dok gila lepak cyber cafe ....hehehehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 01, 2015
Abang hang sama tahun lahir ngan aku kan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 01, 2015
Orang muda memang pandai cari duit ...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.