Langkau ke kandungan utama

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

10 tips Facebook Ads (FB Ads) daripada Mark Zuckerberg. Ramai peniaga dan usahawan online yang sudah tahu mengenai kelebihan yang ada menerusi pemasaran dan promosi menggunakan Facebook. Malah, sejak diperkenalkan Panduan Cara Hasilkan Iklan Menerusi FB Ads yang ditulis oleh Rahman Basri dan Syed Faiz, makin ramai usahawan yang sudah mula menggunakan platform promosi laman sosial ini.

Namun begitu, ramai usahawan online yang telah terlupa atau mungkin tidak menyedari bahawa ada 10 perkara penting dalam penghasilan sebuah FB Ads yang bagus. Tips yang akan saya kongsikan mengenai FB Ads ini adalah merupakan tips Facebook Ads atau marketing yang telah dicadangkan oleh Mark Zuckerberg. Ia merupakan 10 tips FB Ads untuk menghasilkan jualan menerusi laman sosial yang mempunyai billion pengguna ini.
10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

Sebenarnya tips ini ada 'diberikan' oleh Mark Zuckerberg sendiri menerusi Facebook Ads Help Center. Tips tersebut memberitahu mengenai 10 cadangan untuk hasilkan sebuah iklan FB Ads yang terbaik, yang disukai oleh Facebook dan juga pengguna laman sosial tersebut.

Mari lihat 10 tips yang dikongsikan.

Penggunaan Elemen Manusia

Iklan yang mahu muncul dengan imej di FB Ads perlu ada elemen manusia. Daripada anda letakkan gambar produk, adalah lebih baik anda paparkan gambar seseorang menggunakan produk tersebut. Atau paling tidakpun tempek gambar seorang jejaka kacak atau gadis cun bersama produk itu. Jika mahu manusia yang melihat iklan tersebut, maka gunakan manusia sebagai umpannya.

20 Peratus Teks

Ini berkaitan polisi pengiklanan di dalam FB Ads, pastikan iklan anda patuh polisi ini - iaitu teks iklan tidak boleh lebih daripada 20 peratus pada gambar iklan. Gunakan panduan yang diberikan oleh mereka menerusi pautan berikut - https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay untuk mengetahui samada iklan FB Ads anda tidak langgar polisi ini.

Gunakan Ayat Bermakna

Dengan mengikut ketetapan polisi 20 peratus teks pada gambar iklan ini, maka anda seharusnya mengenepikan ayat-ayat iklan yang tidak bermakna. Gunakan panduan tadi supaya anda boleh fokus kepada apa yang anda mahu sampaikan kepada bakal pelanggan anda sahaja.

Gunakan Elemen Soalan, Fakta atau Arahan

Pasukan pemasaran Facebook Mark Zuckerberg mencadangkan menggunakan 3 elemen - soalan, fakta atau arahan dalam menyediakan teks pada gambar FB Ads.

Pilih Gambar Berkaitan Mesej Iklan

Anda perlu menggunakan gambar atau imej yang mempunyai kaitan dengan apa yang anda mahu iklan di FB Ads. Gambar tersebut mesti menampakkan objektif iklan. Pastikan juga anda menggunakan gambar yang beresolusi tinggi supaya nampak jelas dan cantik. Resolusi tinggi bermaksud gambar atau imej FB Ads anda perlu dalam HD.
10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

Iklan FB Ads Nampak Hidup

Bina personaliti menerusi iklan FB Ads. Iklan tersebut mesti nampak hidup - bab yang susah nak buat tetapi in Sha Allah, dengan latihan, akan nampak mana iklan dan gambar yang boleh berikan kesan tersebut.

Mesej Ringkas Tetapi Padat dan Mudah Faham

Cuba bayangkan adakah iklan tersebut akan diingati apabila seseorang hanya buka Facebook untuk seketika? Adakah dia akan ingat ayat atau teks yang ada pada gambar iklan FB Ads? Cuba anda lakukan ujian diri sendiri, buka Facebook, dan kemudian tutup kembali. FB Ads yang bagaimana telah tangkap perhatian anda, dan anda pula faham apa yang cuba disampaikan.

Paparkan Manfaat

Tunjukkan manfaat pada iklan FB Ads anda, dan bukan sekadar produk dan servis anda. Tunjuk hasil, kerana orang lebih suka melihat hasil dari melihat produk. Dari hasil, barulah ada rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang dipromosikan.

Tidak Lebih 90 Patah Perkataan

Satu kekangan buat pengamal medium pengiklanan dan pemasaran FB Ads tetapi ia merupakan tips penting untuk tambat perhatian pengguna Facebook menerusi smartphone atau tablet.

Jangan Gunakan Peluru Tabur

Siapa pengguna Facebook yang anda mahu dapatkan produk dan servis anda? Tetapkan hanya satu sasaran untuk satu jenis iklan FB Ads anda. Jangan gunakan peluru tabur kerana kesannya akan mengakibatkan anda keluarkan lebih kos tanpa ada hasil yang nampak. Sasarkan siapa yang akan melihat iklan FB Ads anda. 1 iklan FB Ads hanya untuk satu sasaran golongan pengguna Facebook sahaja.

Saya harap 10 tips Facebook Ads Mark Zuckerberg ini akan bantu ramai usahawan dan peniaga online menghasilkan iklan FB Ads yang mantap dan berkesan. Jangan sia-siakan kos pengiklanan FB Ads yang anda keluarkan. Keluar duit biar dapat duit, ye tak? Jika anda seorang usahawan online tetapi tidak tahu nak hasilkan iklan di Facebook, maka boleh dapatkan FB Cash - Panduan dan Tips Hasilkan FB Ads.

Penulisan entri ini adalah menerusi pembacaan saya yang diperoleh dari sifu copy writing saya - Aqif Azizan yang juga telah berkongsi mengenai Rahsia Penulis.

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Menarik.. Selalu tak baca details pun help centre FB Ads tu.. Cumanya, sekarang ni agak sukar sedikit untuk FB approve iklan berbanding dahulu.. Yela, mereka pun nak jaga kualiti kan..

    BalasPadam
  2. Tips dan info yang sgt berguna utk kita semua...perkataan padat dan senang difahami serta menarik hati pengguna FB, InsyaAllah pasti ramai yang mengeliknya...

    BalasPadam
  3. klu dah pakar sendiri yg bagi tips, kena follow la :D

    BalasPadam
  4. Tips yang amat berguna... kbnyakan facebook users x suke baca panjang2.. make it short and straight to the point...

    BalasPadam
  5. assalam bro... bagus jugak tips ni.. nnt kalo ade rzki, blh la try..

    timakasih....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …

iklantwo