Beberapa hari kebelakangan ini, blog ini telah didapati agak mengambil masa untuk loading. Selalunya masa loading blog ini sekitar 3-7 saat, namun baru-baru ini ia mengambil masa sehingga mencapai 200 saat. Masa loading yang agak panjang ini telah menjejaskan kebolehupayaan blog ini dalam teknik SEO, dan juga menyebabkan ramai pengunjung memangkah kerana rasa bosan menunggu. Maklum tahu bahawa masa loading blog adalah penting dalam teknik SEO.

Saya kemudian membuat analisis sendiri, dan mendapati bahawa masalah blog lambat loading adalah disebabkan oleh satu malware atau adware yang dikenali i.simpli.fi. Anda akan perasan kewujudan malware atau adware ini dihujung browser internet anda yang tertulis 'connecting i.simpli.fi'.

Blog Lambat Loading Kerana Wujudnya Adware/Malware i.simpli.fi

Saya telah cuba mencari penyelesaian masalah ini, dan beberapa laman web yang bertanggungjawab mengenai virus, malware dan adware telah mencadangkan beberapa prosedur berikut untuk menghilangkan masalah lambat loading disebabkan oleh i.simpli.fi ini. Prosedur tersebut adalah dengan reset kembali pelayar internet anda.
Masalah loading blog disebabkan malware i.simpli.fi

Memandangkan saya menggunakan Firefox, maka saya lakukan prosedur untuk reset kembali Firefox saya ke default setting seperti di bawah ini:

The Reset Firefox feature can fix many issues by restoring Firefox to its factory default state while saving your essential information. Note: This will cause you to lose any Extensions, Open websites, and some Preferences.
 
To Reset Firefox do the following:
  1. Go to Firefox > Help > Troubleshooting Information.
  2. Click the "Reset Firefox" button.
  3. Firefox will close and reset. After Firefox is done, it will show a window with the information that is imported. Click Finish.
  4. Firefox will open with all factory defaults applied.
Further information can be found in the Refresh Firefox - reset add-ons and settings article.

Namun, apa yang saya dapati masalah itu tidak selesai. Kemudian, saya berfikir, ia mungkin bukan disebabkan oleh pelayar internet saya, kerana scanning menggunakan Malwarebytes Anti-Malware mendapati tiada sebarang notifikasi yang mengatakan bahawa browser atau apa jua program di dalam komputer terkena jangkitan malware ini.

Whos.amung.us Adalah Penyebab Blog Lambat Loading

Akhirnya, bersandarkan kepada pengalaman lampau menangani masalah ini, saya kemudiannya membuang satu persatu widget yang ada di dalam blog, ini termasuklah widget kod-kod iklan yang terdapat di dalam blog.

Alhamdulillah, rupanya masalah tersebut berpunca dari satu widget yang memaparkan jumlah pengunjung blog iaitu Whos.amung.us. Widget inilah yang menyebabkan blog saya menghadapi masalah loading dan keluar notifikasi 'connecting i.simpli.fi' di hujung browser saya.
Whos.amung.us - Masalah loading blog disebabkan malware i.simpli.fi

Setelah membuang widget berkenaan, saya dapati blog kembali normal dan masa loading yang diberikan lebih baik dari sebelum ini.

Jadi, seandainya anda ada masalah yang sama, boleh lihat samada blog anda mempunyai widget dari Whos.amung.us ini. Buang segera widget tersebut dan cuba cari alternatif untuk widget dengan fungsi yang sama.

Selamat mencuba.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun guna eidget ini jugsk, nampaknya kena buang jugaklah.... Terima kasih bro....

    BalasPadam
  2. oic..xde pasang widget tu kat blog
    perkongsian yg bgs utk tambahkan ilmu blog..blog yg lambat loading..rasanya blog sy pun jenis lambat loading, byk guna widget luar

    BalasPadam
  3. kalau saya guna ini pak http://www.supercounters.com kayaknya lebih ringan dari whos amung

    BalasPadam
  4. Tak perasan pasal hal ni....baru cadang nak letak...nasib sifu HH dah bgtau...selamat

    BalasPadam
  5. Blog saya ada juga widget tu. Kena test tengok ni

    BalasPadam
  6. Blog cn pn ada widget ni. Kena buang la mcm ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement