Video BFMRadio Aisyah Tajuddin Jadi Viral Hina Hudud

Video BFMRadio yang menampilkan seorang gadis bernama Aisyah Tajuddin yang mengkritik Hukum Hudud dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan menjadi viral. Oh, alangkah malangnya gadis ini, kerana ceteknya ilmu berkaitan hudud, terus lantang dengan gediknya mengkritik perlaksanaan hukum dan undang-undang hudud di negeri Kelantan oleh Kerajaan Negeri.

Siapakah Aisyah Tajuddin ini sehingga muncul di dalam video BFMRadio yang mengkritik perlaksanaan hukum hudud yang sudahpun termaktub di dalam kitab suci Al Quran?

Video BFMRadio Aisyah Tajuddin Jadi Viral Hina Hudud

Video BFMRadio yang menampilkan seorang gadis bernama Aisyah Tajuddin yang mengkritik Hukum Hudud dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan menjadi viral

Untuk info, perlaksanaan hukum hudud telah diterima sebulat suara di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, malah ianya telah diperkenankan oleh Sultan Kelantan. Jadi adalah tidak perlu untuk seseorang yang bernama Aisyah Tajuddin ini membuat analisis sendiri walhal perlaksanaannya masih di peringkat awal, dan dia bukan disifatkan sebagai seorang yang arif di dalam hal berkaitan - terutama berkaitan hukum dan undang-undang Islam.

Video BFMRadio dan penampilan Aisyah Tajuddin yang mengkritik hukum hudud serta syariat menutup aurat bagi wanita adalah dianggap ramai sebagai melampau dan keterlaluan. Ramai yang tidak bersetuju dan meninggalkan komen yang mengecam tindakan VFMRadio serta Aisyah Tajuddin.

Video Viral Aisyah Tajuddin BFMRadio Kritik dan Hina Hudud di Kelantan




Dek kerana video yang menjadi viral di laman-laman sosial ini, Aisyah Tajuddin diburu oleh masyarakat online sehingga segala macam hal dirinya telah diselongkar, termasuk di instagram Aisyah Tajuddin serta akaun twitter milik Aisyah Tajuddin. Ini membuatkan semua akaun yang berkaitan dengan wanita ini, serta video asal telah ditutup atau dipadam untuk capaian umum.

Video BFMRadio Aisyah Tajuddin menjadi viral apabila telah dimuat-naik dan dikongsikan oleh Kelantan Story & Jj Stall Story

Walaupun ramai pengguna mengecam tindakan dan video BFMRadio serta penampilan Aisyah Tajuddin yang menjadi viral menghina perlaksanaan Hudud di Kelantan, saya kongsikan sedikit pandangan daripada Ustaz Fathul Bari Mat Jahya mengenai video viral ini.



Apa yang boleh dilakukan? Permohonan maaf? Nasi sudah menjadi bubur.

Saya sekalikan dengan video BFMRadio menampilkan Aisyah Tajuddin adalah untuk semua pembaca faham apa yang telah diucapkan dan disampaikan.

Adalah lebih baik kita diam, daripada menyatakan pandangan yang kita tidak arif, apatah lagi melibatkan hukum hakam dalam Islam.



5 comments.. read them below or add one

Syahril Hafiz Syahril Hafiz March 20, 2015
Satu.. tak payah jadi keyboard warrior
Dua.. doakan yang baik baik saja untuk Aisyah Tajudin ni, supaya ada hidayah buat beliau..
Tiga..haishhh banyak sangat makan semut, didikan tak baik dia jadi begini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2015
In Sha Allah, segalanya akan selesai dengan baik. Sesuatu yang sangat baik akan berlaku kelak.
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah March 21, 2015
bagi CN apa yg aisyah ni buat memang melampau..apa2 pun, kita doakan agar aisyah ni mendapat hidayah ye, tak elok mendoakan yg buruk2 utk org ;)
blogger lelaki blogger lelaki March 21, 2015
dia perlu faham..Huduh dilaksanakan di Kelantan telah menjalani proses demokrasi..walaupun dalam Islam tak perlu..tapi Kerajaan Kelantan bentang di DUN sebagai menghormati perlembagaan negara ini...pada pendapat aku tak boleh nak salahkan Aishah ni seorang sahaja..sebab sudah pasti ada pihak yang bertanggungjawab menghasilkan video ini...itupun kalau jika benar dia hanya sebagai pelakon upahan dalam video ini
reezluv reezluv March 22, 2015
tengok banyak kali rasa sakit hati je..memang semua ni dirancang ni...sampai sekarang takde pun update pasal dia ni ditangkap ataupun tidak..sudah tentu lepas punya..:D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.