Tips untuk entri blog mudah muncul di enjin carian Google. Sebagai seorang penulis blog, tentu sekali mahu lihat entri-entri blog muncul di enjin carian Google. Untuk membolehkan entri muncul di enjin carian Google, blogger Malaysia perlu menggunakan teknik penulisan yang menepati ciri Search Engine Optimization (SEO). Saya akan kongsikan satu teknik atau boleh dianggap satu tips mudah untuk membolehkan entri blog muncul di enjin carian, terutama Google.

Teknik ini mudah dan senang. Tidak perlu kerja keras pun, hanya tulis dengan rasa seronok dan ikut tatacara penulisan sebuah entri yang betul lagi berformat. Berformat di sini bermaksud ada tajuk besar (H1 tag), ada tajuk kecil (H2 tag) dan ada tajuk-tajuk lagi kecil (H3-H5 tag). Anda boleh baca di entri 3 Struktur Heading Entri Blog Patut Tahu

Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google

Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google

Tak sabar nak tahu mengenai tips untuk entri blog mudah muncul di enjin carian?

Ok. Begini caranya.

Setiap kali anda tulis entri baru, pastikan anda cari satu atau beberapa entri lain yang ada ciri-ciri berikut:
  • Terima hits atau pageviews paling banyak
  • Sudah berada dalam enjin carian (kalau boleh page pertama Google)
  • Entri lama yang ada kaitan dengan tajuk entri yang baru nak ditulis
  • Entri yang dapat banyak link (LIKE, Tweet, +1, ) laman sosial seperti FB, Twitter, Google Plus.

Kemudian, bina backlinks di antara entri-entri ini dengan entri yang baru anda nak terbitkan. Cara paling mujarab ialah highlight satu-satu kata kunci tertentu, dan terus link (buat pautan http) ke entri baru atau sebaliknya.

Siap.

Mudah bukan?

In Sha Allah, entri anda itu akan muncul di enjin carian, dengan syarat kena pada keyword atau kata carian yang ditekankan.

Anda tentu seronok bila entri blog anda muncul di enjin carian seperti di bawah ini. Ia bukan sahaja menampakkan 'penguasaan' blog di dalam enjin carian, malah ia mempopularkan blog anda selain memberikan trafik secara berterusan.
Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google
Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google
Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google
Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google
Tips Untuk Entri Mudah Muncul di Google
Selamat mencuba.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement